Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Bateri kereta

Bateri kereta Toyota Camry : Sedan Segmen D mewah

Bateri kereta Toyota Camry. Apakah ciri-ciri bateri kereta yang sepatutnya digunakan oleh kereta toyota camry yang merupakan sebuah kereta mewah dari jenama terkenal di seluruh dunia ini?

Toyota camry merupakan sebuah kereta sedan dengan saiz yang luas dan besar ruang kabin dalamannya yang dibekalkan dengan enjin sepenuhnya dan juga dengan bantuan hybrid.

Mari kita lihat dari segi keperluan bateri kereta camry yang diperlukan berdasarkan model dari tahun ianya di bawa masuk ke negara ini.

Keperluan bateri kereta 12v atau bateri tambahan (auxiliary battery) ini memang digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai pembekal tenaga yang aktif lebih-lebih lagi ketika ketika berada dalam keadaan tidak dihidupkan enjin.

Ketika nak hidupkan enjin kereta camry juga merupakan satu keperluan penting sebelum beralih kepada alternator untuk pengecasan utama.

Rujuk pada panduan bateri kereta toyota sekiranya anda juga turut mempunyai model-model kereta di bawah jenama yang sama.

Bateri kereta Toyota Camry

Saiz bateri kereta Toyota Camry

Saiz bateri kereta Toyota Camry ACV40

Keluaran toyota camry acv40/xv40 ini merupakan dari tahun 2007 hingga 2012 yang terdiri daripada enjin 2.0cc dan juga 2.4cc yang kedua ini merupakan full petrol.

Saiz bateri toyota camry acv40 yang digunakan adalah dengan rujukan kod bateri D23L. Untuk toyota camry 2.0 digalakkan menggunakan minima 55D23L. Manakala, untuk camry 2.4 pula minima digalakkan kod saiz bateri minima 75D23L.

Saiz bateri kereta Toyota Camry ACV50 dan AVV50

Seterusnya, untuk saiz bateri toyota camry acv50/xv50 pula bermula dari tahun 2012 hingga 2018 yang terdiri daripada 2 varian enjin dan 3 model berbeza iaitu 2.0cc dan 2.5cc full petrol serta 2.5cc Hybrid.

Toyota camry acv50 2.0 menggunakan kod saiz bateri D23L minima 65D23L. Manakala, saiz bateri toyota camry acv50 2.5 juga menggunakan D23L dengan minima 75D23L.

Untuk toyota camry avv50/ hybrid 2.5 pula adalah minima LN2 atau DIN55 hingga DIN62. Bateri 12v ini sangat sesuai digunakan bagi model hybrid camry yang menyokong keperluan teknologinya.

Saiz bateri kereta Toyota Camry ACV70

Selepas itu, toyota camry datang dengan pelancaran model baru iaitu ACV70/XV70 bermula dari tahun 2018 hingga 2024. Kali ini toyota camry diperkenalkan dengan 2 enjin full petrol berbeza secara berperingkat prefacelift 2.5cc dan facelift 2.5cc dengan enjin yang berlainan.

Saiz bateri toyota camry acv70 ini menggunakan minima kod LN2 sama ada DIN55,DIN60 dan juga DIN62.

Saiz bateri kereta Toyota Camry AVV80

Yang terkini bermula dari tahun 2024, toyota camry avv80/xv80 diperkenalkan dengan hanya 1 model enjin hybrid 2.5cc .

Saiz bateri kereta toyota camry avv80 menggunakan LN2 dengan pilihan DIN55 hingga DIN62 untuk sokong teknologi terkini yang diberikan kepada kereta ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *