Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cara isi air bateri kereta

Cara isi air bateri kereta. Bagaimanakah caranya untuk anda isi air bateri kereta ? Cara isi air bateri kereta di artikel ini merupakan cara yang boleh anda ikuti dan lakukan sendiri walaupun anda berada di rumah.

Isi air bateri kereta sering kali kita akan kaitkan dengan bateri kereta jenis basah. Kalau anda menggunakan jenis bateri kereta basah, anda berada di tempat yang betul dan benar.

Dalam masa yang sama, anda juga perlu mengetahui jadual yang betul bilakah anda perlu isi air bateri kereta supaya dapat mengelakkan air bateri kereta kering. Jika tidak dijadualkan perkara ini, maka bateri kereta basah anda akan cepat rosak lalu boleh menyebabkan ianya kong atau habis.

Baca juga : Bila perlu tambah air bateri kereta

Tidak perlu anda nak harapkan sesiapa bagi menjaga air bateri kereta lagi. Dengan cara isi air bateri kereta ini, anda pasti akan boleh lakukan tanpa sebarang masalah.

Mari kita lihat perkara-perkara yang perlu diketahui terlebih dahulu sebelum anda tahu cara isi air bateri kereta.

Artikel berkaitan : Harga air bateri kereta petronas

Kenapa perlu tahu cara isi air bateri kereta ?

1. Tahu di mana bahagian tempat isi air bateri kereta

Pentingnya di sini supaya anda dapat perhatikan bahagian manakah tempat untuk anda isi air bateri kereta. Jika anda salah memasukkan air bateri kereta pada tempat yang salah, pasti akan menimbulkan masalah lain dan dalam masa yang sama air bateri kereta akan kekal menjadi kosong.

Rujuk pada bateri kereta anda. Lihat pada permukaan atas bateri kereta anda akan mempunyai skru jenis plastik sebanyak 5 hingga 6 skru. Di situlah tempat untuk anda isikan air bateri kereta.

Namun, adakah jika anda menggunakan bateri sel kering boleh tambah air ?

2. Supaya tidak tersalah memilih jenis air bateri kereta

Pemilihan jenis air bateri juga tidak boleh dipandang ringan. Anda dilarang sama sekali mengisi air paip atau air tapis ke dalam bateri kereta anda. Beli dan dapatkan air bateri kereta di kedai barangan kereta atau di stesen minyak yang menjual air bateri kereta.

Air bateri kereta tersebut bukan air biasa. Ianya membantu menjaga tenaga di dalam bateri kereta anda supaya kekal memberikan elektrik yang diperlukan oleh kereta anda.

cara isi air bateri kereta
Cara isi air bateri kereta

Bolehkah minta bantuan isi air bateri kereta kepada kedai bateri kereta ?

Sebenarnya agak segan untuk kita datang bawa kereta dan minta bantuan kedai bateri kereta untuk isikan air bateri kereta. Kecuali jika kita sebelum ini membeli bateri kereta tersebut di kedai bateri kereta yang sama.

Selain itu, anda boleh meminta bantuan sewaktu anda servis tukar minyak hitam kereta atau minyak enjin kereta di pusat servis kereta. Namun, kadang-kadang kita akan servis kereta setiap 6 bulan sekali. Ianya akan kering sebelum waktu servis.

Apakah jadual sesuai bagi mengisi air bateri kereta ?

Penjadualan bagi mengisi air bateri kereta sangat penting. Hal ini supaya anda dapat mengoptimumkan tenaga dari bateri kereta anda lebih-lebih lagi anda yang kerap menggunakan kereta untuk perjalanan yang jauh dalam mengambil masa yang lama.

Artikel berkaitan : Air bateri kereta tahan berapa lama

Rujuk jadual waktu yang sesuai untuk isi air bateri kereta seperti yang disarankan :

Tempoh penggunaan bateri keretaTempoh mengisi air bateri kereta
Bateri kereta baru (1-6 bulan)3 bulan sekali
Bateri kereta pertengahan (6-24 bulan)1-2 bulan sekali
Bateri kereta lama (24 bulan dan ke atas)1 bulan sekali
Tempoh isi air bateri kereta mengikut jadual

Baca selanjutnya : Cara cek air bateri kereta

Bagaimana cara isi air bateri kereta ?

Ikuti cara isi air bateri kereta mengikut susunan di bawah :

  1. Buka bonet depan kereta anda.
  2. Kenal pasti bateri kereta terletak di mana.
  3. Tidak perlu membuka bateri kereta dari tempatnya.
  4. Kenal pasti juga bahagian skru sebelum anda membuka untuk mengisi air bateri kereta.
  5. Buka semua skru tempat air bateri kereta anda.
  6. Check terlebih dahulu dengan melihat di dalam lubang skru yang telah dibuka tadi.
  7. Lihat pada bahagian tepi bateri kereta ada tertulis takat atau level air bateri kereta sekarang.
  8. Ambil botol yang mengisi air bateri kereta.
  9. Isikan air bateri kereta ke dalam lubang air bateri tadi sambil memerhati paras air bateri kereta sehingga mencapai maksimum level.
  10. Pastikan air bateri kereta telah diisi bagi kesemua lubang air bateri yang telah dibuka.
  11. Tutup semula skru air bateri kereta tadi dengan kemas.
  12. Lap pada permukaan atas bateri kereta sekiranya terdapat tumpahan air bateri kereta.
  13. Selesai.

Cara isi air bateri kereta axia

Untuk kereta perodua Axia, anda boleh ikuti cara isi air bateri kereta seperti di atas. yang membezakan cuma anda perlu tahu di mana kedudukan bateri kereta anda terletak sebaik sahaja bonet depan kereta dibuka.

Cara isi air bateri kereta bezza

Begitu juga dengan cara isi air bateri kereta Bezza anda. Untuk anda yang baru beli kereta bezza, bateri kereta yang digunakan bukanlah bateri kereta basah.

Namun, jika anda menukar kepada bateri kereta basah kemudiannya, anda boleh mempraktikkan cara isi air bateri kereta bezza sama seperti di atas.

Cara isi air bateri kereta myvi

Selain itu, jika anda gunakan kereta perodua myvi, anda juga boleh menggunakan cara isi air bateri kereta myvi. Namun, tidak semua kereta myvi sekarang menggunakan bateri kereta basah.

Jika anda kurang pasti, bukan bonet hadapan kereta myvi anda untuk dapatkan kepastian bateri kereta apakah yang sedang anda gunakan.