Bateri kereta Proton Putra : Kereta 2 pintu milik tempatan
Bateri kereta Proton Putra. Apakah ciri-ciri bateri kereta yang digunakan oleh kereta impian ramai suatu ketika dahulu hingga sekarang dicari di pasaran iaitu kereta proton putra ?
Setiap kereta pasti dibekalkan dengan sebuah nadi iaitu bateri kereta yang memainkan peranan begitu penting sewaktu kita hendak gunakannya.
Nak hidupkan enjin perlukan bateri yang baik agar kuasa kereta proton putra dapat dilancarkan dan seterusnya diambil alih oleh alternator untuk pengecasahan.
Namun, sekiranya bateri kereta proton putra yang digunakan telah lemah, maka gangguan akan bermula dari awal ketika hendak start kereta.
Dari situ boleh menyebabkan segala penggunaan ketika perjalanan boleh menjadi lemah lebih-lebih dari penggunaan elektrik dan elektronik kereta.
Bagi proton putra, kereta ini lebih kepada teknikal dan tidak banyak keperluan barangan elektrik dan elektronik diperlukan.
Namun, asas seperti lampu, hon dan juga radio sangat bergantung kepada bateri kereta lebih-lebih lagi ketika enjin telah dimatikan.
Ikuti ciri-ciri bateri kereta proton putra yang betul agar anda tidak tersalah membuat pilihan bagi meneruskan kelancaran sistem kereta ini.
Tapi sambil-sambil itu, rujuk juga pada bateri kereta proton sebagai panduan untuk model-model dalam jenama proton.
Saiz bateri kereta proton putra
Sejak dari tahun 1996 hingga 2001 dan juga 2004 (limited edition), proton putra ini telah diperkenalkan di pasaran tempatan.
Keunikan dari segi reka bentuk kereta ini yang menggunakan 2 pintu sahaja dan enjin 1.8cc memberikan keistimewaan terhadap namanya proton putra.
Bila dah istimewa begini, adakah saiz baterinya juga turut berbeza dibandingkan model lain seperti kereta proton wira di pasaran ?
Jawapannya adalah saiz bateri kereta proton putra yang digunakan adalah NS60R atau B24R. Ianya sebenarnya sama saiz yang digunakan oleh proton wira.

Jenis bateri kereta Proton Putra
Mungkin ramai di antara pemilik kereta proton putra dah tahu ada 2 jenis bateri yang boleh digunakan oleh kereta ini iaitu :
- Bateri jenis kering (Dry/Maintenance Free)
- Bateri jenis basah (Wet/Conventional)
Dua jenis ini biasanya majoritinya dah tahu peranannya iaitu bateri kering mudah dipakai dan bateri basah tahan lama.
Namun, tak semua tahu yang jenis bateri proton putra boleh dipilih berdasarkan kehendak dan bukanlah kena wajib pilih antara bateri kering atau basah.
Maksudnya kat sini, keputusan jenis bateri boleh dibuat sendiri mengikut apa yang diperlukan pada kereta proton putra.
Biasa ramai yang pilih bateri kering sebab jauh lebih mudah digunakan tak perlu servis pun. Ada juga yang pakai bateri basah dan tahu keperluan penjagaan air bateri kereta secara berjadual.
Oleh itu, jangan ikut majoriti orang guna bateri jenis apa, tapi ikut kehendak dan keperluan sendiri yang perlu diutamakan dulu. Kemudian barulah kelebihan datang terhadap jenis bateri yang anda pilih pada Prootn Putra anda.
Harga bateri kereta Proton Putra
Begitu juga dengan pilihan harga bateri untuk kereta proton putra anda. Harga murah tak semestinya tak bagus. Harga mahal belum pasti ianya juga berkualiti.
Jadi, apa pilihan harga bateri yang paling berbaloi digunakan oleh proton putra? Jawapannya adalah utamakan dulu warranty yang diberikan minima adalah 1 tahun.
Kemudian baru jenama bateri yang dikenali anda dan last sekali adalah harga yang ditawarkan untuk saiz dan jenis bateri proton putra.
Anda juga boleh buat perbandingan harga, jenis dan saiz bateri kereta anda model dan juga jenama kereta berbeza agar ianya memudahkan anda melihat dan kaji sendiri.
Berikut merupakan senarai harga bateri kereta proton putra :
| Jenama bateri kereta | Saiz bateri kereta | Jenis bateri kereta | Harga bateri kereta |
| Century Marathoner Max | 55B24R (NS60) | Kering (Dry/MF) | RM240 |
| Amaron Go | 55B24R (NS60) | Kering (Dry/MF) | RM290 |
| Camel Plus | 60B24R (NS60) | Kering (Dry/MF) | RM190 |
| Otopower | 48B24R (NS60) | Kering (Dry/MF) | RM160 |
| Motolite Hybrid | NS60 | Basah (Wet/Conventional) | RM170 |
P/s : Ikuti juga panduan lengkap di post utama kami bateri kereta untuk mendapatkan solusi terhadap segala permasalahan yang anda hadapi.
