Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta Yokobatt tanpa penyelenggaraan terbaik : Temui rahsia pemilikan tanpa masalah

Bateri kereta Yokobatt tanpa penyelenggaraan terbaik. Pemilihan bateri kereta yang baik sepatutnya bermula dari awal. Ini akan memberikan kesan yang positif dan tidak memeningkan kepala anda sebagai pemilik kereta.

Di artikel ini, anda akan dapati bagaimana cara nak memilih bateri kereta yokobatt yang sesuai bagi kegunaan anda. Tidak semuanya bateri kereta yokobatt sesuai digunakan oleh anda.

Ada yang terlalu besar bekalan elektrik dalamnya, manakala ada juga yang kurang bekalan elektrik yang dibekalkan tetapi menawarkan harga paling rendah dan berbaloi untuk kegunaan pendek.

Cara memilih bateri kereta Yokobatt yang sesuai

1. Jenis bateri kereta Yokobatt

Terdapat 2 jenis bateri kereta yokobatt yang ditawarkan di pasaran iaitu kering dan basah. Bateri kereta kering yokobatt dikenali sebagai Maintainance Free (MF). Maksud disebalik maintainance free ini adalah tidak memerlukan apa-apa penyelenggaraan terhadap bateri tersebut.

Hanya pasang dan terus boleh gunakan sehingga ianya habis digunakan. Anda tidak perlu bersusah payah dengan kerap membuka bonet dan ianya sesuai untuk golongan wanita.

Selain itu, ketika membeli, warna kotak adalah berupa putih dan hijau. Manakala, badan bateri kereta yokobatt pula berwarna hitam disamping tersedia terminal merah dan hitam di bahagian atas bateri.

Bateri kereta Yokobatt tanpa penyelenggaraan terbaik

Sekiranya anda memilih bateri kereta yokobatt jenis basah, kotak bateri yang bakal anda terima adalah berwarna oren, merah dan putih. Pada bahagian badan bateri kereta yokobatt basah (wet) pula adalah berwarna putih dan hitam dibahagian permukaan atas.

Pada permukaan atas tersebut terletaknya terminal merah iaitu positif dan terminal hitam iaitu sebagai negatif. Tambahan pula, bateri kereta yokobatt jenis basah ini mempunyai sedikit kelainan iaitu mempunyai 6 corong atau lubang yang boleh dibuka untuk anda lakukan penambahan air bateri kereta sekiranya ia telah kurang atau kering.

Pilih antara kedua ini mengikut citarasa anda sebagai pengguna dan fungsi yang betul. Elakkan dari tersilap memlilih jenis bateri kereta yokobatt kerana antara kedua jenis kering dan basah ini adalah tidak sama ciri-cirinya.

bateri kereta yokobatt wet

2. Saiz bateri kereta Yokobatt

Selain itu, bercakap berkenaan saiz bateri kereta yokobatt pun banyak pilihan. Tidak terhad kepada sesebuah kereta, model ataupun jenama. Antara pilihan bagi saiz bateri kereta yokobatt adalah seperti berikut :

  1. NS40ZL
  2. NS60 R/L
  3. NS70 R/L
  4. DIN55 R/L
  5. 55D23L
  6. DIN66L
  7. NX120-7 R/L

Sebelum anda memilih dan membeli, sila pastikan saiz bateri kereta yang anda gunakan sekarang atau bateri lama yang anda gunakan adalah sama. Hal ini demikian, bagi mengelakkan antara terbeli salah saiz bateri yokobatt sama ada terlalu kecil atau terlalu besar sehingga tidak muat diletakkan dalam kawasan bonet hadapan kereta yang disediakan untuk bateri kereta anda.

3. Kapasiti bateri kereta Yokobatt

Secara tidak langsung anda pasti memikirkan kapasiti daripada setiap bateri kereta lain dibandingkan bateri kereta yokobatt ini. Untuk pengetahuan anda, bagi mendalami setiap tawaran bateri kereta yokobatt, anda perlu mengetahui kod bateri kereta secara lebih lanjut menerusi website mereta.

Hal ini kerana, bateri kereta yokobatt sekarang hanya memberikan bacaan menerusi saiz bateri kereta yokobatt sahaja. Untuk sekadar saiz bateri kereta yokobatt memang banyak tawaran.

Namun, untuk membezakan kapasiti bateri kereta yokobatt, anda perlu membuat sedikit kajian iaitu terus ke website mereka. Di situ, anda akan dapati bacaan kod bateri kereta berdasarkan saiz bateri kereta yang anda sepatutnya gunakan yang lebih teliti seperti bacaan :

  1. Bacaan kuasa bateri (aH)
  2. Bacaan CCA (Cold Cranking Amps)
  3. Bacaan RC (Reverse Capacity)

4. Ciri-ciri bateri kereta Yokobatt

Antara ciri-ciri bateri kereta yokobatt adalah dengan jenamanya yang sudah dikenal ramai orang. Ianya merupakan jenama di bawah syarikat terkemuka iaitu Yokohama. Siapa saja yang tidak kenali jenama yokohama.

Dengan kehadiran bateri yokobatt menjadikan pilihan yang lebih banyak dalam keadaan harga yang lebih berbaloi untuk anda miliki. Bukan sahaja harga, mahal ianya sesuai dengan ketahanan yang baik bakal anda rasai apabila menggunakan bateri yokobatt.

5. Harga bateri kereta Yokobatt

Berikut merupakan harga bateri kereta yokobatt yang dijual di pasaran semasa. Ianya merupakan anggaran harga terdekat yang boleh anda jadikan rujukan sebelum anda nak beli di kedai bateri kereta berhampiran rumah.

Harga bateri kereta yokobatt akan dibezakan sesuai dengan saiz bateri kereta yokobatt yang ditawarkan.

Saiz bateri kereta YokobattHarga bateri kereta Yokobatt
NS40ZLRM150
NS60 R/LRM180
NS70 R/LRM220
DIN55 R/LRM230
55D23LRM260
DIN66LRM255
NX120-7 R/LRM270

6. Jenama bateri kereta Yokobatt

Jenama yang bagus sudah semestinya banyak dijual dipasaran seperti kedai bateri kereta. Kedai-kedai bateri kereta sudah pasti tidak mahukan kerugian dengan membeli bateri kereta jenama yang tidak dikenali. Bateri kereta yokobatt amat mudah untuk anda dapati yang menandakan jenama bateri kereta yokobatt diyakini akan pilihan ramai.

Selain itu, anda boleh teliti bahawa jenama bateri kereta yokobatt mempunyai banyak pilihan saiz bateri kereta. Ini juga menandakan yang tiada keraguan terhadap jenama bateri kereta yokobatt selain dari ianya di bawah syarikat terkemuka iaitu Yokohama.

7. Warranti bateri kereta Yokobatt

Sudah semestinya warranty bateri kereta yokobatt memberikan 1 tahun atau 12 bulan sebaik sahaja ianya mula dibeli oleh anda. Kad warranti juga akan diberikan kepada anda yang membelinya dan perlu disimpan sekiranya sepanjang tempoh 12 bulan tersebut mempunyai sebarang masalah.

Tempoh ini juga cukup dengan tawaran harga bateri yokobatt yang boleh dikatakan agak murah dikalangan jenama bateri lain.

8. Pengaruh cuaca semasa dan cara pemanduan pemilik kereta

Sesebuah bateri kereta mempunyai ketahanan tertentu. Sama juga seperti bateri yokobatt boleh juga mampu bertahan mengikut cuaca semasa seperti di negara kita. Selain itu, berdasarkan cara pemanduan bagi pemilik kereta juga boleh mempengaruhi ketahanan bateri kereta yokobatt anda.

Semakin ianya digunakan secara sederhana, semakin ianya mampu digunakan untuk jangka masa yang panjang dan anda dapat gunakannya secara optimum.

9. Buat bacaan review secara online bagi bateri kereta Yokobatt yang lain

Seperti yang telah disarankan, anda sebaiknya membuat sedikit kajian tentang review bagi sesebuah jenama bateri kereta sebelum bersetuju membeli bateri kereta yang baru. Di website yokobatt, anda boleh mendapatkan beberapa pilihan mengenai bateri yokobatt yang dijual.

Namun, selepas anda mengenal pasti bateri yokobatt yang sesuai, anda boleh ke beberapa kedai bateri kereta bagi melakukan survey bagi bateri yokobatt tersebut.

10. Dapatkan saranan daripada kedai bateri kereta dan bengkel kereta tentang bateri kereta Yokobatt

Pada kedai bateri kereta mahupun bengkel kereta juga anda boleh bertanya sendiri adakah bateri yokobatt bagus atau sebaliknya. Sudah tentu mereka akan katakan bagus kereta mereka berani menjualnya kepada orang ramai.

Begitulah serba sedikit tentang cara memlih bateri kereta yokobatt yang sesuai sebagai bateri kereta yokobatt tanpa penyelenggaraan terbaik yang boleh anda jadikan rujukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *