Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bacaan bateri kereta yang baik

Bacaan bateri kereta yang baik. Bagaimanakah untuk anda ketahui keadaan bateri kereta anda sama ada ianya berada dalam keadaan baik atau sebaliknya ?


Bateri kereta merupakan antara elemen terpenting bagi sesebuah kereta itu untuk berfungsi. Tanpa bateri kereta, maka enjin kereta anda tidak dapat dihidupkan.

Begitu juga sekiranya bateri kereta anda berada pada tahap lemah. Keadaan ini membuatkan anda tidak dapat menjalankan aktiviti harian anda seperti pergi ke tempat kerja.

Justeru, berapa bacaan bateri kereta yang baik perlu untuk kereta anda kekal berada di tahap terbaik dan optimum ?

Artikel terdahulu : Bacaan bateri kereta normal

Berapa sepatutnya bacaan bateri kereta yang baik ?


Ada beberapa peringkat yang perlu anda ketahui semasa membuat bacaan bateri kereta. Peringkat ini terdiri daripada 2 keadaan iaitu semasa enjin kereta hidup dan juga enjin kereta dimatikan.

Sudah pasti bagi melakukan bacaan bateri kereta ini anda memerlukan alat seperti multimeter bagi membaca berapa baki cas dalam bateri kereta anda.

bacaan bateri kereta yang baik
Bacaan bateri kereta yang baik

Kedua keadaan ini boleh anda lakukan bagi membaca dengan tepat tahap baki cas dalam bateri kereta anda. Perhatikan jadual 1 di bawah supaya anda memahami bacaan bateri kereta yang baik.

Bacaan pada multimeterKeadaan enjin keretaKeputusan bacaan meter
11.5V dan ke bawahTidak hidupBateri kereta kong
11.9VTidak hidupLemah
12.4VTidak hidupNormal
12.5VTidak hidupOptimum
12.8VHidupLemah
13.5VHidupNormal
14.3VHidupOptimum
Jadual 1

Apa yang perlu dilakukan sekiranya bacaan bateri kereta berapa di tahap lemah ?


Anda mempunyai dua pilihan iaitu menghantar bateri kereta tersebut untuk di cas atau membeli bateri kereta yang baru.

Pilihan ini bergantung kepada beberapa aspek yang boleh anda ambil kira. Tidak semua orang akan terus membeli bateri kereta baru sekiranya bateri kereta itu kerap mengalami masalah yang sama untuk jangka masa yang singkat.


Jika anda dapati bateri kereta lemah dalam tempoh terlalu singkat, maka ada kemungkinan masalah bukan datang dari bateri kereta anda.

Disebabkan masalah lain juga boleh mengakibatkan bateri kereta anda itu cepat lemah. Lakukan check bateri kereta anda sewajarnya.

Apakah langkah yang perlu dilakukan jika anda mengalami masalah bateri kereta cepat kong atau lemah ?


Langkah dalam check bateri kereta perlu anda lakukan terlebih dahulu supaya anda dapat klasifikasikan masalah yang anda hadapi itu bukan disebabkan bateri kereta.

Cara check bateri kereta yang paling mudah sebelum anda nak syak bateri kereta anda kerap habis adalah dengan melihat kembali pada tarikh bila anda mula menggunakan bateri kereta.

Jika bateri kereta yang sedang anda gunakan itu telah lemah dalam tempoh 2 tahun ke bawah, maka ada kemungkinan masalah lain yang berlaku.

Rujuk bengkel kereta yang anda percayai supaya anda dapat kenal pasti apakah punca utama bateri kereta anda kerap lemah atau habis.

One thought on “Bacaan bateri kereta yang baik

Comments are closed.