Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta Honda Wrv

Saiz bateri kereta Honda Wrv. Apakah saiz bateri kereta yang sebaiknya digunakan oleh sebuah kereta yang merupakan keluaran terbaru dari jenama honda iaitu honda wrv ?

Kereta menggunakan bateri kereta sebagai alat tenaga elektrik yang disalurkan bermula dari ketika ingin hidupkan enjin. Dan hingga kepada penggunaan pelbagai aksesori seperti lampu, hon, radio, wiper atau pengelap cermin.

Kehadiran bateri kereta yang betul mampu menampung penggunaan sesebuah kereta. Ianya mengikut beberapa faktor seperti cara penggunaan, kekerapan penggunaan, dan juga pemilihan bateri kereta yang betul.

Apabila bateri kereta habis, maka apa yang kita fikir terus menukarnya kepada yang baru. Sebelum nak gantikan kepada bateri kereta yang baru, ada beberapa tindakan perlu dilakukan bag setiap pemilik kereta.

Antara tindakan tersebut adalah mengetahui saiz bateri kereta dari segi ukuran dan juga dari segi kadar jumlah AH (ampere) yang dibekalkan bagi bateri kereta yang dipilih.

Dari segi ukuran penting bagi meneletakkannya di tapak yang cukup disediakan agar ianya dapat duduk atau kemas di tempat yang sama. Walaupun berlaku sebarang pergerakkan seperti laluan tidak rata ianya tetap berada di tempat yang sama.

Manakala, dari segi penggunaan jumlah AH yang minima membantu sesebuah bateri kereta wrv anda digunakan dengan baik hingga tempoh asas iaitu 2 hingga 3 tahun penggunaan.

Kebanyakkan bateri-bateri kereta yang baik akan mengekalkan penggunaannya dari tempoh 2 hingga 3 tahun dan ianya sudah dikira baik.

Jika kurang dari tempoh tersebut maka perlu anda check semula kadar minima AH yang digunakan bateri kereta honda wrv anda.

Sekiranya melebihi dari tempoh 3 tahun, ianya boleh dikatakan lebih baik dan kemungkinan besar penggunaan bateri honda wrv yang anda pilih menggunakan jumlah AH yang lebih tinggi.

Saiz bateri honda wrv

Secara asas saiz bateri kereta honda wrv menggunakan kod seperti NS40ZL. Namun, kod ini tidak cukup untuk mengetahui berapakah jumlah AH yang dibekalkan.

Jika anda lihat semula pada sesebuah bateri kereta ketika sebelum membeli pasti akan dinyatakan jumlah penuh kod bateri yang anda boleh rujuk.

Untuk bateri kereta wrv ukuran pada kod tersebut tepat digunakan adalah seperti B19L dan juga B20L. Jumlah ini sudah mencukupi untuk saiz bateri wrv gunakan dari segi ukuran tinggi, lebar dan juga panjang.

Namun, jika dilihat pada bacaan hadapan kod tersebut akan dinyatakan jumlah AH yang sepatut bateri kereta bekalkan.

Di pasaran sekarang kebanyakkannya terdapat minima bateri boleh digunakan oleh kereta honda wrv adalah seperti 38B19L atau 38B20L.

Namun, jika anda inginkan sedikit kelebihan terhadap bekalan tenaga elektrik, maka pilihlah saiz bateri honda wrv seperti 40B19L atau 40B20L dan ke atas.

Semakin tinggi bacaan bahagian depan kod, maka semakin tinggi bekalan tenaga yang diperoleh oleh kereta honda wrv anda.

Saiz bateri kereta Honda Wrv

Kesimpulannya

Ketika pemilihan saiz bateri kereta honda wrv, buatlah pilihan bijak mengikut kemampuan dan juga cara pemanduan anda.

Ada yang suka akan pemanduan yang rancak, digalakkan untuk menggunakan saiz AH yang lebih tinggi, tetapi masih mengekalkan ukuran bateri wrv yang betul.

Manakala, jika anda memandu secara biasa, maka pilihan size bateri wrv yang minima jumlah AH sudah mencukupi untuk anda.

One thought on “Saiz bateri kereta Honda Wrv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *