Bateri kereta Perodua Kembara : SUV terawal tempatan
Bateri kereta Perodua Kembara. Saiz bateri kereta kembara. Perodua Kembara merupakan sebuah kenderaan kompak yang sering digunakan untuk perjalanan jarak jauh dan dalam keadaan jalan yang pelbagai.
Bagi memastikan prestasi Kembara kekal optimum, pemilihan bateri yang tepat adalah penting. Saiz bateri kereta yang sesuai untuk Kembara perlu memenuhi kapasiti yang diperlukan untuk menghidupkan enjin dan memastikan sistem elektrik berfungsi dengan baik.
Panduan bateri kereta perodua ini sangat penting bagi anda mudah untuk lakukan rujukan dengan model sesama jenama perodua.
Saiz Bateri Kereta Perodua Kembara
Bagi Perodua Kembara, saiz bateri yang sesuai adalah NS40ZL. Bateri ini mempunyai dimensi yang sesuai dengan ruang bateri Kembara, dengan kapasiti sekitar 35Ah. Kod NS40ZL merujuk kepada saiz, kapasiti, dan orientasi terminal yang sesuai.
Bateri ini cukup untuk menyokong sistem elektrik Kembara, menghidupkan enjin, serta memberi kuasa kepada komponen-komponen lain seperti lampu dan penghawa dingin.
Lihat pada suv terkini seperti bateri kereta aruz yang merupakan antara suv selepas zaman kembara ini antara kemajuan dari perodua sendiri.

Jenis bateri kereta Perodua Kembara
Penggunaan jenis bateri untuk kereta perodua kembara juga adalah mudah didapati di pasaran iaitu :
- Bateri jenis kering (Dry/MF)
- Bateri jenis basah (Wet/Conventional)
Pilihan jenis bateri di atas memainkan peranan sebenar terhadap cara yang diperlukan oleh setiap pemilik atau pengguna kereta SUV mini yang agak kecil saiznya tetapi berkuasa di pelbagai tempat.
Gunakan bateri kering sekiranya anda kurang gemar untuk kerap kali membuka bonet kereta ini. Walaupun kereta ini sudah hampir 3 dekat iaitu sejak tahun 1998, ianya juga agak tahan lasak dan tak perlukan penjagaan yang begitu rapi.
Manakala, guna bateri basah sekiranya anda nakkan kepuasan dari segi penggunaan terhadap sesebuah bateri kereta dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Penjagaan air bateri yang baik memberikan kelebihan dari segi ketahanan walaupun anda menggunakan SUV dari perodua kembara secara harian.
Harga bateri kereta Perodua Kembara
Memandangkan anda dah tahu saiz dan jenis bateri perodua kembara ini antara yang termudah untuk dijumpai, maka harga sudah pasti mempunyai beberapa pilihan antara jenama.
Jenama bateri kereta di negara kita sebenarnya agak banyak lebih-lebih lagi kepada anda pengguna dan pemilik kereta kembara.
Banyak bukan bermakna anda perlu sesuka hati memilih jenama bateri yang mana saja, Cuma ianya adalah lebih kepada persaingan sihat antara jenama untuk memberikan kualiti yang lebih baik bagi saiz dan jenis bateri kembara anda.
Soal harga sudah pasti ada jenama yang dijual terlalu murah, dan ada juga sedikit mahal. Lihat kembali kepada keyakinan anda guna bateri jenama apa sebelum ini.
Jika sudah mempunyai jenama yang diyakini, sudah pasti harga tak jadi masalah, sebab bayar mahal pun berbaloi.
Namun, sekiranya anda baru nak cari jenama lain, nak tukar selera la katakan pada jenama lain, pastikan warranty standard 1 tahun itu diberikan walaupun anda memilih jenama bateri tak pernah dengar dan lihat pun sebelum ini.
Ikuti juga panduan harga, jenis dan saiz bateri kereta untuk model-model perodua yang lain supaya anda mudah membuat perbandingan di bawah jenama yang sama.
Berikut merupakan senarai jenama bateri dan harga yang boleh anda nilaikan sendiri di pasaran bateri terhampir :
| Jenama bateri kereta | Saiz bateri kereta | Jenis bateri kereta | Harga bateri kereta Perodua Kembara |
| Amaron Go | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM230 |
| Century Marathoner Max | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM200 |
| Astra | 40B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM220 |
| Road Master | 36B19L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM205 |
| Robust | 42B19L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM180 |
| Motolite | NS40ZL | Basah (Wet/Conventional) | RM170 |
P/s : Sekiranya anda ingin mendapatkan solusi pada masalah kereta anda yang berkait rapat bateri kereta dengan lebih lengkap boleh ke post utama kami.
