Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cara check bateri kereta guna multimeter

Cara check bateri kereta guna multimeter. Bagaimanakah caranya untuk anda cek bateri kereta dengan menggunakan alatan bernama multimeter bagi mengetahui kadar bacaan elektrik yang berbaki di dalam bateri kereta anda ?

Kalau nak diikutkan cara check bateri kereta guna multimeter ini bukanlah kerja kita. Selalunya kita boleh terus ke kedai bateri kereta atau bengkel kereta yang sudah mempunyai peralatan seperti multimeter.

Justeru, di artikel ini kita nak kongsikan beberapa cara check bateri kereta menggunakan multimeter terutamanya jika anda menggunakannya sendiri di rumah tanpa perlu ke kedai bateri kereta.

Dengan ini sedikit sebanyak anda dapat beberapa tips supaya melakukan cara cek bateri kereta guna multimeter dengan betul tanpa ragu-ragu dengan bacaan yang bakal keluar.

Apakah kegunaan multimeter dalam cara check bateri kereta ?

Dengan adanya peralatan multimeter ini, anda boleh dapatkan bacaan sebenar tenaga yang terdapat dalam bateri kereta anda. Dengan mengetahui baki pada bacaan tersebut, anda dapat menilaikan sendiri adakah bateri kereta anda berada di tahap lemah, sederhana ataupun berada di tahap optimum.

Tanpa alatan seperti multimeter, kita masih boleh mengetahui keadaan bateri kereta kita dengan tanda-tanda bateri kereta nak lemah. Namun, tanda-tanda tersebut akan terjadi sekiranya bateri kereta betul-betul berada di tahap ibarat telur dihujung tanduk.

Disebabkan itulah alatan multimeter membantu secara awal kepada pemilik kereta bagi mengenal pasti sesuatu bateri kereta tersebut masih baik atau sebaliknya. Jika tidak, pasti tindakan seperti cas bateri kereta boleh dilakukan dari awal.

cara check bateri kereta guna multimeter
Cara check bateri kereta guna multimeter

Bagaimana cara check bateri kereta guna multimeter ?

Berikut merupakan cara check bateri kereta guna multimeter yang boleh anda ikuti tanpa sebarang kesalahan :

  1. Buka bonet hadapan kereta anda.
  2. Start enjin kereta.
  3. Ambil multimeter yang tersedia bersama wayar merah dan hitam.
  4. Halakan wayar merah pada terminal bateri kereta positif.
  5. Kemudian diikuti dengan wayar hitam dihalakan kepada terminal bateri kereta negatif.
  6. Buka lampu kereta bagi mengoptimumkan pengunaan bateri kereta anda.
  7. Catit bacaan mengikut jarum yang tertuju pada multimeter.

cara check bateri kereta guna multimeter
Jarum multimeter

Cara check bateri kereta guna multimeter di atas sekiranya bateri kereta masih belum dicabut dari wayar positif dan negatif yang menghubungkannya kepada kereta.

Jika bateri kereta telah dicabut, maka yang membezakan adalah enjin kereta anda start atau tidak.

Berapakah bacaan meter pada multimeter yang perlu diketahui ?

Membaca pada bacaan multimeter juga haruslah perlu diperhatikan dengan baik. Jika tersalah pada bacaan meter ini, pasti anda boleh tersalah sangka tentang keputusan yang sedang dibaca.

Berikut merupakan jadual bacaan sepatutnya dan ia terbahagi kepada dua cara bacaan meter pada alat multimeter iaitu :

Situasi enjin kereta ketika
cara check bateri kereta guna multimeter
Bacaan meter (Volt)
Enjin kereta di startAnggaran sekitar 14V
Enjin kereta dimatikanTidak kurang dari 12V
Cara check bateri kereta guna multimeter

Sekirannya anda mendapati bacaan kurang dari nilai voltan seperti di atas, maka bateri kereta anda dikategorikan sebagai lemah. Manakala, sekiranya jarum bacaan pada multimeter menunjukkan bacaan seperti jadual di atas, maka bateri kereta anda masih berada di tahap baik.

Apakah beza jika anda check bateri kereta guna multimeter di kedai bateri kereta atau sendiri secara diy ?

Beza check bateri kereta guna multimeter di kedai bateri kereta dan jika anda diy sendiri di rumah adalah kelengkapan alatan multimeter itu sendiri. Kalau anda nak diy sendiri check bateri kereta perlu membeli sendiri multimeter.

Manakala, jika check bateri kereta di kedai bateri kereta, peralatan multimeter sudah tentu mereka miliki. Anda hanya perlu membayar wang cas untuk check sahaja sekiranya diminta. Tetapi jarang sekali jika anda datang ke kedai bateri kereta untuk check dikenakan bayaran.

Namun, bayarannya tidak lah mahal pun. Tidak seperti akan perlu keluarkan duit untuk membeli multimeter yang hanya berperanan sangat jarang dan bila diperlukan sahaja.

Ada ke beza cara check bateri kering kereta dan cara check bateri basah kereta ?

Tiada beza sebenarnya dalam cara check bateri kering kereta dan cara check bateri basah kereta. Kedua-duanya menggunakan alatan multimeter yang sama. Dana alatan multimeter ini amat senang digunakan bagi mengesan aliran tenaga elektrik yang masih berbaki dalam bateri kereta.

Baca terkait : Alat check bateri kereta

One thought on “Cara check bateri kereta guna multimeter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *