Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Bateri kereta

Bateri kereta Toyota Fortuner : 4×4 SUV Impian keluarga besar

Bateri kereta Toyota Fortuner. Ciri-ciri bateri apakah kereta yang digunakan oleh sebuah pacuan SUV dari jenama ternama di dunia iaitu toyota fortuner ?

Toyota fortuner di negara kita ada 2 generasi yang pertama bermula dari 2005 dan berakhir pada 2015. Manakala, generasi kedua bermula dari tahun 2015 hinggalah kini.

Generasi pertama toyota fortuner mempunya 2 cc enjin iaitu 2.5 diesel dan 2.7 petrol. Dan kemudian pada generasi kedua toyota fortuner hadir dengan enjin 2.7 petrol dan 2 varian enjin diesel ditukar kepada 2.4 dan 2.8.

Keupayaan enjin oleh kereta toyota fortuner mempengaruhi pilihan bateri kereta yang bakal anda gunakan sama ada dari segi ketahanan mahupun keperluan kuasa bagi mengimbangi keseluruhan pickup suv ini.

Check juga pada bateri kereta toyota sekiranya anda mempunyai model-model lain untuk lakukan perbandingan dengan kereta anda.

Bateri kereta Toyota Fortuner

Saiz bateri kereta Toyota Fortuner

Saiz bateri kereta Toyota Fortuner Generasi Pertama

Keperluan darisegi saiz kod bagi 2 enjin 2.7 petrol dan 2.5 diesel adalah berbeza bagi menyokong enjin kereta serta aksesori elektrik dan elektronik kereta toyota fortuner generasi pertama.

Toyota fortuner 2.7 petrol gunakan saiz bateri NS70L atau D26L. Manakala, toyota fortuner 2.5 diesel menggunakan saiz minima N70 dan jika nak lebih kuasa menggunakan N85 atau NX120-7L. Sama ada N70 atau N85 keduanya mempunyai tapak sama iaitu D31.

Kita boleh lihat keperluan antara 2 cc toyota fortuner generasi pertama pun berbeza dan perlu berhati-hati sebelum nak beli bateri baru.

Saiz bateri kereta Toyota Fortuner Generasi Kedua

Masuk saja toyota fortuner generasi kedua, saiz bateri yang digunakan totally berlainan disebabkan oleh teknologi yang semakin canggih beralih dari semasa ke semasa.

Macam biasa untuk toyota fortuner 2.7 petrol dengan 2.4 dan 2.8 diesel adalah berbeza kod saiz bateri ini.

Toyota fortuner 2.7 petrol menggunakan kod bateri LN2L atau dengan pilihan kod lainnya DIN55, DIN60, DIN62 dan juga DIN65.

Manakala, untuk saiz bateri toyota fortuner generasi kedua bagi enjin 2.4 diesel dan 2.8 diesel adalah LN3L atau kod tersebut adalah antara DIN66, DIN70 dan juga DIN75.

Jenis bateri kereta Toyota Fortuner

Dalam pemilihan jenis bateri untuk kereta toyota fortuner anda, amat penting sekali untuk anda tahu keadaan anda sendiri yang suka akan buat service sendiri pada bateri atau pun tidak.

Tapi sebelum itu kita senaraikan dulu jenis bateri yang boleh digunakan toyota fortuner :

  1. Bateri kering (Dry/Maintenance Free)
  2. Bateri basah (Wet/Conventional)
  3. EFB (Enhanced Flooded Battery)

Kebanyakkan ramai pemilik sekarang mahukan bateri yang lebih mudah digunakan. Jadi, bagi kedua generasi toyota fortuner boleh gunakan jenis bateri kering yang ditandai pada bateri dengan tulisan MF.

Manakala, yang nakkan penjimatan pada bateri fortuner, gunakan pilihan bateri basah sebagai alternatif kepada ketahanan dan murah untuk dimiliki. Tetapi ianya perlukan penjagaan air bateri untuk sentiasa diisi berada di tahap optimum.

Manakala, bateri EFB adalah sebagai satu pilihan lain yang inginkan ketahanan setanding bateri basah tetapi tidak mahukan service isi air. Bateri EFB ni ibarat level tinggi untuk bateri kering yang biasa tadi.

Harga bateri kereta Toyota Fortuner

Senarai bateri berikut merupakan harga bateri mengikut kod saiz dan jenis yang sesuai dengan toyota fortuner anda.

Lihat pada saiz dan jenis untuk tentukan manakah yang sesuai digunakan oleh generasi toyota fortuner anda.

Di samping itu, anda juga boleh rujuk pada harga, jenis dan saiz bateri kereta yang boleh dibandingkan secara ringkas dan padat.

Jadual di bawah mungkin agak mengelirukan tetapi anda boleh lihat dan teliti secara berperingkat dan ianya dah dipermudahkan untuk kefahaman anda :

Jenama bateri keretaSaiz bateri keretaJenis bateri keretaHarga bateri kereta Toyota Fortuner
Motolite HybridNS70 (D26)Basah (Wet/Conventional)RM250
Century HybridN70 (D31)Basah (Wet/Conventional)RM280
Amaron FLONS70 (95D26L)Kering (Dry/MF)RM420
Century Marathoner MaxN70 (105D31L)Kering (Dry/MF)RM400
Bosch MFN70 (75D31L)Kering (Dry/MF)RM380
Bosch MFN85 (95D31L/
NX120-7L)
Kering (Dry/MF)RM390
Astra MFDIN62L (LN2L)Kering (Dry/MF)RM440
Camel Premium PlusDIN75L (LN3L)Kering (Dry/MF)RM410
Varta Silver DynamicDIN60L (LN2L)EFBRM530
Varta Silver DynamicDIN70L (LN3L)EFBRM650

P/s : Dapatkan panduan penuh tentang bateri kereta bagi yang ingin mendapatkan jalan penyelesaian secara menyeluruh sekiranya tidak menjumpai di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *