Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Air bateri kereta tahan berapa lama ?

Air bateri kereta tahan berapa lama ? Bagaimanakah bagi anda sebagai pengguna dan pemilik kereta untuk membuatkan air bateri kereta bertahan lebih lama dari kebiasaan ?

Seperti yang kita tahu air bateri kereta sangat memainkan peranan penting dengan fungsi yang bakal anda sendiri hendak capai.

Kegunaan air bateri kereta sebagai penjana dalam proses mengekalkan elektrik dalam sebuah bateri kereta tidak boleh dipandang sepi.

Jika anda mengambi air bateri kereta sebagai perkara yang tidak penting, maka anda adalah silap. Kesilapan ini bakal memberi kesan kepada kereta yang anda gunakan tersebut.

Justeru, berilah perhatian dalam penjagaan air bateri kereta anda terutamanya kepada anda yang menggunakan bateri kereta jenis basah ini.

Air bateri kereta kurang

Faktor yang menjadikan air bateri kereta kurang adalah bergantung kepada kekerapan anda menggunakannya.

Jika kerap anda menggunakan kereta tersebut, maka air bateri kereta juga akan cepat berkurangan. Hal ini adalah biasa bagi anda yang menggunakan bateri kereta basah.

Selain itu, jika anda jarang menggunakan kereta, maka air bateri kereta kurang adalah tidak akan berlaku sama sekali.

Anda boleh cek air bateri kereta mengikut jadual yang sesuai berdasarkan kekerapan anda menggunakan sesebuah kereta itu.

Baca artikel : Cara cek air bateri kereta

air bateri kereta tahan berapa lama
Air bateri kereta tahan berapa lama

Air bateri kereta kering atau habis

Manakala, ada beza pula sekiranya anda mengalami air bateri kereta kering atau habis ini.

Kes sekiranya anda mengalami air bateri kereta kering akan berlaku disebabkan anda sendiri tidak mengikut penjadualan mengisi air bateri kereta berdasarkan kesesuaian anda menggunakan kereta.

Lebih-lebih lagi jika kereta anda sudah lama menggunakan bateri kereta basah seperti 2 tahun hingga 3 tahun ke atas.

Hal ini kerana, perkara ini dapat kita elakkan sebaiknya dengan kerap membuat cek air bateri kereta.

Jika masih membiarkan air bateri kereta kering berlaku, maka akan tiba masanya bateri kereta anda tidak boleh digunakan lagi atau kerosakan bakal berlaku.

Air bateri kereta tumpah

Kes untuk air bateri kereta tumpah bukan bermaksud air bateri kereta itu berlaku kebocoran.

Jarang sekali air bateri kereta tumpah disebabkan kebocoran. Kecuali, jika skru penutup air bateri kereta anda tidak ditutup dengan kemas dan ketat.

Ditambah pula anda melalui kawasan jalan yang tidak rata, ia boleh mengakibatkan air bateri kereta tumpah.

Selain dari itu, air bateri kereta tumpah tidak akan berlaku sama sekali kerana tempat skru air bateri kereta itulah punca air bateri kereta keluar atau masuk.

Kesan membiarkan air bateri kereta kering

Sudah tentu kesan sekiranya anda membiarkan air bateri kereta itu kering akan menyebabkan bateri kereta tidak boleh berfungsi dengan baik.

Pada mulanya, anda dapat merasai kekurangan tenaga pada kereta ketika anda ingin menekan minyak kereta semasa pemanduan. Pecutan kereta terasa lemau saja.

Kemudiannya, anda akan dapat lampu kereta akan mula malap sewaktu memandu pada waktu malam hari. Lampu kereta kurang menerangi sepanjang perjalanan anda.

Seterusnya, tiba masanya kereta anda tidak dapat anda start enjinnya. Pada ketika itulah, anda dapati air bateri kereta anda kering kerana tidak ditopup sebaiknya.

Berapa lama air bateri kereta boleh bertahan sebenarnya ?

Kita akan melihat dari beberapa sudut air bateri kereta tahan berapa lama seperti berikut :

1. Bateri kereta baru dibeli

Air bateri kereta pada masa ini akan tahan sehingga mencapai 6 bulan penggunaan sebaik sahaja ianya baru dibeli di kedai bateri kereta.

Namun, tidak semua air bateri kereta akan mencapai tempoh ini kerana kebergantungan kepada cara anda menggunakan kereta.

2. Bateri kereta 2 tahun setelah dibeli

Dua tahun menggunakan bateri kereta basah adalah normal untuk air bateri kereta ini perlu anda cek air bateri kereta dan membuat topup dari masa ke masa.

Air bateri kereta tahan berapa lama pada waktu ini ?Kerap kali jika dah mencapai tempoh 2 tahun, anda perlu lebih kerap cek air bateri kereta.

Oleh itu, jika dirumuskan, air bateri kereta perlu anda topup 2 hingga 3 bulan sekali pada waktu ini.

3. Bateri kereta 3 tahun dan ke atas

Jika anda dah biasa menggunakan bateri kereta basah pasti anda dah biasa membuat topup air bateri kereta.

Paling tidak pun 1 bulan sekali anda perlu menambah air bateri kereta kerana pada waktu ini penggunaan air bateri kereta adalah tinggi.

Selagi mana anda menjaga water level air bateri kereta, selagi itu tempoh bateri kereta mampu bertahan. Malah, boleh dikatakan mencecah sehingga 5 tahun sekali barulah anda perlu membeli bateri kereta basah yang baru.

Baca selanjutnya : Cara isi air bateri kereta

2 thoughts on “Air bateri kereta tahan berapa lama ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *