Tukar bateri kereta : Maklumat lengkap
Tukar bateri kereta. Bagaimanakah untuk anda tukar bateri kereta sekiranya bateri kereta yang anda gunakan sekarang telah lemah dan hampir kehabisan atau telah pun kong ?
Banyak pilihan yang boleh anda gunakan untuk tukar bateri kereta. Tukar bateri merupakan pilihan terbaik jika sedang anda mengalami kerosakan (breakdown) kereta di rumah mahupun semasa berada di luar kawasan.
Oleh itu, jika anda agak ragu-ragu untuk pasang bateri sendiri, maka anda boleh menggunakan khidmat tukar bateri kereta. Perkhidmatan tukar bateri kereta ini boleh anda dapati dengan mudah walaupun pada waktu lewat malam.
Tukar bateri kereta 24 jam yang ditawarkan oleh pihak bengkel atau kedai bateri kereta selalunya datang dari kawasan anda berhampiran. Google saja di internet telefon anda mengenai tukar bateri kereta online atau anda boleh menaip tukar bateri kereta near me.

Maka anda boleh dapati nombor telefon tersebut akan sedia membantu anda dengan segera. Walaupun harga tukar bateri kereta itu ada sedikit tinggi, namun setidaknya menjadi penyelamat kepada anda dari tersadai di kawasan tersebut.
Usah risau, servis tukar bateri kereta ini sangat dipercayai. Jika terdapat sebarang penipuan pasti tiada sebarang iklan akan tampil oleh kerana service tukar bateri kereta yang menggugat nama kedai bateri kereta tersebut.
Apa pun jika anda menggunakan perkhidmatan tukar bateri kereta ini, seharusnya anda telah mengetahui nama dan alamat kedai bateri kereta yang tertera pada iklan tersebut sebelum membuat panggilan tukar bateri kereta secara online.
Teruskan pembaca sebelum anda melakukan tukar bateri kereta 24 jam. Jangan silap, tukar bateri kereta 24 jam ini bermaksud bantuan yang datang itu tidak mengira waktu walaupun kereta anda tidak boleh start pada pukul 2 pagi.
Bila perlu tukar bateri kereta ?
Sepatutnya bila perlu tukar bateri kereta ?
Mengikut pengalaman aku sendiri yang sudah menggunakan kereta sedekat, setiap bateri kereta mampu bertahan sehingga tempoh 24 bulan atau 2 tahun bagi minimum.
Manakala, maksimum penggunaan setiap bateri kereta akan tahan sehingga 60 bulan atau 5 tahun.
Selepas waktu minima di atas, anda sudah boleh tukar bateri kereta yang baru bergantung kepada faktor-faktor yang sudah anda dapati seperti bateri kereta lemah.
Jawapan di atas merupakan asas kepada sesebuah bateri kereta dan tidak bergantung kepada spesifik jenis bateri kereta.
Ikuti pembacaan di bawah berdasarkan jenis bateri kereta dan bila perlu tukar bateri kereta mengikut perbezaan jenis ini.

Tanda ketara bila perlu tukar bateri kereta
Persoalan ini wajib anda ketahui sebelum anda nak sahkan yang bateri kereta anda mempunyai masalah antaranya adalah seperti berikut :
1. Enjin kereta tidak dapat dihidupkan
Kadang-kadang boleh berlaku kepada anda jika anda singgah di R&R untuk ke tandas atau berehat lalu mematikan enjin kereta.
Bila nak start enjin kereta semula, anda dapati tidak boleh start. Walaupun sudah cuba start beberapa kali, enjin kereta anda masih tidak dapat dihidupkan.
2. Tempoh penggunaan bateri kereta
Selepas dapati enjin kereta tidak boleh dihidupkan, anda boleh membuat penilaian dengan cuba mengingati bila last bateri kereta anda ditukar.
Jika penggunaan bateri kereta anda telah melebihi 3 tahun dan ke atas, maka ianya salah satu tanda masalah bateri kereta anda perlu ditukar kepada yang baru.
3. Tiada sebarang nyalaan pada lampu meter kereta anda
Situasi lebih buruk anda dapati pada meter kereta anda tiada satu pun lampu yang menyala sewaktu pertama kali menekan push start button.
Apatah lagi untuk start enjin kereta, langsung tiada sebarang respon untuk enjin itu dihidupkan.
Bila perlu tukar bateri kereta ? Jika salah satu tanda di atas dialami oleh anda, maka barulah sesuai untuk anda membuat keputusan bagi menggunakan servis tukar bateri kereta secara online tadi.
Bila perlu tukar bateri kereta berdasarkan jenis bateri kereta yang anda gunakan
1. Bila perlu tukar bateri kereta jenis bateri kereta kering
Di atas anda sudah tahu tempoh minima dan maksima sesebuah bateri kereta itu akan bertahan secara terbuka.
Namun, di sini anda akan ketahui pengaruh jenis bateri kereta kering terhadap bila perlu tukar bateri kereta kering.
Ia pasti akan berbeza kerana lain jenis bateri kereta, lain ketahanannya yang bakal anda sendiri rasai jika sudah lama menggunakannya.
Untuk bateri kereta jenis kering, bila perlu tukar bateri kereta adalah seawal 2 tahun hingga paling lama 3 tahun.
Contohnya, siap sedia untuk tukar bateri kereta persona dan tukar bateri preve sebaik sahaja anda berada di dalam lingkungan 2 hingga 3 tahun penggunaan ini.
2. Bila perlu tukar bateri kereta jenis bateri kereta basah
Dibandingkan pula dengan bateri kereta jenis basah, ianya berbeza pula bila perlu tukar bateri kereta ini.
Ketahanan bateri kereta jenis basah adalah agak lama. Namun, ianya bergantung kepada cara penjagaan anda kepada bateri kereta basah ini.
Jika anda menjaganya secara baik dengan mengikuti jadual mengisi air bateri kereta, pasti bateri kereta basah ini akan berkhidmat lama untuk kereta anda.
Manakala, jika sebaliknya anda tidak menjaga air bateri kereta, sudah tentu had minima pun tidak akan dapat dicapai.
Bila perlu tukar bateri kereta untuk jenis bateri kereta basah adalah 3 tahun hingga 5 tahun. Manakala, jika anda tidak menjaga dengan betul bateri kereta basah ini, 1 tahun penggunaan pun pasti tidak akan bertahan.
Walaupun bateri kereta jenis basah digunakan untuk kereta kecil, ia tetap akan memberi kesan dalam waktu yang singkat jika tidak dijaga dengan betul.
Contohnya, anda perlu tukar bateri kereta viva dan tukar bateri kereta axia tak sampai pun 1 tahun kerana tidak menghiraukan takat air bateri kereta.
Check bateri kereta selepas untuk tahu bila bateri kereta perlu ditukar
Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan walaupun anda belum pasti bateri kereta lemah itu berlaku dan rasai.
Teknik ini amat sesuai untuk anda tahu dan kemudiannya anda boleh mendapatkan perkhidmatan tukar bateri kereta.
1. Cek tarikh beli bateri kereta yang sedang digunakan
Jika sudah anda tentukan jenis bateri kereta anda seperti di atas, dari tarikh inilah anda boleh menentukan bila perlu tukar bateri kereta yang boleh anda lakukan.
Buka bonet kereta anda dan perhatikan pada permukaan bateri kereta anda. Di situ ada tertulis tarikh bateri kereta anda dibeli.

Contohnya anda gunakan bateri kereta jenis kering. Had minima bateri kereta jenis kereta boleh bertahan bermula dari tahun ke 2 hingga ke 3 ia digunakan. Bila anda buka bonet kereta, anda dapati bateri kereta kering yang sedang anda gunakan itu sudah mencapai 2 tahun 11 bulan.
Jadi, bila perlu tukar bateri kereta dalam situasi begini ? Jawapannya adalah sekarang perlu anda tukar bateri kereta tersebut sebelum ianya bakal tamat tempoh atau kehabisan.
Jika anda terlewat, maka kereta anda akan berpontesi untuk breakdown di mana-mana sahaja. Tetapi usah risau kerana service tukar bateri kereta amat mudah didapati sekarang.
Anda masih mendapatkan servis tukar bateri kereta dengan cara membuat panggilan yang boleh didapati di internet untuk tukar bateri kereta online.
Jangan salah sangka, tukar bateri kereta online bermaksud anda boleh dapatkan khidmat tukar bateri kereta secara secara cepat dan mudah. Sekarang telah banyak khidmat ini walaupun lewat malam sekalipun anda boleh dapat tukar bateri kereta 24 jam.
2. Check bateri kereta di pusat servis (SC)
Kebanyakkan yang memiliki kereta bawah 5 tahun yang masih dalam warranty kereta akan menghantar kereta ke pusat servis.
Dalam masa menukar minyak hitam dan lain-lain sama ada servis minor atau major, pihak pusat servis selalunya akan bantu anda monitor kadar baki peratus kesihatan bateri kereta anda yang dikenali sebagai SOH (State of Health).
Jadi, anda akan dinasihatkan bila perlu tukar bateri kereta yang sebaiknya atas nasihat SC yang lebih diyakini sesuai dengan model kereta anda.
Kat sini anda yang menjaga tempoh servis pasti dapat elakkan bateri dari kong secara tiba-tiba sebab dah tahu waktu terbaik tukar bateri bila ianya hampir lemah.
Oleh itu, takkan terjadi secara tiba-tiba kereta anda tersadai di tempat tempat yang tak anda ingini kerana bila bateri nak habis ianya tak menunggu masa dan tempat.
3. Check bateri kereta di kedai bateri kereta
Bagi anda yang kurang pasti akan cara yang pertama di atas, maka gunakan cara kedua ini iaitu cek bateri kereta di kedai bateri kereta.
Bila anda tiba di kedai bateri kereta, minta orang di kedai tersebut untuk check bacaan meter bateri kereta anda.
Kedai bateri kereta tersebut akan keluarkan alatan bacaan bernama multimeter untuk membaca baki elektrik di dalam bateri kereta anda.
Jadi, bila perlu tukar bateri kereta? Anda dinasihatkan untuk tukar bateri kereta yang baru berdasarkan apa yang pihak kedai maklumkan.
Jika bateri kereta anda masih mempunyai cas elektrik yang baik, maka tidak perlu lagi. Jika sebaliknya, anda digalakkan untuk tukar bateri kereta yang baru.
Bincangkan harga tukar bateri kereta dan cuba minta kurang jika anda rasanya harganya terlalu mahal di kedai bateri kereta tersebut.
Selepas tukar bateri kereta yang baru telah dilakukan, check semula bacaan pada alat multimeter untuk memastikan bacaan bateri kereta anda itu berada di tahap optimum.
Cara tukar bateri kereta
Setiap kereta mempunyai ciri-ciri cara tukar bateri kereta yang tersendiri. Walaupun secara asasnya ternampak semuanya sama, namun anda boleh dapat bezakan sedikit sebanyak tentang cara betul tukar bateri kereta mengikut kereta yang anda gunakan.

Cara tukar bateri kereta mangikut model kereta
1. Cara tukar bateri kereta kancil
Terdapat dua generasi kereta perodua kancil iaitu kancil lampu petak dan kancil lampu bulat.
Keduanya banyak persamaan di dalam kawasan bonet hadapan. Anda boleh dapati kedua model atau generasi kereta kancil ini mempunyai kedudukan bateri kereta yang sama iaitu di sebelah kanan.
Cara tukar bateri kereta kancil amatlah mudah kerana ianya tidak melibatkan banyak wiring atau barangan elektronik yang digunakan.

2. Cara tukar bateri kereta viva
Begitu juga dengan cara tukar bateri kereta viva. Kereta perodua viva mempunyai seakan sama dengan cara tukar bateri kereta kancil.
Tukar bateri kereta viva anda boleh dilakukan mengikut turutan dengan mencabut wayar hitam atau negatif terlebih dahulu, kemudian baru cabut wayar merah atau positif.
Seterusnya bila nak pasang bateri viva yang baru, perlu didahului dengan wayar merah kemudian wayar hitam.

3. Cara tukar bateri kereta axia
Cara tukar bateri axia juga tiada banyak bezanya. Namun, anda perlu perhatikan betul-betul sama ada generasi manakah yang anda gunakan sekarang.
Jika anda gunakan perodua axia generasi lama, tukar bateri kereta axia boleh dipasang seperti biasa.
Manakala jika generasi terkini, perlu guna cara tukar bateri kereta axia yang lebih mementingkan penjagaan peralatan elektronik supaya tidak mendatangkan masalah seperti litar pintas.

4. Cara tukar bateri kereta myvi
Begitu juga cara tukar bateri myvi, ianya berdasarkan apakah teknologi yang sedang digunakan oleh kereta myvi anda sekarang.
Cara tukar bateri kereta myvi baru boleh digunakan dengan cara tukar bateri kereta myvi yang lama, tetapi ianya juga atas dasar nasib.
Tukar bateri kereta myvi yang melibatkan generasi terbaru agak berisiko kerana teknologi elektroniknya yang semakin terperinci.
Disebabkan itu juga harga tukar bateri kereta myvi juga turut berbeza kerana bateri kereta jenis m42 digunakan, bukan tukar bateri myvi jenis lama.

5. Cara tukar bateri kereta bezza
Tiada bezanya juga bagi cara tukar bateri kereta bezza. Mana-mana model kereta bezza boleh anda tukar sendiri baterinya.
Namun, jika sudah melibatkan banyak teknologi dengan penambahan aksesorinya, anda wajib berhati-hati dalam cara tukar bateri kereta bezza ini.
6. Cara tukar bateri kereta alza
Gunakan teknologi seperti portable car battery supaya cara tukar bateri kereta alza anda berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.
Jika sudah berlaku litar pintas pada bahagian sistem dalaman kereta, segera rujuk pusat servis perodua agar ianya dapat dibaiki. Tetapi ianya memerlukan kos yang agak tinggi.
7. Cara tukar bateri kereta aruz
Perodua aruz bila anda nak tahu cara tukar bateri keretanya perlu merujuk pihak yang lebih arif.
Hal ini kerana, peralatan seperti portable car battery sangat penting semasa tukar bateri kereta aruz dilakukan.
Jika anda sudah memiliki peralatan ini baru boleh anda lakukan cara tukar bateri kereta aruz sendiri. Disebabkan itulah jika kereta anda breakdown di luar, anda boleh gunakan servis tukar bateri kereta secara online kerana mereka lengkap dengan peralatan.
8. Cara tukar bateri kereta saga blm
Model proton saga blm boleh anda lakukan cara tukar bateri kereta seperti biasa. Cabut wayar merah terlebih dahulu kemudian baru wayar hitam.
Untuk pasang bateri saga blm semula, gunakan teknik terbalik seperti cabut tadi. Penting anda mengikuti aturan cara tukar bateri kereta saga blm ini supaya aliran dalaman bateri kereta anda tidak terganggu.
9. Cara tukar bateri kereta persona
Bagi cara tukar bateri kereta persona juga sama. Teknik tukar bateri kereta persona boleh saja digunakan tanpa portable car battery.
Namun, atas dasar keselamatan dan penjagaan dalaman kereta anda, ianya sangat digalakkan untuk digunakan.

10. Cara tukar bateri kereta exora
Ada dua generasi exora yang lama dan terkini. Kedua ini membezakan jenis bateri kereta yang digunakan.
Pastikan terlebih dahulu bateri kereta exora yang betul sebelum anda membeli jika anda hendak pasang sendiri bateri kereta exora baru.
Jika anda tukar bateri kereta 24 jam secara online, pastikan anda check dulu jenis bateri kereta exora yang berada dalam bonet hadapan kereta anda agar bantuan datang dengan membawa bateri kereta exora yang betul.
11. Cara tukar bateri kereta preve
Tukar bateri preve memerlukan bateri kereta yang betul mengikut kodnya. Dapatkan kod saiz seperti 55D23L semasa pembelian bateri kereta preve anda.
Ikuti cara tukar bateri kereta preve sama seperti kereta-kereta lain dengan kendalian dan aturan cabut dan pasang bateri kereta preve dengan baik.

Cara tukar bateri kereta auto
Maksud cara tukar bateri kereta auto merupakan perbezaan dari segi transmisi atau gear yang digunakan oleh anda.
Walaupun berbeza kereta, apakah terdapat beza dalam cara menukar bateri kereta sekiranya anda menggunakan gear manual atau automatik ?
Peralatan yang diperlukan dalam cara tukar bateri kereta auto
1. Spanar untuk cara tukar bateri kereta auto
Penggunaan spanar hidup adalah sangat digalakkan bagi melaras pengikat wayar bateri kereta anda. Spanar ini digunakan wewaktu membuka dan mengetatkan wayar bateri kereta kepada terminal bateri kereta.

2. Sarung tangan bagi cara tukar bateri kereta auto
Sarung tangan digunakan bagi mengelakkan aliran elektrik terkena pada tangan anda sewaktu mencabut bateri kereta lama dan memasang bateri kereta baru.
Di samping itu, gunakan sarung tangan jenis getah atau kain yang berperanan sebagai penebat kepada aliran tenaga elektrik.
Cara tukar bateri kereta auto mengikuti urutan yang betul
Berikut merupakan cara tukar bateri kereta yang menggunakan gear automatik yang mudah anda ikuti sekiranya melakukannya hanya di rumah.
- Buka bonet hadapan kereta.
- Kenal pasti kedudukan bateri kereta anda.
- Pastikan gear kereta anda berada pada “P” iaitu parking.
- Walaupun enjin kereta anda hidup atau tidak, pastikan gear kereta anda berada pada “P”.
- Pastikan anda mematikan penggunaan aircond kereta dan radio kereta sewaktu cabut dan pasang bateri kereta dilakukan.
- Buka wayar negatif dan seterusnya positif pada bateri kereta lama.
- Ambil bateri kereta baru, dan pasang wayar positif terlebih dahulu kemudian wayar negatif.
- Ikat skru wayar pada terminal bateri kereta dengan kemas.
- Selesai.
Kesan jika salah dalam cara tukar bateri kereta automatik
Ada dua larangan dalam cara tukar bateri kereta yang menggunakan transmisi automatik ini.
- Menghidupkan aircond kereta ketika tukar bateri kereta automatik.
- Wayar positif dan negatif pada terminal bateri kereta dipasang secara salah.
Kedua larangan di atas akan membawa kesan kepada gangguan dalam sistem wiring kereta atau dikenali sebagai short circuit atau berlaku litar pintas.
Malah lebih teruk jika berlaku litar pintas ini berlaku kepada kereta-kereta yang semakin canggih yang memerlukan tenaga elektrik hampir sepenuhnya.
Beza cara tukar bateri kereta auto dan cara tukar bateri kereta manual
Hanya terdapat satu perbezaan ketara dalam cara tukar bateri kereta auto dan cara tukar bateri kereta manual adalah kedudukan gear sewaktu cabut dan pasang bateri kereta.
Kedudukan dalam cara tukar bateri kereta auto adalah wajib berada dalam keadaan P. Manakala, kedudukan dalam cara tukar bateri kereta transmisi manual adalah pada kedudukan Neutral (N).
Cara tukar kepala bateri kereta
Kepala bateri kereta berperanan sebagai pemegang antara wayar bateri kereta merah dan hitam kepada terminal bateri kereta anda.
Kepala bateri kereta juga perlu diikat dengan kemas agar sambungan antara wayar dan bateri kereta tidak terbuka lalu aliran elektrik terputus.
Namun, sebelum anda nak tukar kepala bateri kereta, pastikan beberapa masalah seperti terminal bateri tidak dipenuhi habuk karbon serta skru pada kepala bateri kereta telah pun rosak.
Anda juga boleh saja menukar skru pada kepala bateri kereta sahaja, namun kedai di luar akan menjual satu set kepala bateri kereta bersama skru yang baru.
Jadi, tukar kepala bateri kereta juga amat perlu agar tidak berlaku lagi kelonggaran pada sambungan wayar dan bateri kereta anda.
Dalam cara tukar kepala bateri kereta yang betul, anda perlu menggantikan klip kopper dan kepala bateri kereta yang baru. Ikat dengan kemas klip kopper pada kepala bateri kereta anda. Kemudian, pasang kepala bateri kereta pada terminal bateri kereta anda dan ketatkan skru supaya ianya tidak tertanggal.
Tukar bateri kereta alarm bunyi
Mengapa apabila anda tukar bateri kereta kemudian alarm kereta berbunyi ? Kenapa perkara ini boleh terjadi ?
Alarm kereta akan berbunyi semasa pasang bateri anda dilakukan. Perkara ini sangat mengganggu anda dan orang sekeliling jika ianya berlaku.
Elakkan alarm berbunyi sewaktu anda tukar bateri kereta dilakukan.
Ikuti artikel Tukar bateri kereta alarm bunyi untuk penjelasan dengan lebih terperinci.
Selepas tukar bateri kereta
Jika anda menggunakan khidmat tukar bateri kereta secara online, pastikan anda menyimpan kad warrantly yang diberikan selepas tukar bateri kereta selesai dilakukan.
Kad warrantly bateri kereta adalah diberikan berdasarkan jenama bateri kereta yang anda gunakan.
Antara sebabnya anda tidak dapat ke bengkel berdasarkan kedai bateri kereta yang telah melakukan service tukar bateri kereta anda tadi adalah jaraknya terlalu jauh.
Walaupun ada sebarang masalah pada bateri kereta anda dalam masa warrantly yang diberikan, anda boleh merujuk pada kedai bateri kereta terdekat yang sama jenama bateri kereta anda gunakan.
Adakah boleh tukar bateri kereta semasa enjin hidup ?
Ada situasi dibenarkan dan tidak dibolehkan bagi tukar bateri kereta semasa enjin hidup.
Teknik yang betul untuk tukar bateri kereta semasa enjin hidup perlu diterapkan dengan baik agar tidak menimbul masalah seperti short circuit pada bahagian dalaman sistem komputer kereta anda.
Apakah cara sebetulnya yang perlu anda lakukan untuk tukar bateri kereta semasa enjin hidup ?
Terdapat dua cara bagi tukar bateri kereta semasa enjin hidup. Cara pertama adalah cara yang biasa anda lihat atau biasa dilakukan sekiranya anda menghantar kereta ke kedai bateri kereta.
Berikut merupakan cara kebiasaan tukar bateri kereta semasa enjin hidup :
- Buka bonet hadapan kereta.
- Kenal pasti kedudukan bateri kereta anda.
- Buka pengikat bateri kereta(jika ada).
- Dalam keadaan enjin hidup, buka wayar merah (positif) dan wayar hitam (negatif) pada terminal bateri kereta yang lama.
- Ambil bateri kereta baru dan letakkan pada kedudukan yang betul berdasarkan terminal positif dan negatif sama seperti kedudukan bateri kereta yang lama tadi.
- Pasangkan wayar merah pada positif dan wayar hitam pada negatif bateri kereta.
- Ikat dengan kemas menggunakan pengikat bateri kereta(jika ada).
- Siap.
Cara pertama di atas berdasarkan cara jika anda tukar bateri kereta baru di kedai bateri kereta serta sekiranya anda sendiri yang biasa berbuat demikian.
Bagaimana pun, cara kedua bagi tukar bateri kereta semasa enjin hidup boleh dibaik pulih bagi mengelakkan kesan yang tak diingini.
Berikut merupakan cara kedua yang boleh anda gunakan untuk tukar bateri kereta semasa enjin hidup iaitu :
- Buka bonet hadapan kereta.
- Pastikan kedudukan bateri kereta.
- Tanggalkan pengikat bateri kereta(jika ada).
- Dapatkan portable bateri kereta supaya dapat menyokong tenaga semasa bateri kereta lama dicabut.
- Dalam keadaan enjin dihidupkan, letakkan wayar negatif portable bateri kereta pada bahagian dalaman kereta, manakala wayar positif pula diletakkan pada wayar positif daripada kereta.
- Cabut bateri kereta lama.
- Pasangkan bateri kereta baru.
- Letakkan wayar positif dan negatif pada terminal bateri kereta yang baru dengan betul.
- Ikat semula bateri kereta dengan kemas(jika ada).
- Siap.
Ini tidak bermaksud cara pertama tadi itu tidak langsung boleh digunakan. Ia masih lagi boleh digunakan namun tidak untuk semua kereta.
Apakah kesan sekiranya anda masih menggunakan cara pertama untuk kereta yang mempunyai teknologi sekarang ?
Jika anda tukar bateri kereta semasa enjin hidup dengan cara pertama di atas, pastikan anda buat dengan berhati-hati.
Keutamaan diberi kepada kereta yang mempunyai sistem wiring yang mempunyai teknologi terkini hampir sepenuhnya.
Risiko kepada sistem komputer dalam kereta adalah sangat sensitif dan kebolehkemungkinan untuk berlaku litar pintas dalam kereta akan terjadi.
Kesannya bukan anda terkena elektrik, tetapi akan memberikan masalah dalam sistem dalaman yang telah di setting oleh pihak pengilang kereta anda.

Apa bezanya sekiranya tukar bateri kereta semasa enjin hidup atau pun tidak ?
Antara kelebihan yang boleh anda dapat kenal pasti adalah kehadiran kuasa dalam bacaan Volt pada bateri kereta lama dan juga bateri kereta baru.
Hal ini merupakan dari pengalaman aku sendiri tukar bateri kereta semasa enjin hidup di kedai bateri kereta.
Bacaan bateri kereta lama dibuat dihadapan aku sendiri. Pada meter bacaan voltan bateri kereta itu menunjukkan meter pada kadar 10 ampere.
Kemudiannya, dia menukar kepada bateri baru dan membuat bacaan baru pada bateri kereta baru tersebut menunjukkan bacaan 14 ampere.
Katanya lagi, bacaan bateri baru jika enjin tidak dihidupkan adalah pada 12 ampere. Jadi, disebabkan semasa pemasangan bateri kereta baru enjin dihidup bacaan akan bertukar kepada 13 hingga 14 ampere.
Apakah kesan kepada kereta anda disebabkan anda tersalah dalam mengatur proses tukar bateri kereta semasa enjin hidup ini ?
Adakah boleh untuk tukar bateri kereta semasa enjin hidup ?
Proses bagi tukar bateri kereta dari bateri kereta lama kepada bateri kereta yang baru boleh dibuat semasa enjin kereta anda sedang hidup.
Jika anda pernah melihat di kedai bateri kereta, para mekanik yang membantu anda memasangkan bateri kereta dengan cara tanpa memadamkan enjin kereta.
Justeru, ikutan ini juga boleh dibuat sendiri oleh anda semasa tukar bateri kereta sendiri di rumah.
Sama ada anda tukar bateri kereta secara enjin sedang hidup atau tidak, ia pasti memberikan perbezaan dari segi kelebihannya.
Tukar bateri kereta berapa lama ?
Untuk yang ingin mengetahui tukar bateri kereta berapa lama, anda perlu mengetahui langkah-langkah dari mula membuka hingga pemasangan bateri kereta baru.
Jika segala peralatan lengkap dan anda sudah biasa menjalankan aktiviti tukar bateri kereta, maka ianya tidak memakan masa yang lama untuk diselesaikan.
Bagi anda yang tukar sendiri di rumah, proses tukar bateri kereta mengambil masa dari 20 minit sehingga 1 jam setengah. Manakala, jika di kedai bateri kereta akan diselesaikan oleh pekerja dalam masa 5 minit hingga 15 minit sahaja.
Tukar bateri kereta berapa lama jika buat sendiri ?
Proses tukar bateri kereta jika anda buat sendiri mengambil masa lebih kurang 1 hingga 2 jam. Hal ini demikian, anda memerlukan proses seperti di bawah mengikut pecahan :
1. Check bateri kereta
Proses check bateri kereta mengambil masa selama 10 minit. Paling mudah untuk kenal pasti tanda bateri kereta itu lemah atau sudah kong adalah melalui melihat pada permukaan bateri kereta.
Buka bonet kereta dan lihat tarikh pada bateri kereta dan telah ditulis. Daripada situ anda boleh buat kiraan sudah berapa lamakah bateri kereta anda telah digunakan.
Secara anggaran kasar jika bateri kereta anda telah digunakan 24 bulan atau 2 tahun ke atas, anda sudah boleh tukar kepada bateri kereta baru.
2. Proses cabut bateri kereta
Jika anda sudah biasa pasti anda mudah untuk cabut bateri kereta. Sebenarnya asas buka bateri kereta tidaklah susah. Yang penting anda mempunyai alatan yang betul bagi membuka wayar bateri kereta positif dan negatif dengan betul.
Proses cabut bateri kereta ini juga tidak lama. Ianya adalah sekitar 15 hingga 30 minit mengikut kebiasaan anda. Jangan lupa sebelum cabut bateri kereta, anda perlulah snap gambar keadaan bateri kereta itu.
Hal ini demikian, supaya anda tidak terlupa akan kedudukan bateri kereta tersebut dimanakah terminal positif dan negatif bateri kereta itu sepatutnya berada.
3. Proses membeli bateri kereta
Jika anda sudah membeli bateri kereta siap-siap tidak mengambil masa untuk proses ini. Namun, jika anda membeli bateri kereta sebaik sahaja mencabut bateri kereta, ini akan mengambil masa bergantung kepada jarak rumah anda ke kedai bateri kereta.
Disini anda boleh buat anggaran dalam 1 jam untuk pergi dan balik perjalanan membeli bateri kereta. Kebanyakkan dari kita akan mencabut bateri kereta dulu, kemudian baru beli di kedai bateri kereta oleh kerana ingin terus menjual kembali bateri kereta lama.
Paling tidak pun anda membeli bateri kereta baru dengan harga bateri yang telah ditolak bateri kereta lama. Anggaran penjimatan setelah anda tolak bateri kereta lama adalah RM10 hingga RM30.
4. Proses tukar bateri kereta sendiri di rumah
Tiba masanya untuk anda pasang bateri kereta sendiri di rumah. Proses ini akan mengambil sedikit masa lebih kurang 30 minit jika anda kurang biasa. Ianya mudah namun memerlukan penelitian semasa memasang bateri kereta.
Proses tukar bateri kereta di rumah ini diselesaikan sehinggalah anda boleh menghidupkan enjin kereta. Ketika itulah, anda sudah berjaya tukar bateri kereta dengan masa yang dianggarkan.

Tukar bateri kereta berapa lama jika tukar di kedai bateri kereta ?
1. Cek keadaan bateri kereta di kedai
Proses bagi cek bateri kereta dimulai semasa anda tiba di kedai bateri kereta. Pihak kedai bateri kereta akan menggunakan alatan bernama multimeter untuk membaca baki tenaga yang masih terdapat dalam bateri kereta anda. Proses ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja.
2. Nasihat dari pihak kedai bateri kereta
Sebaik sahaja bacaan meter pada bateri kereta dilakukan, pihak kedai bateri kereta akan memberi pendapat adakah masih boleh menggunakan bateri kereta tersebut atau sudah boleh ditukar kepada yang baru.
Kebiasaannya anda diberikan masa untuk berfikir. Disinilah anda perlu merujuk pada tarikh bateri kereta supaya anda boleh membuat keputusan. Jika sudah melebihi 2 tahun penggunaan, maka tukar bateri kereta adalah digalakkan.
Proses ini tidak hanya mengambil masa 10 minit untuk anda membuat keputusan.
3. Proses tukar bateri kereta di kedai bateri kereta
Setelah anda bersetuju untuk tukar bateri kereta, proses bagi mencabut bateri kereta lama dan memasang bateri kereta baru mengambil masa lebih kurang 10 minit hingga 15 minit sahaja.
4. Proses pengesahan sebaik sahaja tukar bateri kereta baru
Disini juga tidak mengambil masa yang lama. Dianggarkan lebih kurang 5 hingga 10 minit bagi anda untuk melihat semula bacaan pada alatan multimeter tadi yang mengesahkan bateri kereta tersebut itu adalah bateri baru.
Selesai.
Tukar bateri kereta kerana tersalah beli
Boleh ke tukar bateri kereta sebab tersalah beli bateri terminal terbalik?
Jawapannya adalah tidak boleh. Ini kerana setiap bateri kereta telah pun ditandakan tarikh beli pada permukaan bateri yang telah dibeli sebelum dijual kepada anda.
Kali ini anda ingin mencuba tukar bateri kereta yang baru sendiri dan membeli secara dalam talian (online) seperti di shopee atau lazada. Pilihan telah pun dibuat dan bateri baru telah pun sampai. Baru anda perasan anda tersalah pilih kod pada hujung bateri (penentu kepada kedudukan terminal).
Kesilapan membeli bateri kereta boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Mungkin dalam kes anda yang melakukan kesilapan tersebut tanpa sedar. Saiz bateri dah betul, tapi kedudukan terminal (positif dan negatif) pula terbalik.
Anda baru perasan semasa nak pasang bateri baru tersebut sebab wayar (merah dan hitam) berada di kedudukan sebaliknya. Ok la positifkan diri cuba juga untuk pasang.
PERINGATAN KERAS : Jangan sesekali anda cuba pasang pada wayar secara terbalik seperti wayar merah ke negatif terminal dan wayar hitam ke positif terminal yang dah tentu-tentu satu kesalahan. Perbuatan ini boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan pada sistem ECU kereta anda.
Nak tarik wayar tersebut tak cukup panjang dan tersangkut pada kedudukan masing-masing secara silang. Boleh je nak pasang tapi wayar tu jadi terik dan merisaukan pula bila dah pasang.
Takkan hanya ada pilihan terus pasang dengan keadaan wayar yang terik sebab dah tak boleh tukar bateri dengan kedudukan terminal yang betul?
Ini merupakan satu kerugian dari kesilapan kecil yang jarang berlaku sebenarnya. Tapi anda jangan terlalu risau akan hal ini.
Ada satu inisiatif yang boleh anda lakukan iaitu, menjual semula bateri baru yang tersalah beli pada kedai bateri kereta berdekatan dengan keadaan secondhand.
Kemudian, beli bateri baru yang betul saiz kod bateri termasuk kedudukan terminal. Nampak seperti rugi. Tetapi paling tidak pun anda mendapat separuh dari harga bateri baru yang telah anda beli itu pun dah cukup bagus dari rugi sepenuhnya.

Pingback: Tukar bateri kereta semasa enjin hidup - Mekanikakereta
Pingback: Bila perlu tukar bateri kereta ? - Mekanikakereta
Pingback: Cara tukar bateri kereta auto - Mekanikakereta
Pingback: Cara tukar bateri kereta - Mekanikakereta
Pingback: Tukar bateri kereta berapa lama ? - Mekanikakereta
Pingback: Bateri Kereta untuk Model Kereta Anda : Pilihan Paling Sesuai - Mekanikakereta