Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Teknik berkesan cara cek air bateri kereta

Cara cek air bateri kereta. Bagaimanakah anda sebagai pemilik sebuah kereta untuk check air bateri kereta ? Siapakah yang sesuai untuk membuat cara cek air bateri kereta ini ?

Adakah terdapat kesan buruk sekiranya tidak membuat cek air bateri kereta? Bagaimana sekiranya anda tidak tahu cara cek air bateri kereta yang sebenar dan takut untuk melakukannya sendiri ?

Proses terhadap cara cek air bateri kereta perlukan alatan apa? Apakah persediaan yang perlu diketahui sebelum anda nak mulakan cara check air bateri kereta tanpa sebarang masalah lain akan timbul ?

Berikut merupakan persoalan-persoalan yang berkemungkinan bermain di minda anda. Kadang-kadang anda sendiri pun tak pasti sama adakah semua bateri kereta perlu untuk tahu cara cek air bateri kereta ini atau pun ada jenis-jenis bateri kereta tertentu sahaja.

Kenapa perlu cek air bateri kereta ?

Air bateri kereta merupakan bahan tambahan yang diperlukan oleh bateri kereta untuk ianya bekerja menghasilkan aliran elektrik yang diperlukan oleh sesebuah kereta.

Aturan dalam cek air bateri kereta menandakan anda menjaga dan mengekalkan fungsi sebenar sebuah bateri kereta. Ini memberikan tempoh sesebuah bateri kereta itu semakin panjang malah bertahan tanpa anda sedari.

Bacaan terkait : Air bateri kereta tahan berapa lama

Apa yang perlu diketahui sebelum memulakan cara check air bateri kereta ?

Cara cek air bateri kereta ini adalah dituju khas kepada pengguna bateri kereta basah. Jika selain dari jenis bateri kereta basah adalah tidak memerlukan sama sekali untuk mengetahu cara cek air bateri kereta.

Selain itu, proses bagi cara cek air bateri kereta amatlah mudah untuk dilakukan. Namun, tidak semua mampu melakukannya dengan baik. Disebabkan inilah terdapat banyak kes tiba-tiba kereta tidak dapat dihidupkan. Bila cek air bateri barulah tahu yang air bateri kereta sudah kering.

Adakah terdapat jadual tertentu bagi membuat cek air bateri kereta ?

Sudah tentu anda perlu mengatur penjadualan yang betul dan tidak terlepas untuk cek air bateri kereta. Sekiranya anda suka-suka pada bila masa sahaja nak cek air bateri kereta, maka anda tidak dapat membaca bilakah perlu anda menambah air bateri kereta kelak.

Cadangan jadual yang sesuai untuk anda cek air bateri kereta adalah seperti berikut :

Umur bateri keretaKadar kekerapan cek air bateri kereta
1-6 bulan3 bulan sekali
6-24 bulan2-3 bulan sekali
24 bulan dan ke atas3-4 minggu sekali
Cadangan jadual cek air bateri kereta

Jadual di atas merupakan anggaran kekerapan yang boleh anda laksanakan cek air bateri kereta. Jika anda sering check air bateri kereta contohnya seperti seminggu sekali, maka anda tidak perlu mengikuti jadual di atas.

Apa akibat daripada tidak cek air bateri kereta ?

Jika anda tidak membuat cek air bateri kereta, potensi untuk bateri kereta itu berfungsi pada masa akan datang akan menghadapi kegagalan. Air bateri kereta yang kering akan mendatangkan masalah kepada anda walaupun baru sahaja membeli bateri kereta baru.

Kerosakan bateri kereta akan terjadi dan boleh mengakibatkan enjin kereta anda tidak dapat dihidupkan. Justeru, dalam masa yang sama perjalanan anda dari 1 destinasi ke destinasi akan terganggu.

Cara check air bateri kereta myvi

Contoh yang akan diberikan dalam cara cek air bateri kereta adalah bukan untuk kereta myvi sahaja, namun sesuai untuk semua jenis kereta. Apa yang penting adalah anda menggunakan bateri kereta jenis basah.

Terdapat dua cara cek air bateri kereta yang boleh anda jadikan panduan. Berikut merupakan cara cek air bateri kereta yang pertama mengikut langkah yang betul :

  1. Buka bonet depan kereta.
  2. Kenal pasti kedudukan bateri kereta anda.
  3. Sebaiknya dalam cara cek air bateri kereta ini perlulah ditempat yang cerah dan terang.
  4. Jika anda cek air bateri kereta pada waktu malam, pastikan anda menggunakan lampu suluh.
  5. Lihat pada permukaan keliling bateri kereta anda.
  6. Cari tulisan “MIN” dan “MAX”
  7. Tanda inilah yang boleh anda rujuk sebagai panduan di tahap manakah air bateri kereta anda berada.
  8. Jika masih belum kenal pasti kedudukan air bateri kereta anda, anda boleh mengikut cara seterusnya iaitu cara kedua cek air bateri kereta.
cara cek air bateri kereta
Cara cek air bateri kereta

Berikut merupakan cara cek air bateri kereta yang kedua dan memerlukan sedikit praktikal :

  1. Buka bonet hadapan kereta anda.
  2. Lihat pada permukaan atas bateri kereta anda.
  3. Akan terdapat banyak skru yang terdiri dari material plastik.
  4. Buka kesemua skru-skru tersebut.
  5. Selalunya akan terdapat 6 skru pada bateri kereta.
  6. Jika skru itu ketat, buka menggunakan playar.
  7. Apabila semua skru sudah dibuka, lihat bahagian dalam lubang yang telah dibuka tadi.
  8. Cuba goyangkan sedikit kereta anda supaya anda dapat pastikan kehadiran air bateri kereta itu masih ada lagi atau sebaliknya.
  9. Lakukan tambah air bateri kereta dan cek semula water level air bateri kereta tersebut.
  10. Tutup kembali skru tempat air bateri kereta tadi dengan ketat.
  11. Selesai.

Baca selanjutnya : Cara isi air bateri kereta

2 thoughts on “Teknik berkesan cara cek air bateri kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *