Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Proton Inspira : Sedan fenomena

Bateri kereta Proton Inspira. Saiz bateri kereta Inspira. Proton Inspira adalah sebuah kereta sedan yang menawarkan prestasi dinamik dan ruang yang luas.

Kereta ini dilengkapi dengan pelbagai sistem elektrik canggih yang memerlukan bateri dengan kapasiti yang lebih besar untuk menyokongnya.

Memilih bateri yang betul adalah penting bagi memastikan kelancaran operasi enjin dan komponen elektronik yang terdapat pada Inspira.

Berikut merupakan ciri-ciri yang dicari berdasarkan bateri kereta inspira gunakan yang boleh dirujuk oleh setiap pemilik mahupun pengguna kereta ini.

Sementara itu, anda juga boleh rujuk pada bateri kereta proton untuk dijadikan sebagai perbandingan ringkas dan padat pada model lain.

Saiz Bateri Kereta Proton Inspira

Bagi Proton Inspira, saiz bateri yang disarankan adalah 75D23L. Saiz bateri kereta ini mempunyai kapasiti sekitar 55Ah, yang lebih besar berbanding banyak bateri kereta kecil.

Saiz bateri 75D23L direka untuk menyokong sistem elektrik yang lebih kompleks dan enjin yang lebih berkuasa, menjadikannya pilihan yang ideal untuk Inspira sama ada 1.8 mahupun 2.0 .

Dengan orientasi terminal positif di sebelah kiri, ia memudahkan pemasangan yang betul. Tak perlu tarik wayar secara bersilang sekiranya kod yang bateri yang dibeli itu sudah tepat.

Saiz bateri kereta Proton Inspira 2.0

Penggunaan saiz bateri proton inspira yang menggunakan enjin 2.0 digalakkan untuk lebih jumlah Ah(Ampere hour).

Ini adalah bagi memberikan kuasa yang lebih mantap dan kegunaan lebih berpuas hati dan jangka panjang.

Contoh jenama bateri adalah Amaron FLO yang menggunakan kod saiz 85D23L dan juga Camel Premium Plus yang menggunakan kod 90D23L.

saiz bateri kereta proton inspira

Jenis bateri kereta Proton Inspira

Bahagian jenis bateri ini nampak sering diambil mudah tapi sering diabaikan dan dianggap tak perlu tahu oleh pemilik kereta inspira.

Ada 2 pilihan bagi jenis bateri kereta proton inspira iaitu :

  1. Bateri jenis kering (Dry/Maintenance Free)
  2. Bateri jenis basah (Wet/Conventional)

Sangat biasa pemilik atau pengguna kereta proton inspira akan pilih bateri kering sebab ianya paling mudah nak guna. Tak perlu servis atau selenggara atau buat apa-apa pun kat bateri tu. Hanya pakai dan tukar bila ianya habis/kong.

Berbeza pula dengan bateri jenis basah. Selalu dipandang sepi sebab kena penjagaan sedikit rapi. Nak kena isi air bateri tiap kali ianya mencapai tahap “LOW” pada level air yang ditetapkan. Namun, ada kelebihan bateri basah jauh lebih tahan dibandingkan bateri kering.

Harga bateri kereta Proton Inspira

Dalam nak menilai sesebuah harga bateri proton inspira, utamakan dulu pilihan kod saiz, jenis dan jenama yang anda percayai.

Kemudian, barulah boleh masuk tentang soal harga bateri proton inspira yang manakah paling berbaloi untuk digunakan.

Kalau anda rasa harga murah itu berbaloi, sila letak dulu penilaian itu ditepi lebih-lebih lagi anda pernah hadapi pengalaman kurang baik terhadap beli bateri murah.

Bagi anda yang nak buat perbandingan harga, jenis dan saiz bateri kereta pada jenama sama boleh buat rujukan di artikel ini.

Berikut merupakan senarai harga bateri kereta proton inspira :

Jenama bateri keretaSaiz bateri keretaJenis bateri keretaHarga bateri kereta Proton Inspira
Century Marathoner Max75D23LKering (Dry/MF)RM320
Amaron Go75D23LKering (Dry/MF)RM350
MotoliteD23LBasah (Wet/Conventional)RM245
Bosch75D23LKering (Dry/MF)RM320
Camel Plus70D23LKering (Dry/MF)RM360

Bateri kereta Proton Inspira tahan berapa lama

Biasanya bateri proton inspira akan tahan bagi penggunaan setiap 1 buah bateri baru sekitar 2 hingga ke 3 tahun.

Dalam tempoh yang telah dinyatakan tersebut, akan ada beberapa faktor yang menjadi perbezaan antara pengguna proton inspira yang lain.

Antara faktor jangka hayat bateri proton inspira berbeza adalah kerana :

  1. Kekerapan penggunaan proton inspira : Penggunaan harian boleh bertahan lama dibandingkan secara mingguan.
  2. Cara pembawakkan proton inspira : Pembawakkan yang kebanyakkan lebih santai mampu memberi ketahanan dibandingkan bawa secara extreme.
  3. Pemilihan jumlah Ah (ampere hour) : Bateri Ah yang lebih tinggi dapat digunakan lebih lama.
  4. Cc enjin : Proton inspira yang menggunakan 1.8cc lebih jimat penggunaan bateri dibandingkan 2.0cc
  5. Tambahan aksesori : Aksesori yang menggunakan peralatan elektronik tambahan lebih pendek penggunaan bateri dibandingkan kereta standard.

Faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas merupakan antara pengaruh kuat dalam peranan ketahanan setiap bateri yang digunakan.

Jika semua telah anda ikuti tetapi masih bateri baru cepat habis atau kong, maka sila check segera pada alternator yang merupakan kemungkinan besar ianya sudah tidak mengecas.

P/s : Ketahui lebih lanjut mengenai bateri kereta di post utama kami dan dapatkan segala maklumat yang anda ingin cari di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *