Bateri kereta Proton X50 : Suv kegemaran ramai
Bateri kereta Proton X50. Proton X50 merupakan model SUV kompak yang diperkenalkan oleh Proton pada tahun 2020. Ia menjadi pilihan popular di kalangan peminat kereta di Malaysia kerana reka bentuknya yang moden, serta dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dan teknologi canggih.
Proton X50 hadir dengan pelbagai pilihan varian untuk memenuhi keperluan berbeza pengguna. Ia menjadikannya salah satu model yang mendapat perhatian ramai dalam segmen SUV.
Dengan enjin 1.5L turbocharged, X50 menawarkan prestasi yang memuaskan, sambil mengekalkan tahap kecekapan bahan api yang baik.
Selain itu, Proton X50 turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan, termasuk sistem infotainmen, kawalan suhu automatik, dan sistem keselamatan aktif.
Di artikel ini, anda anda tahu lebih spesifik maklumat tentang bateri kereta proton x50 termasuklah dari segi saiz, jenis, harga dan lain-lain lagi.
Saiz Bateri Kereta Proton X50
Proton X50 menggunakan beberapa pilihan saiz bateri yang berbeza bergantung kepada varian dan jenis sistem elektrik yang digunakan. Saiz bateri asas untuk X50 adalah DIN55L, yang memberikan kuasa mencukupi untuk memenuhi keperluan asas enjin dan sistem elektrik.
Saiz bateri x50 ini direka untuk memberikan prestasi yang baik dalam keadaan biasa, namun bagi mereka yang menginginkan prestasi lebih kuat, Proton X50 juga boleh dilengkapi dengan bateri DIN60L(EFB).
Bateri jenis ini (Enhanced Flooded Battery) menawarkan prestasi yang lebih baik. Ini terutamanya dalam memastikan voltan stabil semasa keadaan cuaca ekstrem atau ketika menggunakan banyak sistem elektronik secara serentak.

Bagi mereka yang menginginkan kapasiti bateri lebih tinggi, terdapat juga pilihan DIN60/LN2 (AGM). Jenis bateri Absorbent Glass Mat (AGM) ini direka untuk memberikan prestasi terbaik dengan ketahanan yang lebih tinggi.
Bateri AGM mampu menahan beban elektrik lebih besar dan lebih tahan lama, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk memastikan prestasi yang lebih stabil dan lebih lama.
Dengan kapasiti yang lebih besar, bateri AGM ini juga lebih tahan terhadap suhu ekstrem dan keadaan beban yang tinggi. Ini memberikan kestabilan yang lebih baik untuk sistem elektrik yang lebih kompleks di dalam X50.
Secara keseluruhan, penggunaan bateri yang lebih kuat dan tahan lama memastikan Proton X50 dapat beroperasi dengan lebih efisien dan stabil, terutama dalam jangka masa yang panjang.
Pemasangan bateri yang sesuai dengan varian dan jenis penggunaan dapat meningkatkan pengalaman pemanduan dan mengurangkan keperluan penyelenggaraan berkala.
Pemilihan antara bateri DIN55L, DIN60L(EFB), atau DIN60/LN2 (AGM) bergantung kepada keperluan individu, sama ada untuk kegunaan harian biasa atau lebih mencabar dalam situasi ekstrem.
Jenis bateri kereta Proton X50
Untuk yang keliru jenis bateri manakah yang sesuai untuk kereta proton x50 anda, pilihan yang boleh digunakan ada 4 jenis iaitu :
- Bateri jenis kering (Dry/Mf)
- Bateri jenis basah (Wet/Convensional)
- Bateri EFB
- Bateri AGM
Banyak pilihan jenis bateri bermaksud kereta proton x50 boleh menyesuaikan dengan pelbagai pilihan mengikut kehendak anda sebagai pemilik kereta ini.
Setiap pemilik kereta tahu apa yang mereka nak, dan ada juga yang hanya ikut sahaja jenis bateri yang digunakan sebelum ini (dari kilang/original).
Bagi pendapat saya yang dah berpengalaman tentang bateri kereta, proton x50 kebanyakkan lebih sesuai bagi golongan yang bekerja dan tidak mahu pening kepala fikir masalah bateri. Cukup bila bateri x50 dah lemah/kong, terus tukar yang baru.
Oleh itu, bateri jenis kering (Dry/Mf) dan bateri jenis EFB adalah pilihan utama para pemilik proton x50 yang sebenarnya sangat mudah dijaga tak perlu diberi perhatian kepadanya langsung.
Apa beza antara pilihan jenis bateri kering dan EFB untuk proton x50 ?
Secara asasnya dalam pemilihan jenis bateri untuk proton x50, harga menjadi topik utama kemudian barulah kelebihan pada kedua jenis bateri ini.
Harga bagi jenis bateri EFB adalah lebih mahal dibandingkan bateri kering yang sesuai digunakan oleh proton x50 anda.
Jika sudah mahal, sudah pasti ianya mempunyai kelebihan yang lebih tahan lasak. Namun, ianya tergantung juga kepada cara anda mempraktikkan segala teknologi yang ada dalam kereta ini.
Saya juga pasti memang tak boleh nak jimat sangat penggunaan elektronik dalam kereta ini kerana ianya terpakai sesuai dengan kehendak anda dan juga keperluan kereta walaupun paling asas.
Nak beli bateri jenis kering kerana lebih murah pun tiada masalah seperti DIN60 yang harganya lebih murah hampir 1 kali ganda dari DIN60 EFB.
Anda perlu sedia maklum yang menggunakan DIN60 EFB juga belum tentu tahan lama jika cara penggunaan anda yang agak aggresif.
