Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Roadtax motor

Roadtax motor mati lebih 3 tahun

Roadtax motor mati lebih 3 tahun. Apakah yang boleh anda dapati sekiranya roadtax motor anda telah mati melebihi 3 tahun ?

Sememangnya tempoh roadtax motor perlu anda utamakan setiap tahun. Hal ini demikian, kewajipan setiap pemilik motor adalah memerlukan roadtax motor sebelum dibolehkan untuk dibawa di atas jalan raya.

Ada juga yang tidak sedar yang roadtax motor telah pun melepasi 3 tahun tidak dihidupkan. Malah, ada juga yang sedar akan beberapa faktor roadtax motor lebih 3 tahun tidak dapat dibuat dengan sebab-sebab tertentu.

Ikuti artikel ini sehingga habis untuk anda ketahui apakah cara untuk anda selesaikan roadtax motor mati lebih 3 tahun.

Artikel berkaitan : Renew roadtax motor mati lebih setahun

Bagaimana roadtax motor mati lebih 3 tahun boleh terjadi ?

Ada dua faktor mengapa roadtax motor mati lebih 3 tahun iaitu :

  1. Sengaja roadtax motor mati lebih 3 tahun
  2. Tidak sengaja roadtax motor mati lebih 3 tahun

Sengaja roadtax motor mati lebih 3 tahun adalah disebabkan oleh faktor mempunyai saman.

Saman yang sudah disenarai hitam adalah perlu diselesaikan. Kemudian barulah boleh anda hidupkan roadtax motor setiap tahun.

Jika anda sengaja tidak membayar saman, renew roadtax motor mati lebih 3 tahun boleh berlaku dan hal ini menambah masalah yang lebih berat iaitu anda tidak boleh renew roadtax motor tersebut.

Bagi yang tidak sengaja roadtax motor mati lebih 3 tahun pula adalah merupakan dari faktor tidak menggunakan motor tersebut untuk harian.

Kebanyakkan motor-motor ini dijadikan koleksi dan disimpan di tempat yang tersembunyi tanpa ianya dibawa keluar ke jalan raya. Jadi, berlakunya tidak sengaja sehingga roadtax motor mati lebih 3 tahun.

Baca artikel : Berapa lama tempoh renew roadtax motor

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya roadtax motor mati lebih 3 tahun ?

Perkara yang paling penting adalah motosikal anda perlulah menjalani pemeriksaan puspakom.

Ujian pemeriksaan puspakom motor berperanan mengurangkan risiko motosikal yang kebanyakkannya sudah lama tidak digunakan di atas jalan raya.

Antara pemeriksaan puspakom sebelum roadtax motor mati lebih 3 tahun dapat dihidupkan adalah :

  1. Bunga tayar motosikal perlulah dalam keadaan baik. Sebaiknya adalah 80% ke atas.
  2. Mempunyai cermin sisi kiri dan kanan yang lengkap.
  3. Lampu signal yang masih berfungsi dengan baik.
  4. Lampu brek depan dan belakang yang menyala mengikut spesifikasi.

Adakah terdapat denda sekiranya tempoh roadtax motor mati lebih 3 tahun ini terjadi kepada anda ?

Tiada denda lebihan pada bayaran harga roadtax motor mati lebih 3 tahun. Namun, pemeriksaan puspakom itulah denda yang dikenakan kepada roadtax motor mati lebih 3 tahun.

Hal ini demikian, denda ini merupakan denda baik agar motosikal yang bakal berada di atas jalan raya itu akan sentiasa dalam keadaan selamat dan tidak mengakibatkan sebarang kemalangan kepada pemilik dan juga kepada kenderaan lain.

Bagaimana nak hidupkan roadtax motor mati lebih 3 tahun ?

Berikut merupakan langkah demi langkah bagi renew roadtax motor mati lebih 3 tahun :

  1. Pastikan tiada sebarang saman trafik dan JPJ ke atas nama pemilik.
  2. Hidupkan insurans motor.
  3. Bawa motor ke puspakom atau ke JPJ yang melaksanakan pemeriksaan PG10.
  4. Pastikan pemeriksaan tersebut telah lulus.
  5. Renew roadtax motor di puspakom atau di JPJ pada hari yang sama tanpa tangguh.

Apakah dokumen yang diperlukan bagi renew roadtax motor mati lebih 3 tahun ?

Antara dokumen penting yang wajib anda sertakan bagi renew roadtax motor mati lebih 3 tahun adalah :

  1. Kad pengenalan original (wajib)
  2. Geran motosikal original (wajib)
  3. Covernote insurans (jika ada)
  4. Surat kelulusan pemeriksaan puspakom atau PG10 (wajib)

Kesemua senarai yang wajib haruslah dibawa semasa melakukan pemeriksaan puspakom atau PG10.

Manakala, covernote insuran tidak diperlukan. Yang penting ianya telah pun anda renew sejak sebelum anda bawa motor ke puspakom lagi.

renew roadtax motor lebih 3 tahun

2 thoughts on “Roadtax motor mati lebih 3 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *