Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta Toyota Yaris

Saiz bateri kereta Toyota Yaris. Apakah saiz bateri kereta yang sebenarnya dibolehkan untuk sebuah kereta toyota yaris gunakan sama ada mengikut ukuran kekuatan sesebuah bateri kereta yang dibekalkan ?

Penggunaan sesebuah bateri kereta amat penting mengikut keperluan sesebuah kereta. Bukan sahaja mengikut keperluan, malah perlu juga mengikut kehendak setiap pemilik kereta perlukan.

Apakah bezanya keperluan dan juga kehendak sesebuah bateri kereta terutamanya jika anda menggunakan bateri kereta toyota yaris ?

Untuk pengetahuan anda, bateri kereta yang ada dipasaran menawarkan beberapa aspek antaranya seperti ukuran dan juga bacaan Ah.

Ukuran bateri kereta digunakan bagi meletakkan bateri kereta pada tapak yang telah disediakan sejak dari kereta toyota yaris dilancarkan lagi.

Ini perlu mengikut panjang, lebar serta tinggi yang sepatutnya agar tidak berlaku perkara seperti tidak muat atau kelonggaran apabila hendak memasukkan sesebuah bateri kereta.

Manakala, bacaan Ah yang baik perlu mengikut berdasarkan 2 perkara iaitu keperluan minima dan juga kehendak pemilik kereta sendiri.

Sesebuah bateri kereta perlu dilihat pada keperluan minima yang kereta toyota yaris perlukan. Manakala, kehendak pula adalah mengikut apa yang pemilik kereta nak.

Ini adalah berdasarkan cara pemanduan, kekerapan pemanduan serta pemasangan aksesori tambahan sekiranya ada.

Saiz bateri toyota yaris

Jadi, secara asasnya ukuran bagi saiz bateri kereta toyota yaris adalah B24L. Ukuran ini boleh dirujuk pada setiap bateri kereta yang anda beli akan ditulis bagi kepastian.

Manakala, mengikut keperluan minima saiz bateri kereta yaris anda adalah 46B24L. Nombor hadapan 46 tersebut menandakan jumlah Ah yang akan dibekalkan kepada kereta toyota yaris anda.

Digalakkan sekiranya anda seorang pemandu yang berhemah dan hanya gunakan kereta toyota yaris pergi dan balik kerja untuk jarak bawah 50km sehari. Dan tidak membuat penambahan apa-apa aksesori tambahan boleh menggunakan saiz bateri ini.

saiz bateri kereta toyota yaris

Selain itu, sekiranya anda seorang yang kerap menggunakan kereta toyota yaris untuk jarak yang jauh setiap hari dan membawa melebihi 110km/j. Dan dalam masa yang sama membuat tambahan akseseori tidak menggalakan untuk menggunakan saiz bateri keperluan minima tersebut.

Anda digalakkan menggunakan saiz bateri yaris seperti 55B24L, 60B24L ataupun 65B24L yang membekalkan kuasa yang lebih mengikut kehendak yang anda perlukan.

Kesimpulannya

Ukuran bateri kereta secara fizikal untuk kereta toyota yaris boleh dilihat pada kod NS60. Tetapi kod ini tidak mencukupi untuk anda mengetahui jumlah Ah yang dibekalkan.

Ambil tahu kod-kod yang lebih teliti supaya anda membayar dengan jumlah bekalan bateri kereta yang betul demi mendapatkan ketahanan yang sepatutnya.

One thought on “Saiz bateri kereta Toyota Yaris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *