Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Honda Wrv : Suv kecil sesuai untuk harian

Bateri kereta Honda Wrv. Kereta menggunakan bateri kereta sebagai alat tenaga elektrik yang disalurkan bermula dari ketika ingin hidupkan enjin.

Dan hingga kepada penggunaan pelbagai aksesori seperti lampu, hon, radio, wiper atau pengelap cermin.

Kehadiran bateri kereta yang betul mampu menampung penggunaan sesebuah kereta. Ianya mengikut beberapa faktor seperti cara penggunaan, kekerapan penggunaan, dan juga pemilihan bateri kereta yang betul.

Apabila bateri kereta habis, maka apa yang kita fikir terus menukarnya kepada yang baru. Sebelum nak gantikan kepada bateri kereta yang baru, ada beberapa tindakan perlu dilakukan bag setiap pemilik kereta.

Antara tindakan tersebut adalah mengetahui saiz bateri kereta dari segi ukuran dan juga dari segi kadar jumlah AH (ampere) yang dibekalkan bagi bateri kereta yang dipilih.

Dari segi ukuran penting bagi meneletakkannya di tapak yang cukup disediakan agar ianya dapat duduk atau kemas di tempat yang sama. Walaupun berlaku sebarang pergerakkan seperti laluan tidak rata ianya tetap berada di tempat yang sama.

Manakala, dari segi penggunaan jumlah AH yang minima membantu sesebuah bateri kereta wrv anda digunakan dengan baik hingga tempoh asas iaitu 2 hingga 3 tahun penggunaan.

Kebanyakkan bateri-bateri kereta yang baik akan mengekalkan penggunaannya dari tempoh 2 hingga 3 tahun dan ianya sudah dikira baik.

Jika kurang dari tempoh tersebut maka perlu anda check semula kadar minima AH yang digunakan bateri kereta honda wrv anda.

Sekiranya melebihi dari tempoh 3 tahun, ianya boleh dikatakan lebih baik dan kemungkinan besar penggunaan bateri honda wrv yang anda pilih menggunakan jumlah AH yang lebih tinggi.

Saiz bateri kereta honda wrv

Secara asas saiz bateri kereta honda wrv menggunakan kod seperti NS40ZL. Namun, kod ini tidak cukup untuk mengetahui berapakah jumlah AH yang dibekalkan.

Jika anda lihat semula pada sesebuah bateri kereta ketika sebelum membeli pasti akan dinyatakan jumlah penuh kod bateri yang anda boleh rujuk.

Untuk bateri kereta wrv ukuran pada kod tersebut tepat digunakan adalah seperti B19L dan juga B20L. Jumlah ini sudah mencukupi untuk saiz bateri wrv gunakan dari segi ukuran tinggi, lebar dan juga panjang.

Namun, jika dilihat pada bacaan hadapan kod tersebut akan dinyatakan jumlah AH yang sepatut bateri kereta bekalkan.

Di pasaran sekarang kebanyakkannya terdapat minima bateri boleh digunakan oleh kereta honda wrv adalah seperti 38B19L atau 38B20L.

Namun, jika anda inginkan sedikit kelebihan terhadap bekalan tenaga elektrik, maka pilihlah saiz bateri honda wrv seperti 40B19L atau 40B20L dan ke atas.

Semakin tinggi bacaan bahagian depan kod, maka semakin tinggi bekalan tenaga yang diperoleh oleh kereta honda wrv anda.

Saiz bateri kereta Honda Wrv

Jenis bateri kereta honda Wrv

Antara perkara paling mudah untuk anda maintain bateri kereta honda wrv adalah memilih jenis bateri honda wrv yang hanya terdapat 2 pilihan jenis tetapi banyak dijual di pasaran.

Dua pilihan jenis bateri tersebut adalah bateri jenis kering dan bateri jenis basah yang sangat familiar dan mudah untuk anda faham walaupun anda seorang wanita.

Pilih bateri jenis kering untuk kereta honda wrv anda jika tak nak serabut kepada untuk lakukan maintainance terhadap bateri yang anda gunakan.

Manakala, pilih bateri jenis basah sekiranya anda tahu selok belok untuk isi air (topup) air bateri kereta pada bateri basah secara berjadual.

Jika anda tiada siapa-siapa boleh diharapkan dan hanya anda sahaja yang gunakan kereta honda wrv, maka saranan utama adalah pilih bateri jenis kering yang lebih berbaloi tanpa perlu lakukan apa-apa.

Sebaliknya, jika kereta honda wrv anda diuruskan oleh ayah, suami, abang atau adik mengenai maintainance, anda boleh menggunakan bateri jenis basah yang keistimewaannya adalah dari segi ketahanan.

P/s : Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permasalahan dan jalan penyelesaian yang anda perlukan, sila rujuk ke bateri kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *