Saiz bateri kereta iriz : Padanan tepat untuk prestasi optimum
Saiz bateri kereta iriz. Apakah saiz bateri kereta yang tepat perlu digunakan oleh sebuah kereta proton iriz yang sedang anda miliki atau gunakan sebagai menggantikannya kepada yang baru ?
Kereta jenama tempatan proton iriz sehingga kini masih menjadi pilihan untuk para penggemar kereta model hatchback. Walaupun ianya tidak seperti pilihan kereta lain yang menjadi pilihan ramai, ianya dianggap sebagai kereta yang patut dimiliki oleh kerana faktor tertentu.
Namun, kesemua jenis kereta pun sama ada kereta tempatan mahupun import, pasti perlu dimaintain secara asas bagi mengekalkan prestasi sesebuah kereta. Antara perkara yang perlu anda maintain adalah seperti bateri kereta iriz itu sendiri.
Bateri kereta iriz perlu anda pilih berdasarkan keperluan yang anda gunakan dan perlu mengikut dimensi yang betul agar anda tidak mengeluarkan harga bateri kereta yang melebihi dari yang sepatutnya.
Apakah model proton iriz yang terdapat di negara kita ?
Ada terdapat 2 model enjin kereta proton iriz yang dikeluarkan oleh pihak jenama proton di negara kita. Model enjin tersebut adalah 1300 atau 1.3cc dan juga 1600 atau 1.6cc untuk proton iriz.
Ada yang tertanya-tanya adalah bateri kereta 1.3 tidak sama dengan bateri kereta 1.6 ? Adakah kedua model ini mempunyai saiz bateri kereta iriz yang berlainan ? Justeru, semestinya jika berbeza pasti akan mempunyai berbeza dari segi harga bateri kereta iriz ini.
Berapakah saiz bateri kereta iriz ?
Untuk pengetahuan anda, terdapat beza dari segi saiz bateri proton iriz untuk kedua model iaitu bateri iriz 1.3 dan bateri iriz 1.6 . Saiz bateri kereta iriz adalah berdasarkan kod bateri kereta seperti berikut :
- NS60
- NS60RS
- 46B24RS
- 55B24RS
- 65B24RS
Untuk memudahkan anda, pemilihan saiz bateri proton iriz adalah berdasarkan kod bateri yang lebih jelas seperti 46B24RS atau 55B24RS. Dimensi yang sesuai berdasarkan bacaan kod untuk bateri iriz 1.3 dan bateri iriz 1.6 adalah sama dan tidak boleh diubah kepada yang lain.
Namun, bezanya adalah berdasarkan pemilihan bacaan tenaga bekalan elektrik sesebuah bateri kereta iriz itu sendiri. Berikut merupakan pemilihan saiz bateri proton iriz mengikut cc enjin kereta iriz anda :
Bateri kereta Iriz 1.3 | Bateri kereta iriz 1.6 |
46B24RS | 55B24RS |
55B24RS | 65B24RS |
Untuk bateri iriz 1.3, anda boleh memilih kod bateri yang bermula dengan 46B24RS. Manakala, proton iriz 1.6 battery size pula disarankan bermula dengan kod bateri 55B24RS. Hal ini kerana, lebih besar cc enjin kereta iriz anda, maka keperluan terhadap bekalan elektrik itu lebih banyak diperlukan sesuai dengan tempoh penggunaan pada sesebuah bateri kereta.
Namun, untuk bateri kereta proton iriz 1.6 masih tetap boleh dipilih kod bateri 46B24RS sebagai pilihan paling minimum seiring dengan harganya yang lebih murah dan berpatutan.
Berapakah harga bateri kereta proton iriz ?
Sudah pasti setiap proton iriz battery size yang berbeza pasti akan mempunyai harga bateri kereta proton iriz yang berlainan. Termasuk juga bagi anda yang ingin memilih bateri kereta proton iriz berdasarkan cc enjin kereta anda yang sesuai.
Berikut merupakan anggaran dari segi harga bateri kereta iriz berdasarkan sesebuah jenama mengikut kadar bekalan tenaga elektrik yang diberikan :
Saiz bateri kereta Iriz | Harga bateri kereta Iriz |
46B24RS | RM240 |
55B24RS | RM295 |
65B24RS | RM370 |
Bateri remote kereta iriz
Tukar bateri kunci kereta iriz adalah perlu sekiranya ianya sudah kerap bermasalah untuk melakukan penghidupan enjin atau kawalan buka dan tutup alarm kereta.
Bateri remote kereta iriz boleh anda dapati di kedai-kedai sparepart barangan kereta atau di kedai menjual bateri. Harga bateri remote iriz bermula dengan jumlah sebanyak RM4-RM12 yang mempunyai kod CR1620 (3V).
Pingback: Maklumat Saiz bateri kereta lengkap - Mekanikakereta