Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Bateri kereta

Bateri kereta Naza Citra : Mpv sederhana besar

Bateri kereta Naza Citra. Saiz bateri kereta naza citra. Naza Citra adalah sebuah kereta MPV yang dikenali dengan ruang yang luas dan harga yang berpatutan.

Kereta ini popular di kalangan keluarga Malaysia yang memerlukan kenderaan untuk perjalanan jauh dan membawa lebih banyak penumpang.

Naza Citra memberikan keselesaan tanpa mengorbankan kecekapan bahan api, menjadikannya pilihan yang baik untuk penggunaan harian.

Saiz Bateri Kereta Naza Citra

Untuk Naza Citra, saiz bateri kereta yang sesuai adalah DIN55L. Bateri ini mempunyai kapasiti sekitar 55Ah, yang cukup untuk mengendalikan sistem elektrik dalam Citra.

Dengan kapasiti ini, bateri ini dapat memberikan kuasa yang diperlukan untuk menghidupkan enjin serta menyokong sistem seperti lampu, penghawa dingin, dan sistem audio.

Naza Citra dilengkapi dengan enjin 2.0L yang mampu menghasilkan sekitar 136hp. Ia juga dilengkapi dengan ruang kabin yang luas, mampu memuatkan 7 orang penumpang dengan selesa.

Kenderaan ini sesuai untuk perjalanan jauh, dan oleh itu memerlukan bateri yang boleh menyokong penggunaan sistem elektrik yang lebih banyak sepanjang perjalanan.

saiz bateri kereta naza citra

Jenis bateri kereta Naza Citra

Ada dua jenis bateri kereta yang boleh diguna pakai oleh kereta naza citra anda iaitu :

  1. Bateri jenis kering (Dry/Maintenance Free)
  2. Bateri jenis basah (Wet/Conventional)

Setiap pemilik kereta naza citra pasti lebih cenderung menggunakan bateri kering sebab ianya sangatlah mudah digunakan tanpa perlu buat apa-apa service.

Berbeza pula pada bateri basah perlu anda service secara berjadual dengan mengisi air bateri kereta untuk mengekalkan keoptimum penggunaan bateri naza citra.

Bagi saya senang sahaja, guna bateri kering kalau anda kurang masa nak tambah air bateri. Manakala, jika anda suka buat sendiri membuka bonet hadapan kereta naza citra, maka guna bateri basah dan dapatkan manfaat ketahanan bateri lebih lama.

Harga bateri kereta Naza Citra

Siapa saja pemilik atau pengguna naza citra pastikan nak bateri yang murah tetapi berbaloi dengan duit yang dikeluarkan bagi setiap biji bateri kereta.

Namun, nanti dulu. Bateri yang bagus sebenarnya tidak didahulukan dengan harga yang murah semata.

Boleh dapat harga bateri naza citra yang murah tetapi perlukan sedikit penyelidikan atau perbandingan antara jenama bateri dan tawarkan yang diberikan.

Ikuti juga panduan harga, jenis dan saiz bateri kereta pada model-model naza yang lain supaya anda dapat lakukan perbandingan lengkap dan ringkas.

Berikut merupakan senarai harga bateri kereta naza citra yang boleh dijadikan rujukan :

Jenama bateri keretaSaiz bateri keretaJenis bateri keretaHarga bateri kereta Naza Citra
Astra MFDIN55LKering (Dry/MF)RM360
Century Marathoner MaxDIN55LKering (Dry/MF)RM315
Amaron GoDIN55LKering (Dry/MF)RM360
Century HybridDIN55LBasah (Wet/Conventional)RM260
Motolite HybridDIN55LBasah (Wet/Conventional)RM265

P/s : Sekiranya anda nak cari jalan penyelesaian lebih meluas, anda boleh rujukan pada post utama kami di bateri kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *