Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Toyota Yaris : Hatchback yang tahan lasak

Bateri kereta Toyota Yaris. Apakah bateri kereta yang sebenarnya dibolehkan untuk sebuah kereta toyota yaris gunakan sama ada mengikut ukuran, jenis dan juga kekuatan sesebuah bateri kereta yang dibekalkan ?

Penggunaan sesebuah bateri kereta amat penting mengikut keperluan sesebuah kereta. Bukan sahaja mengikut keperluan, malah perlu juga mengikut kehendak setiap pemilik kereta toyota yaris perlukan.

Apakah bezanya keperluan dan juga kehendak sesebuah bateri kereta terutamanya jika anda menggunakan bateri kereta toyota yaris ?

Untuk pengetahuan anda, bateri kereta yang ada dipasaran menawarkan beberapa aspek antaranya seperti ukuran dan juga bacaan Ah.

Ukuran bateri kereta digunakan bagi meletakkan bateri kereta pada tapak yang telah disediakan sejak dari kereta toyota yaris dilancarkan lagi.

Ini perlu mengikut panjang, lebar serta tinggi yang sepatutnya agar tidak berlaku perkara seperti tidak muat atau kelonggaran apabila hendak memasukkan sesebuah bateri kereta.

Manakala, bacaan Ah yang baik perlu mengikut berdasarkan 2 perkara iaitu keperluan minima dan juga kehendak pemilik kereta sendiri.

Sesebuah bateri kereta perlu dilihat pada keperluan minima yang kereta toyota yaris perlukan. Manakala, kehendak pula adalah mengikut apa yang pemilik kereta nak.

Ini adalah berdasarkan cara pemanduan, kekerapan pemanduan serta pemasangan aksesori tambahan sekiranya ada.

Saiz bateri kereta toyota yaris

Jadi, secara asasnya ukuran bagi saiz bateri kereta toyota yaris adalah B24L. Ukuran ini boleh dirujuk pada setiap bateri kereta yang anda beli akan ditulis bagi kepastian.

Manakala, mengikut keperluan minima saiz bateri kereta yaris anda adalah 46B24L. Nombor hadapan 46 tersebut menandakan jumlah Ah yang akan dibekalkan kepada kereta toyota yaris anda.

Digalakkan sekiranya anda seorang pemandu yang berhemah dan hanya gunakan kereta toyota yaris pergi dan balik kerja untuk jarak bawah 50km sehari. Dan tidak membuat penambahan apa-apa aksesori tambahan boleh menggunakan saiz bateri ini.

saiz bateri kereta toyota yaris

Selain itu, sekiranya anda seorang yang kerap menggunakan kereta toyota yaris untuk jarak yang jauh setiap hari dan membawa melebihi 110km/j. Dan dalam masa yang sama membuat tambahan akseseori tidak menggalakan untuk menggunakan saiz bateri keperluan minima tersebut.

Anda digalakkan menggunakan saiz bateri yaris seperti 55B24L, 60B24L ataupun 65B24L yang membekalkan kuasa yang lebih mengikut kehendak yang anda perlukan.

Kenapa saiz bateri kereta Toyota Yaris dari kilang (original) lebih kecil dari yang nak tukar baru yang lebih besar?

Jawapannya di sini adalah dibolehkan. Ini kerana bateri yaris yang baru anda tukar itu adalah saiz yang sepatutnya digunakan iaitu NS60.

Agak hairan sebab kenapa tak gunakan bateri yang sama saiz seperti dari kilang?Kenapa guna lagi besar?Adakah ianya boleh atau ini satu kesalahan?

Persoalan ini sering menjadi pertanyaan bagi ramai pemilik kereta toyota yaris dimana bateri original yang belum pernah tukar lagi.

Bila masa bateri tersebut dah kong dan nak tukar kepada baru, kedai bateri ganti kepada saiz yang lagi besar.

Bateri original dari kilang ketika anda baru beli kereta itu menggunakan saiz NS40 dan ianya masih boleh digunakan oleh kereta toyota yaris anda.

Jika anda lihat saiz bateri yang baru NS60 tersebut diletakkan dalam tapak bateri secara penuh atau ngam-ngam ke dalam tapak yang disediakan.

Berbeza bateri dari kilang pula lebih kecil dari tapak yang diberikan. Namun, masih bersesuaian kerana terdapat bracket pengikat bateri tersebut.

Selain itu, bateri original untuk toyota yaris NS40 tersebut menggunakan terminal bateri yang besar (LS) supaya dapat dimasukkan ke dalam wayar sama seperti bateri NS60.

Jadi, jika anda tukar kepada bateri NS60, saiz yang digunakan hanyalah (L) pada hujung kod seperti NS60L dan wayar sedia ada boleh dimasukkan ke dalam terminalnya.

Anda tak perlu risau lagi, sebab penggunaan bateri NS60 sebenarnya akan lebih support untuk kegunaan harian anda dan ketahanannya akan jadi lebih lama dari bateri dari kilang.

Jenis bateri kereta Toyota Yaris

Terdapat dua jenis pilihan utama yang khasnya boleh dipilih oleh anda sebagai pemilik kereta yaris. Dua jenis ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang perlu anda buat bandingkan mengikut kemampuan anda.

Dua pilihan jenis bateri bagi toyota yaris tersebut adalah :

  1. Bateri kering (Dry/MF)
  2. Bateri basah (Wet)

Secara majoritinya, ramai sebenarnya golongan wanita memiliki kereta toyota yaris tidak kira bujang mahu pun sudah berumah tangga.

Disebabkan kereta ini sederhana kecil, ianya mudah dikendalikan oleh golongan wanita yang sukakan kemudahan dan taknak pening-pening kepala.

Saranan saya sekiranya anda seorang wanita yang menggunakan kereta yaris untuk urusan harian, gunalah bateri jenis kering atau dikenali sebagai maintainance free (MF).

Cara nak jaga bateri kering tak perlu bersusah payah apa-apa. Guna sahaja hingga bateri kering itu habis digunakan dan boleh tukar kepada bateri kering yang baru selepas itu.

Manakala, tidak lupa juga bagi golongan lelaki yang sukakan simple dan nakkan bateri kereta yang durable untuk kereta toyota yaris ini boleh menggunakan bateri jenis basah.

Bateri jenis basah perlukan sedikit penjagaan yang tidak rumit dan berjadual. Topup air bateri kereta anda mengikut jadual yang anda boleh tetapkan sendiri sama ada sebulan sekali hingga 2 bulan sekali mengikut kekerapan penggunaan kereta yaris anda.

Yang pasti, kelebihan yang anda dapat adalah dari segi ketahanan lama dan ini dapat menjimatkan duit poket anda.

Harga bateri kereta Toyota Yaris

Dalam pemilihan bateri kereta untuk kereta toyota yaris anda, selain saiz dan jenis, harga merupakan perkara pertama yang pamilik kereta sebenarnya pandang dahulu.

Asalkan nak harga murah, boleh saja digunakan. Namun, itu merupakan perkara yang semua orang lakukan, bukan hanya kita sahaja.

Apa yang paling penting selepas tahu harga bateri yaris anda, anda perlu tahu jenama bateri mana yang sesuai selaras dengan saiz keperluan atau spec kereta anda.

Jenama bateri kereta memang banyak. Sampai pening anda nak fikir mana satu yang terbaik selain harganya murah.

Namun, ada juga jenama bateri yang tidak menyediakan saiz bateri yang diperlukan oleh kereta yaris anda. Jangan anda teruskan pembelian asalkan ianya murah sahaja tetapi saiz yang tak sesuai.

Artikel terkait : Harga, jenis, saiz bateri kereta

Berikut merupakan harga bateri kereta yaris berdasarkan jenama yang ada di pasaran kita sekarang :

Jenama Bateri KeretaHarga Bateri Kereta Toyota Yaris
CenturyRM230
AmaronRM250
CamelRM240
VartaRM250
BoschRM180
YokohamaRM240

Harga yang dinyatakan diatas merupakan bateri jenis kering (dry/mf) yang mengikut saiz asal bateri sesuai untuk kereta toyota yaris anda. Memang ada banyak lagi jenama dan ini antara yang banyak dijual dipasaran dan dipercayai.

Lepas anda dah decide harga,jenama mengikut saiz bateri kereta yaris anda, pastikan juga ianya memberikan kelebihan dari segi warranty. Dengan jaminan akan menguatkan lagi kepercayaan anda terhadap sesebuah jenama walaupun anda baru pertama kali menggunakannya.

P/s : Untuk mendapatkan jalan penyelesaian bagi segala permasalahan, anda digalakkan untuk melakukan rujukan di bateri kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *