Bateri kereta kong lupa tutup lampu
Bateri kereta kong lupa tutup lampu. Bagaimanakah sesebuah bateri kereta kong itu boleh berlaku disebabkan oleh lupa tutup lampu kereta ?
Apakah maksud disebalik bateri kereta kong lupa tutup lampu yang boleh dihuraikan di artikel ini ? Adakah benar bateri kereta akan habis kerana masalah yang dianggap hanya kecil sahaja ini ?
Namun, apakah yang perlu anda lakukan jika pernah menghadapi situasi lupa tutup lampu kereta dengan sengaja mahupun tidak sengaja ? Apakah kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang kepada bateri kereta anda ?
Adakah bateri kereta akan kong dengan cepat dari waktunya? Atau adakah masih boleh bertahan melepasi jangka waktu tempoh sesebuah bateri kereta itu ? Apakah penentu kepada bateri kereta kong lupa tutup lampu itu sewajarnya ?
Bagaimana bateri kereta kong lupa tutup lampu itu terjadi ?
Ada dua jenis lampu pada bahagian kereta yang ada kebarangkalian mudah untuk kita lupa tutup tersebut. Iaitu lampu hadapan kecil atau lampu besar. Namun, kerap kali bahagian lampu kecil kereta sering terlupa untuk anda tutup.
Artikel berkait : Sebab bateri kereta cepat rosak
Bateri kereta kong lupa tutup lampu hadapan kereta
Pengalaman aku sendiri sewaktu parking bertingkat terjumpa kereta terlupa tutup lampu kecil. Kalau seharian tidak ditutup boleh membawa kepada bateri kereta kong.
Selain itu, ada kereta mempunyai sensor jika anda terlupa nak tutup lampu kereta. Maka sensor tersebut akan bertindak balas dengan mengeluarkan bunyi dari dalaman kereta.
Pernah terjadi kepada aku sendiri, lupa nak tutup lampu kecil kereta. Apabila dah padam enjin kereta, tiba-tiba ada bunyi sensor. 5 minit juga aku cari sebab apa sensor itu mengeluarkan respon bunyi.
Rupa-rupanya lampu depan kecil kereta tidak dipadam. Itu kalau kereta ada sensor, kalau tiada, maka inilah punca kepada bolehnya terjadi bateri kereta kong lupa tutup lampu.
Bateri kereta kong lupa tutup lampu di bahagian dalam kereta
Kedua, lampu dalam kereta. Sama ada ianya terletak pada tengah bumbung kereta atau bahagian berdekatan cermin tengah kereta.
Selalunya pasti ada setting pada lampu kereta tersebut iaitu guna on, door atau off light. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.
Boleh terjadi jika dah tekan on tapi lupa nak off kembali lampu tersebut. Manakala, setting kepada door pula kemungkinan besar tidak akan terjadi lupa tutup lampu.
Hal ini kerana, bila pintu kereta dh dikunci atau locked dari luar, sudah pasti pintu kereta ditutup dengan rapat dan kemas.
Oleh itu, apabila pintu dah rapat bermaksud lampu dalaman kereta juga akan automatik terpadam. Kecuali anda lupa nak kunci kereta dalam masa yang sama pintu ditutup tidak rapat.
Keboleh terjadinya perkara ini mungkin akan berlaku kepada sesiapa yang nak cepat untuk masuk ke rumah disebabkan segera nak ke tandas. Habis semua benda ditinggalkan. Walaupun anda seorang yang alert setiap masa. Kecuaian ini boleh berlaku diwaktu yang tidak dijangka.
Adakah benar bateri kereta akan kong disebabkan lupa tutup lampu kereta ?
Sewaktu kita memandu, penggunaan bateri kereta adalah dibantu oleh alternator kereta yang bertindak sebagai dinamo untuk mengalirkan aliran elektrik mahupun eletronik ke seluruh bahagian kereta yang diperlukan.
Mengikut pengalaman, bateri kereta akan digunakan sepenuhnya sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Oleh itu, potensi untuk bateri kereta kong lupa tutup lampu itu adalah tinggi.
Apakah penentu kepada bateri kereta kong lupa tutup lampu ini ?
Walaupun anda pernah melalui perkara ini, penentu kepada bateri kereta kong disebabkan lupa tutup lampu ini adalah kepada masa. Berapa lamakah tempoh lampu kereta anda itu dibiarkan terbuka ?
Adakah terbiar sehari semalaman lampu kereta itu terbuka? Atau ianya hanya sebentar sahaja 1 hingga 2 jam ? Disinilah akan menentukan bateri kereta kong akan cepat berlaku atau pun tidak.
Apakah langkah yang boleh anda lakukan selepas berlakunya lampu kereta lupa ditutup ini?
Kenal pasti berapa lamakah lampu kereta anda tidak ditutup terlebih dahulu. Jika anda kurang pasti, dalam masa terdekat anda perlu mengenal pasti tanda bateri kereta kong terlebih dahulu.
Selain itu, sekiranya sudah lama lampu kereta anda terbuka, anda boleh merujuk kedai bateri kereta terdekat untuk check berapa voltan baki bateri kereta anda walaupun bateri kereta anda itu baru sahaja anda beli.
Anda tidak perlu risau jika lampu kereta anda terbuka 1 hingga 2 jam. Namun, perlu berjaga-jaga juga jika bateri kereta anda sudah lama tidak ditukar kepada yang baru.
Baca selanjutnya : Cara cek bateri kereta kong
Bila anda dah dapat pastikan bateri kereta kong terjadi kepada kereta anda, maka anda boleh lakukan beberapa perkara seperti cara di bawah :
Artikel selanjutnya : Apa perlu buat jika bateri kereta kong
Kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada bateri kereta jika mengalami lupa tutup lampu kereta
Bagi kesan jangka pendek, tiada sebarang perkara akan terjadi kepada bateri kereta anda. Namun, untuk kesan jangka panjang, tempoh ketahanan waktu bateri kereta anda untuk kong akan menjadi singkat.
Sudah tentu anda tidak boleh ulangi kecuaian lupa tutup lampu kereta ini terjadi lagi. Jika ianya kerap terjadi, maka, siap sedia sekiranya bateri kereta kong lupa tutup lampu itu kerap berlaku walaupun dalam tahun yang sama baru bateri kereta ditukar.
Pingback: Bateri kereta kong yang sedang anda alami - Mekanikakereta
Pingback: Apa perlu buat jika bateri kereta kong ? - Mekanikakereta