Bateri kereta Myvi : Info Sangat Penting Kepada Owner
Bateri kereta Myvi. Kereta perodua myvi merupakan antara pilihan ramai setiap tahun ianya ditukar. Hal ini kerana, kereta perodua myvi itu sendiri merupakan antara kereta paling tertinggi sekali pembelinya di negara kita.
Bercakap mengenai topik bateri kereta myvi, tidak mengira generasi, bateri myvi akan terjual dengan jayanya disebabkan oleh pemilikkan yang sangat ramai.
Bateri kereta myvi lama mahupun bateri kereta myvi baru, ianya tetap mempunyai stok di mana-mana sahaja kedai menjualnya dan menandakan amat mudah ianya dikendalikan.
Menjadi persoalan sekarang, apakah bateri kereta myvi terbaik perlu digunakan oleh anda lebih-lebih lagi mengikut generasi myvi yang ada ? Mari kita lihat secara keseluruhan tentang myvi bateri seterusnya.
Artikel terkait : Bateri kereta perodua
Tukar bateri kereta myvi
Apabila tiba masanya untuk anda nak tukar bateri myvi, pasti keputusan perlu dibuat dengan betul. Namun, anda pasti akan memilih bateri kereta terbaik untuk produa myvi anda.
Bateri myvi anda boleh ditukar sebaik sahaja bila anda mengalami masalah seperti bateri kereta lemah sebagai tanda awal yang tidak boleh diabaikan.
Jangan anda tunggu sehingga bateri perodua myvi anda sudah habis atau kong, baru anda fikirkan tukar bateri kereta myvi ini.
Pada waktu itu, pasti ia akan mengundang masalah kepada anda untuk menuju ke sesuatu destinasi. Lebih-lebih lagi penukaran bateri kereta myvi anda menjadi semakin mencabar sekiranya anda berada di luar kawasan pada lewat malam.
Malah, jika nak buat teknik jumper kereta myvi tersebut tidak semua boleh bantu kerana kekangan peralatan.
Tanda-tanda bateri kereta myvi perlu ditukar
Ada terdapat jenis tanda-tanda bateri kereta myvi perlu ditukar iaitu sekiranya ianya sudah kong ataupun sudah dalam keadaan lemah.
Jika sudah lemah, sangat digalakkan untuk terus tukar kepada bateri kereta myvi yang baru. Sekiranya sudah lemah, ianya masih digunapakai, namun jalan yang terbaik adalah terus tukar kepada yang baru bagi mengelakkan ianya kong di tengah jalan.
Berikut merupakan tanda-tanda yang sangat ketara :
1. Lampu bateri kereta myvi menyala
Lampu bateri kereta myvi menyala. Apakah punca disebalik munculnya lambang bateri kereta menyala untuk perodua myvi ?
Simbol pada meter kereta myvi merupakan bantuan awal yang telah diciptakan oleh pengilang kereta.
Bantuan yang dimaksudkan adalah melalui pemberitahuan tentang masalah yang sedang dihadapi pada kereta myvi anda.
Oleh itu, anda sebagai pemilik kereta myvi perlu mengambil berat terhadap simbol pada meter kereta myvi anda untuk mengelakkan masalah yang lebih besar.
Indicator bagi lampu bateri kereta myvi menyala
Di artikel ini akan anda dapat ketahui tentang simbol pada meter bateri kereta myvi terutamanya berkenaan lampu bateri kereta myvi yang menyala.
Myvi lampu bateri menyala merupakan perkara penting yang perlu anda ambil kira. Hal ini kerana, kesan terdekatnya akan boleh menyebabkan kereta anda kehabisan sumber tenaga dari bateri kereta.
Sumber yang mencukupi dari bateri kereta akan memberikan keyakinan kepada setiap perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
Jika lampu indikator bateri kereta menyala, ianya perlu diperhatikan melalui beberapa perkara.
Apa yang perlu dibuat sekiranya lambang bateri myvi menyala ?
1. Memastikan keadaan lampu bateri kereta myvi menyala
Antara keadaan lampu bateri myvi menyala adalah ketika :
- Sebelum anda hidupkan enjin kereta myvi
- Ketika enjin kereta myvi baru dihidupkan
- Ketika anda sedang memandu
Ada tiga situasi di atas yang boleh anda kenal pasti keadaannya yang perlu anda ketahui.
2. Adakah enjin kereta susah untuk start
Ketika anda kenal pasti simbol bateri kereta myvi menyala, adakah anda mengalami kesukaran sewaktu ingin hidupkan enjin kereta myvi ?
Situasi ini boleh anda kenal pasti lebih-lebih lagi apabila anda ingin hidupkan enjin kereta myvi pada waktu pagi atau dikenali sebagai “cold start”.
3. Ingat semula bila kali terakhir anda tukar bateri kereta baru
Buat semakkan bilakah tarikh secara tepat bateri kereta myvi anda telah ditukar. Jika belum pernah anda tukar bateri kereta, lambang bateri kereta myvi menyala adalah penentunya supaya anda boleh tukar kepada bateri kereta yang baru.
4. Pergi ke kedai bateri kereta berhampiran
Indicator bagi lampu bateri kereta myvi menyala perlu dirujuk segera ke kedai bateri kereta.
Hal ini kerana, pihak kedai bateri kereta akan membuat check up pada jumlah baki bateri kereta anda.
Minta nasihat dari pihak kedai bateri kereta sama ada bateri kereta masih boleh digunakan dengan hanya mengecas semula atau pun tukar kepada bateri kereta baru.

Penjagaan bagi mengelakkan myvi lampu bateri menyala semula
Kehadiran simbol lampu bateri kereta myvi yang menyala sebenarnya merupakan tanda positif indicator sensor yang mengesan bateri kereta myvi anda adalah dalam keadaan yang baik.
Namun, anda juga tidak disarankan menjadikan kebiasaan bergantung kepada indicator lampu bateri kereta myvi menyala, kemudian baru nak tukar kepada bateri kereta baru.
Hal ini demikian, terdapat juga kejadian dimana bateri kereta myvi kong namun tiada sebarang tanda pada lampu bateri menyala myvi tersebut.
Jadikan rutin untuk menukar bateri kereta myvi anda bermula dari tahun ke 2 hingga tahun ke 3. Jika sudah melepasi tahun ke 3, maka segera tukar kepada bateri kereta baru untuk mengelakkan bateri kereta myvi anda kong pada bila-bila masa.
2. Lock kereta myvi tidak boleh dibuka
Salah satu pernah terjadi pada pengalaman sendiri adalah tidak boleh membuka lock kereta myvi menggunakan remote.
Dan apabila membuka lock kereta menggunakan cara manual iaitu kunci fizikal dan ingin hidupkan enjin kereta, tiada sebarang nyalaan lampu pada panel meter kereta (kosong).
Itu tandanya bateri myvi anda sudah kong atau dah betul-betul kehabisan tenaga dari bateri kereta itu sendiri.
Ketahui lanjut tentang ciri-ciri sekiranya anda mengalami masalah bateri kereta kong yang lebih serius.
Jangka hayat : Bateri kereta myvi tahan berapa lama
Bagaimanakah nak tahu jangka hayat bateri kereta myvi ? Mengikut pengalaman aku sendiri, bergantung kepada cara anda gunakan kereta myvi tersebut.
Adakah kereta myvi anda digunakan setiap hari?Adakah ianya hanya perking sahaja dirumah sehingga tidak anda start melebihi seminggu ?
Adakah juga terdapat pemasangan aksesori tambahan yang melibatkan bateri kereta anda dengan menambah wiring dalaman atau luaran kereta anda secara maksimum ?
Persoalan di atas antara faktor mengapa jangka hayat bateri kereta myvi anda menjadi singkat.
Walaupun anda menggunakan bateri myvi 1.5 2018 jenis m42 itu mahal, namun tidak bermakna bateri kereta myvi 1.3 jangka hayatnya lebih singkat.
Ianya juga tidak mengira anda menggunakan spec kereta bateri myvi 1.5 se lebih cepat habis dibandingkan bateri kereta myvi lagi best 1.3.
Sebab ramai yang mengaitkan bateri kereta myvi 1.3 lebih tahan dibandingkan bateri kereta myvi 1.5 . Padahal bateri myvi 1.5 itu lebih tahan dari bateri myvi 1.3 atas faktor cara anda menggunakan kereta tersebut, bukan disebabkan cc enjin.
Bateri kereta myvi tahan berapa lama secara teknikal ?
Apa yang boleh aku yakinkan kepada anda sebagai pemilik kereta perodua myvi ini adalah bergantung kepada banyak faktor. Namun, secara asasnya anda boleh ubah cara penggunaan sekiranya lebih menginginkan keputusan lebih bagus dari apa yang aku lalui sebelum ini.
Adakah bateri kereta myvi tahan berapa lama ? Jawapannya adalah ya. Mengikut pengalaman aku sebelum ini, setiap kali penggunaan bateri kereta myvi, aku akan membeli baru bateri kereta tersebut setiap 3 tahun penggunaan.
Ini adalah konsep yang aku gunakan. Bila dah capai 3 tahun penggunaan, terus aku cepat-cepat beli dan tukar kepada bateri kereta yang baru. Padahal, bateri kereta myvi yang aku sedang gunakan itu masih lagi tidak mengeluarkan sebarang tanda-tanda bateri kereta lemah.
Namun, ianya bergantung juga kepada saiz bateri kereta myvi yang anda gunakan terutamanya dari segi pemilihan jumlah aH pada bateri kereta myvi anda.

Bagaimana cara untuk bateri kereta myvi tahan untuk tempoh tersebut ?
Kira-kira sepanjang aku gunakan kereta myvi itu adalah selama 7 tahun. Ini bermakna aku hanya perlu menukar bateri kereta myvi tersebut hanya 2 kali. Namun, jika termasuk bateri kereta semasa baru beli yang disediakan oleh pihak pengilang perodua, sudah kali ke 3 bateri kereta myvi baru ditukar.
Sebenarnya tidak banyak faktor yang aku boleh kongsikan. Namun, ini sedikit sebanyak yang aku sendiri boleh nampak berdasarkan gaya aku dalam penjagaan bateri kereta.
1. Membersihkan bahagian terminal bateri kereta
Untuk makluman, aku gunakan bateri kereta myvi jenis kering. Jadi, tidak banyak yang boleh aku katakan kerana mudahkan menjaga bateri kereta jenis kering ini.
Antara cara pertama aku adalah menjaga kebersihan terminal bateri kereta myvi positif dan negatif. Setiap 6 bulan sekali aku akan membuka bonet hadapan kereta dan check pada permukaan bateri kereta tersebut.
Jika dah lama anda gunakan sesebuah bateri kereta, pasti anda akan perasan terdapat kerak-kerak seperti habuk besi pada permukaan bateri kereta myvi berhampiran terminal positif dan negatif.
Peranan untuk membersihkan dengan menggunakan berus atau penyapu kecil yang kecil membantu sedikit sebanyak dalam pemantauan keadaan semasa bateri kereta myvi anda.
2. Check wayar positif negatif bateri kereta myvi
Di samping pemantauan di atas, anda juga boleh cek keadaan wayar bateri kereta myvi anda yang mengikat pada terminal bateri kereta tersebut.
Anda boleh bayangkan sekiranya wayar bateri kereta anda tidak diikat dengan rapi dan kemas, semasa pemanduan lebih-lebih lagi selepas melanggar lubang atau bumper boleh mengakibatkan aliran elektrik pada kereta anda terputus.
Kebanyakkan kes kelonggaran bukan kes tercabut wayar positif negatif bateri kereta myvi tersebut. Walaupun sekadar ikatannya longgar, anda akan menerima kesan semasa ingin hidupkan enjin kereta sehingga semasa pemanduan dilakukan.
Akibat inilah bateri kereta myvi anda tidak akan bertahan lama. Hal ini kerana, aliran cas semasa kereta bergerak amat diperlukan supaya bateri kereta myvi kekal berada di tahap optimum dan tahan lama.
3. Menggunakan start stop sebaiknya
Para pemilik kereta myvi sekarang sudah diberikan kemudahan seperti teknologi start stop bagi penjimatan bateri kereta myvi.
Gunakan sebaiknya start stop ini lebih-lebih lagi ketika anda melalui kawasan aliran trafik yang tinggi. Peranannya adalah memotong aliran cas elektrik kepada enjin kereta dan hanya berfungsi kepada bahagian tertentu contohnya seperti aircond atau penghawa dingin dan radio kereta myvi anda.
Perkara ini akan membantu bateri kereta myvi anda tahan lebih lama dan tidak dibazirkan begitu sahaja kepada anda yang kerap menghadapi rintangan trafik yang tinggi setiap hari.

Jenis bateri kereta myvi
Ada beberapa jenis bateri kereta myvi yang boleh digunakan sesuai yang terjual di pasaran. Antaranya adalah jenis bateri kering myvi, bateri jenis basah serta EFB.
Untuk bateri myvi lama akan menggunakan 2 pilihan jenis bateri iaitu bateri kering myvi dan juga bateri basah myvi.
Manakala, bateri kereta myvi baru iaitu model myvi g3 menggunakan jenis EFB. Dengan kata mudahnya untuk bateri myvi baru akan menggunakan bateri kereta myvi eco idle.
Namun, tak semua bateri myvi baru menggunakan eco idle atau sistem start/stop. Ianya bergantung kepada anda untuk check sendiri sama ada system start/stop itu ada atau tiada pada kereta myvi anda.
Contohnya jenis bateri myvi 2018 ada yang mempunyai start/stop sistem, ada juga tiada sistem start/stop. Jika tiada sistem start/stop, maka anda boleh menggunakan bateri kereta myvi lama.
Manakala, jika kereta myvi anda menggunakan start/stop, jenis bateri myvi 2018 anda adalah bateri kereta myvi eco idle.
Jadi, sila check semula adakah terdapat butang eco pada kereta anda ataupun tiada.
Saiz bateri kereta myvi secara spesifik mengikut Gen
Sebenarnya bagi size bateri myvi tidak terhad kepada beberapa pilihan. Saiz battery myvi yang anda gunakan hanya terdapat 2 saiz sahaja iaitu saiz 40 untuk bateri kereta myvi lama dan saiz 60 untuk bateri kereta myvi yang menggunakan eco/idle atau start/stop sistem.
Contohnya, saiz bateri kereta myvi 1.3 adalah sama dan boleh ianya digunakan pada saiz bateri kereta myvi 1.5 .
Jika anda mempunyai masalah pada bateri kereta anda, maka anda boleh menggunakan size bateri kereta myvi 1.3 anda dan masukkan pada saiz bateri myvi 1.5 rakan anda.
Hal ini kerana, saiz bateri myvi 1.3 anda adalah sama bukan sahaja wayar pada positif dan negatif kepada terminal bateri kereta, namun turut sama juga pada tapak tempat letak bateri myvi.
1. Saiz bateri kereta Myvi lama paling sesuai
Bateri NS40ZL digunakan dalam Myvi Gen 1 bagi kedua-dua enjin 1.0 dan 1.3, kerana kapasiti voltan yang mencukupi. Ini adalah untuk menyokong sistem elektrik kereta tanpa memerlukan teknologi tambahan seperti yang terdapat dalam model-model yang lebih baru.
Bateri ini menyediakan tenaga yang diperlukan untuk menghidupkan enjin, mengaktifkan sistem pencahayaan, serta mengoperasikan pelbagai sistem elektronik lain dalam kereta.
NS40ZL adalah bateri konvensional yang cukup kuat untuk memastikan sistem elektrik Myvi Gen 1 berfungsi dengan baik. Dan tanpa sebarang masalah atau gangguan. Penggunaan bateri ini memastikan kereta beroperasi dengan lancar dan stabil dalam pemanduan harian.

Bateri NS40ZL juga direka untuk tahan lama dan memberikan prestasi yang stabil walaupun dalam keadaan cuaca yang panas. Iklim Malaysia yang panas dan lembap memerlukan bateri yang tahan terhadap suhu tinggi, dan NS40ZL memenuhi keperluan tersebut dengan baik.
Bateri ini juga mudah dijaga dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit, menjadikannya pilihan praktikal bagi pemilik kereta yang ingin kereta mereka beroperasi tanpa masalah dalam jangka masa panjang.
Ketahanan dan prestasi yang baik memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan tanpa kerisauan tentang masalah bekalan kuasa elektrik.
Selain itu, NS40ZL mempunyai kapasiti yang cukup untuk menyokong sistem elektrik asas Myvi Gen 1 tanpa sebarang bebanan berlebihan. Dengan sistem alternator yang berfungsi dengan efisien, bateri ini dapat menyimpan dan mengalirkan tenaga dengan baik. Ianya untuk menghidupkan enjin serta menyokong keperluan lain seperti sistem audio dan peralatan elektronik dalam kereta.
Ketahanan bateri ini juga memberikan nilai yang lebih baik dari segi jangka hayat, dengan penggunaannya yang dapat bertahan lebih lama jika diselenggara dengan betul.
Penggunaan NS40ZL dalam kedua-dua varian enjin 1.0 dan 1.3 memastikan kecekapan kos. Kerana ia merupakan bateri yang tidak memerlukan pelaburan besar, namun tetap menawarkan prestasi yang memadai.
Ia juga sangat sesuai untuk kegunaan harian, menjadikannya pilihan yang bijak bagi pemilik Myvi Gen 1 yang mencari penyelesaian yang mudah dan praktikal untuk kereta mereka.
2. Saiz bateri kereta myvi lagi best
Untuk kedua-dua varian enjin 1.3 dan 1.5, Perodua Myvi Lagi Best menggunakan bateri jenis NS40ZL. Bateri NS40ZL dipilih kerana ia menawarkan kapasiti yang cukup untuk menyokong keperluan elektrik kereta tanpa perlu melibatkan teknologi tambahan. Contohnya seperti sistem Eco-Idle, yang lebih sesuai untuk model-model yang lebih baru.
NS40ZL mampu memberikan tenaga yang mencukupi untuk menghidupkan enjin, mengaktifkan sistem pencahayaan, serta peralatan elektronik lain dalam kereta. Selain itu, bateri ini juga tahan terhadap suhu panas, yang sangat sesuai dengan iklim Malaysia yang sering kali panas dan lembap.
Ketahanan dan kebolehpercayaan bateri NS40ZL menjadikannya pilihan yang sesuai untuk penggunaan harian, baik untuk perjalanan pendek mahupun jarak jauh.
Bateri NS40ZL juga direka dengan teknologi yang memberi prestasi yang stabil walaupun selepas penggunaan berterusan. Ini memastikan Myvi Lagi Best dapat berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah yang berkaitan dengan bekalan kuasa elektrik.
Selain itu, bateri ini memerlukan penyelenggaraan yang lebih mudah dan tidak memerlukan perhatian yang sering, menjadikannya lebih praktikal untuk pemandu yang sibuk.

Dengan kapasiti yang mencukupi dan kecekapan yang baik, NS40ZL memberikan keseimbangan yang baik antara harga dan prestasi. Ini menjadikannya pilihan yang sangat sesuai untuk kedua-dua varian enjin Myvi 1.3 dan 1.5.
Di samping itu, NS40ZL juga memastikan bahawa sistem elektrik kereta berfungsi dengan lancar. Ianya termasuk sistem penghidup enjin, sistem audio, serta sistem elektrik lain dalam kereta yang memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang.
Bateri ini juga mampu bertahan lebih lama apabila digunakan dengan betul dan diselenggara dengan baik. Oleh itu, menjadikannya pilihan yang baik dalam memastikan prestasi kereta tetap optimum dari masa ke masa.
Secara keseluruhannya, NS40ZL menawarkan nilai yang sangat baik dari segi kos, ketahanan, dan prestasi untuk Perodua Myvi Lagi Best.
3. Saiz bateri kereta myvi 1.3 untuk gen 1 dan gen 2
Mengenai saiz bateri untuk Myvi 1.3, generasi pertama dan kedua menggunakan bateri jenis NS40ZL. Bateri ini sesuai dengan spesifikasi sistem elektrik kereta Myvi pada masa itu yang tidak dilengkapi dengan teknologi Eco-Idle.
NS40ZL adalah bateri konvensional yang menyediakan kapasiti voltan yang mencukupi untuk menggerakkan sistem elektronik kereta, termasuk sistem penghidup dan lampu.
Walaupun tanpa fungsi Eco-Idle, bateri ini cukup untuk memberikan prestasi yang stabil dan tahan lama bagi kegunaan harian. Ciri utama bateri NS40ZL ini adalah ia memiliki ketahanan yang baik terhadap suhu dan keupayaan untuk menyokong pemanduan di bandar serta perjalanan jarak jauh.
Oleh itu, bateri jenis ini menjadi pilihan utama bagi Myvi 1.3 Gen 1 dan Gen 2, yang tidak memerlukan pengurusan tenaga lebih canggih.
4. Saiz bateri kereta myvi 1.3 untuk gen 3
Namun, untuk Myvi Gen 3 yang dilancarkan dengan penambahan sistem Eco-Idle. Perodua telah memperkenalkan bateri jenis M42 EFB (Enhanced Flooded Battery).
Sistem Eco-Idle yang lebih canggih ini berfungsi dengan mematikan enjin secara automatik apabila kereta berhenti. Contohnya seperti di lampu isyarat, dan menghidupkannya semula apabila pedal klac ditekan.
Bateri M42 EFB direka khusus untuk menyokong fungsi Eco-Idle, dengan kapasiti yang lebih besar. Dan kemampuan menyimpan lebih banyak tenaga bagi menyokong fungsi start-stop yang lebih kerap.
Saiz bateri myvi 1.3 M42 EFB mempunyai kelebihan dalam mengurangkan kehausan berbanding bateri konvensional. Kerana ia mampu menahan lebih banyak kitaran cas dan pelepasan, menjadikannya lebih tahan lama.

Selain itu, bateri jenis ini juga lebih efisien dalam memanfaatkan tenaga elektrik dan lebih mesra alam. Ia sesuai dengan kehendak pengguna moden yang mementingkan efisiensi tenaga.
Bateri M42 EFB lebih tahan lasak berbanding NS40ZL. Kerana ia direka dengan teknologi lebih tinggi bagi memastikan kestabilan voltan dan prestasi yang lebih baik dalam jangka masa panjang.
Ciri utama EFB ini ialah ia membantu mengurangkan beban pada alternator dan meningkatkan keseluruhan kecekapan tenaga kereta. Terutamanya ketika menggunakan teknologi Eco-Idle yang memerlukan lebih banyak tenaga untuk penghidupan semula enjin secara automatik.
Di samping itu, bateri ini juga dapat berfungsi dengan baik dalam cuaca panas. Yang merupakan ciri penting di negara tropika seperti Malaysia, di mana suhu tinggi boleh memberi kesan kepada prestasi bateri.
Oleh itu, pengguna Myvi Gen 3 yang memilih untuk menggunakan M42 EFB. Ini kerana dapat menikmati kelebihan dalam hal ketahanan dan prestasi yang lebih stabil dalam jangka panjang.
Namun, terdapat juga saiz bateri kereta myvi gen 3 yang tidak menggunakan sistem eco-idle.
5. Saiz bateri kereta myvi 1.5 untuk gen 2
Untuk Myvi 1.5 Gen 2, saiz bateri yang digunakan adalah NS40ZL. Bateri ini dipilih kerana Myvi 1.5 pada generasi kedua tidak dilengkapi dengan teknologi Eco-Idle. Ini bermakna sistem elektriknya tidak memerlukan pengurusan tenaga yang lebih kompleks seperti dalam model-model yang lebih baru.
Bateri NS40ZL mempunyai kapasiti yang cukup untuk menyokong keperluan elektrik asas, termasuk menghidupkan enjin, sistem pencahayaan, dan peralatan elektronik lain dalam kereta.
Ia juga mempunyai ketahanan yang baik terhadap perubahan suhu, sesuai untuk keadaan cuaca di Malaysia. Bateri NS40ZL berfungsi dengan baik tanpa beban berlebihan. Ianya kerana sistem alternator kereta tidak perlu bekerja keras untuk menghidupkan enjin secara automatik seperti dalam sistem Eco-Idle.
Secara keseluruhan, penggunaan bateri NS40ZL dalam Myvi 1.5 Gen 2 adalah sesuai dengan keperluan sistem elektrik tanpa memerlukan teknologi tambahan.
6. Saiz bateri kereta myvi 1.5 untuk gen 3
Berbeza dengan Myvi 1.5 Gen 3, model ini dilengkapi dengan sistem Eco-Idle yang menjadikan keperluan untuk bateri lebih tinggi. Oleh itu, Perodua memperkenalkan bateri M42 EFB (Enhanced Flooded Battery) untuk menyokong sistem ini.
M42 EFB direka untuk memberikan prestasi lebih baik dalam kitaran cas dan pelepasan berbanding bateri konvensional. Teknologi Eco-Idle yang ada pada Myvi 1.5 Gen 3 memerlukan enjin dimatikan secara automatik. Apabila kereta berhenti dalam keadaan statik, seperti di lampu isyarat atau dalam kesesakan lalu lintas.
M42 EFB sangat sesuai untuk menyokong fungsi ini kerana ia mempunyai kapasiti yang lebih besar dan lebih tahan lama. Ia mampu menampung kitaran start-stop yang lebih kerap tanpa menjejaskan prestasi bateri.
Bateri ini juga mempunyai ketahanan yang lebih tinggi terhadap suhu panas, yang menjadikannya lebih tahan lama dan sesuai dengan iklim Malaysia yang panas.

Selain itu, M42 EFB mempunyai kelebihan dalam penyerapan dan penyimpanan tenaga yang lebih efisien, yang membantu mengurangkan beban pada alternator dan meningkatkan kecekapan bahan api keseluruhan.
Bateri jenis ini juga lebih mesra alam kerana ia lebih efisien dalam menggunakan tenaga. Sekaligus menjadikan Myvi 1.5 Gen 3 lebih mesra alam dan kurang berkemungkinan menyebabkan pembaziran tenaga.
Dengan penggunaan saiz bateri myvi 1.5 M42 EFB, sistem Eco-Idle dapat berfungsi dengan lebih lancar, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih efisien dan kurang membebankan sistem elektrik kereta.
Sebagai tambahan, M42 EFB lebih tahan lama dan boleh bertahan lebih lama berbanding bateri konvensional. Ini menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk pemandu yang mengutamakan ketahanan dan prestasi jangka panjang.
Harga bateri kereta myvi
Harga bateri myvi adalah berdasarkan jenis dan saiz serta jenama yang anda gunakan. Namun, apa yang terbaik dalam pemilihan bateri kereta myvi adalah berdasarkan jenis bateri kereta myvi yang anda gunakan.
Terdapat 3 kategori bagi bateri kereta myvi harga ini iaitu harga bateri kering kereta myvi, bateri kereta myvi jenis basah serta bateri kereta myvi m42.
Dari 3 kategori ini kita boleh lihat pada kesesuaian bateri myvi harga untuk harga bateri kereta myvi lama dan juga harga bateri kereta myvi baru.
1. Harga bateri kereta myvi lama (Gen 1 dan Gen 2)
Jika anda yang baru beli kereta generasi myvi lama atau tertanya-tanya bagi harga bateri kereta myvi lama, ada dua kategori bateri myvi harga.
Iaitu harga bateri kering kereta myvi berjumlah RM190-RM210. Manakala, bagi harga bateri basah kereta myvi pula berjumlah RM150-RM170.
Ada yang bertanyakan adakah harga bateri kereta myvi 1.3 tidak sama dengan harga bateri kereta myvi 1.5 ? Adakah bateri kereta myvi harga bergantung kepada cc enjinnya ?
Kedua bagi harga bateri myvi 1.3 dan harga bateri myvi 1.5 adalah sama. Ini adalah kerana saiz bateri kereta myvi menyebabkan bateri myvi 1.3 harga dan harga bateri myvi 1.5 yang sama.
Walaupun anda menggunakan kereta myvi spec berbeza seperti SE, harga bateri kereta myvi se 1.5 tetap akan sama seiring battery myvi 1.3 harga.
2. Harga bateri kereta myvi baru (Myvi Gen 3)
Harga bateri myvi baru pula berbeza, ianya mempunyai 3 kategori iaitu harga bateri kering myvi, harga bateri basah kereta myvi serta harga battery myvi yang menggunakan eco idle.
Bagi anda yang menggunakan bateri myvi 2018 dan bateri myvi 2019, jangan tersilap dengan harga tukar bateri kereta myvi ini.
Harga bateri kereta myvi 2018 dan harga bateri kereta myvi 2019 boleh didapati dengan terdahulu melihat dari dalam bonet kereta anda jika anda kurang pasti sama ada terdapat eco idle atau tidak.
Jika sudah disahkan tidak mempunyai eco idle, maka anda boleh memilih sama ada harga bateri kering myvi atau harga bateri myvi basah.
Manakala, jika sudah disahkan kereta myvi anda menggunakan eco idle, maka harga bateri kereta myvi baru atau dikenali sebagai bateri myvi m42 adalah bermula RM280 hingga RM300 sahaja.
Contohnya, jika anda menggunakan bateri kereta myvi 2018, maka harga bateri myvi 2018 anda adalah seperti di atas.
3. Harga bateri kereta myvi di perodua
Ada yang mengatakan harga bateri kereta myvi di perodua berbeza dengan jika anda beli bateri kereta perodua myvi di luar.
Sebenarnya harga bateri kereta myvi di perodua tidaklah jauh sangat bezanya. Jika anda ambil kira kos keseluruhan sekali dengan kos servis kereta, ianya akan mendapat lebih murah dibandingkan anda tukar bateri kereta myvi sahaja.
Dalam anggaran jika anda tukar bateri kereta myvi termasuk servis kereta myvi, anda akan dapati harga bateri kereta myvi di perodua hanya berbeza RM20 hingga RM40 sahaja.
Contohnya jika anda beli bateri kereta myvi di luar dengan harga RM190, maka anggaran harga bateri kereta myvi di perodua adalah sebanyak RM210.
4. Harga bateri kereta myvi mengikut jenama bateri kereta
Di artikel ini akan dibandingkan bagi dua jenama bateri kereta iaitu bateri amaron myvi dan bateri century myvi.
Apa yang didapati adalah seperti berikut :
- Harga bateri amaron myvi (myvi lama) : RM190.00
- Harga battery amaron myvi m42 (myvi baru) : RM280.00
- Harga bateri century myvi (myvi lama) : RM200
- Harga bateri century myvi m42 (myvi baru) : RM315
Kesemua harga di atas merupakan harga bateri kereta myvi secara anggaran terdekat. Boleh jadi di kawasan anda boleh dapat harga yang sedikit rendah bergantung kepada tawaran.
Lain-lain jenama bateri kereta juga boleh anda dapatkan seperti Bosch, Varta, Excel dan juga Yokohama.
5. Harga bateri kereta myvi advance
Adakah terdapat perbezaan bateri kereta myvi yang digunakan mengikut spec atau variant ?
Untuk pengetahuan anda semua pengguna dan pemilik perodua myvi, tiada sebarang perbezaan dari segi bateri kereta mengikut spec yang anda gunakan.
Namun, terdapat perbezaan dari segi model perodua myvi yang anda sedang gunakan.

Model atau tahun keluaran kereta myvi mempengaruhi pemilihan bateri kereta anda walaupun spec yang anda gunakan adalah sama iaitu advance.
Untuk lebih mudah, jika kereta myvi advance anda mempunyai teknologi start stop engine atau eco idle, maka bateri kereta ini menggunakan jenis bateri kereta myvi m42.
Manakala, jika kereta myvi anda tidak mempunyai teknologi eco idle, maka bateri kereta perodua myvi yang anda gunakan adalah jenis bateri kereta myvi biasa iaitu NS40.
Berapakah harga bateri kereta myvi advance sepatutnya ?
Bila anda sudah kenal pasti perbezaan di atas, senanglah untuk membeli bateri kereta myvi advance anda.
Berikut merupakan harga bateri kereta myvi advance yang boleh anda dapati di pasaran :
| Jenama bateri kereta untuk myvi | Harga bateri kereta myvi advance (eco idle) | Harga bateri kereta myvi advance (tanpa eco idle) |
| Century | RM300-RM330 | RM190 |
| Amaron | RM290-RM340 | RM245 |
| Yokohama | RM300-RM350 | RM200 |
Harga bateri kereta myvi advance di atas merupakan anggaran berdasarkan rujukan secara kasar.
Untuk mendapatkan harga bateri kereta myvi advance yang lebih murah, pastikan anda menjual semula bateri kereta myvi yang lama.
6. Harga bateri kereta myvi century
1. Harga bateri century myvi gen 1 (myvi lama)
Kereta myvi gen1 merupakan keluaran awal sejak perodua myvi diperkenalkan. Ianya dikeluarkan semenjak dari tahun 2005 hingga 2011.
Pemilihan bateri century myvi untuk myvi lama yang sesuai adalah yang mempunyai kod seperti ns40zl. Atau lebih teliti kodnya seperti 46B20L yang merupakan dari keluaran century marathoner max.
Harga bateri kereta myvi century untuk myvi gen1 ini adalah berjumlah sekitar RM180 hingga RM200 sahaja.

2. Harga bateri century myvi gen 2 (myvi lagi best dan myvi icon)
Seterusnya, keluaran selepas dari itu iaitu myvi gen2 yang mempunyai 2 varian seperti myvi lagi best dan juga myvi icon(facelift).
Perodua myvi lagi best mulakan pelancarannya pada tahun 2011 hingga 2014 dan disambung pula dengan model facelift yang dalam masa yang sama masih di bawah myvi gen2 pada tahun 2015 hingga awal tahun 2018.
Keluaran bagi myvi lagi best dan juga myvi icon(facelift) ini menggunakan bateri century myvi yang sama dengan myvi gen1 iaitu century marathoner max.
Oleh itu, harga bateri kereta myvi century juga adalah sekitar RM180 hingga RM200 sahaja belum termasuk sekiranya anda menjual bateri kereta yang lama di kedai bateri yang anda beli.
3. Harga bateri century myvi gen 3 (myvi baru)
Pelancaran myvi gen3 atau myvi g3 yang digelar sebagai myvi baru ini bermula dari tahun 2018 hingga kini.
Keluaran bagi kereta perodua myvi g3 ini mempunyai 2 pilihan bateri century myvi yang boleh digunakan antaranya adalah century marathoner max dan juga marathoner max EFB (idle stop).
Ada dua pilihan bateru century myvi bermakna terdapat dua pilihan pada kereta myvi gen3 ini yang seharusnya anda perhatikan.
Untuk yang menggunakan century marathoner max biasa, adalah kepada perodua myvi g3 sebelum facelift yang tidak mempunyai sistem atau teknologi start stop atau eco idle.
Manakala, sistem eco idle ini lebih-lebih lagi model myvi g3 facelift yang terkini semuanya dilengkapi tidak kira anda memiliki myvi g3 berenjin 1.3 mahupun 1.5 .
Harga bateri century myvi tanpa eco idle adalah sekitar RM180 hingga RM200 yang menggunakan kod bateri 46B20L.
Manakala, harga bateri kereta myvi century dengan kehadiran teknologi eco idle/start stop idle berjumlah sekitar RM280 hingga RM300 sahaja.
7. Harga bateri kereta amaron myvi
1. Harga Bateri Amaron Myvi Gen 1
Myvi Generasi 1 atau dikenali sebagai myvi lama menggunakan bateri dengan kod Amaron Go NS40ZL atau lebih lengkap 38B20L. Bateri ini adalah jenis bateri asid plumbum yang biasa digunakan untuk kebanyakan kenderaan pada masa itu.
Bateri Amaron Go NS40ZL direka dengan ciri ketahanan yang tinggi dan keperluan penyelenggaraan yang rendah, menjadikannya pilihan popular di kalangan pemilik Myvi Gen 1.
Harga bagi bateri ini boleh berbeza-beza bergantung kepada tempat pembelian dan promosi yang sedang berlangsung. Tetapi secara purata, harga bateri Amaron Go untuk Myvi Gen 1 adalah sekitar RM200 hingga RM230.
Bateri ini mempunyai jangka hayat yang agak panjang dengan penjagaan yang betul, dan ia juga tahan terhadap cuaca panas yang sering melanda negara Malaysia.
Pemilik Myvi Gen 1 perlu memastikan bahawa bateri mereka sentiasa dalam keadaan baik untuk memastikan prestasi sistem elektrik kereta yang optimum.
2. Harga Bateri Amaron Myvi Gen 2
Myvi Gen 2 yang dilancarkan pada 2011, menggunakan bateri Amaron Go dengan kod NS40ZL atau lebih lengkap 38B20L, atau Amaron Hi-Life dengan kod NS40ZL atau 46B19L.
Kedua-dua jenis bateri ini menawarkan prestasi yang baik dan sesuai dengan spesifikasi Myvi Gen 2. Bateri Amaron Go NS40ZL atau 38B20L masih merupakan pilihan yang lebih ekonomikal. Dengan harga sekitar RM200 hingga RM230, bergantung pada tempat pembelian.
Sementara itu, Amaron Hi-Life, yang merupakan bateri dengan teknologi lebih maju untuk ketahanan lebih lama. Ianya boleh didapati dengan harga yang sedikit lebih tinggi, iaitu sekitar RM250 hingga RM270.
Amaron Hi-Life mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan sesuai untuk pengguna yang mahukan prestasi yang lebih tahan lama. Kedua-dua bateri ini juga dikenali dengan prestasi tinggi dan keperluan penyelenggaraan yang rendah.
Sebagai tambahan, Myvi Gen 2 masih tidak dilengkapi dengan sistem eco-idle. Jadi pengguna boleh menggunakan bateri ini tanpa sebarang masalah berkaitan dengan sistem pengurusan tenaga.
Keperluan untuk penyelenggaraan bateri ini adalah minimum, namun pemeriksaan berkala tetap penting untuk memastikan bateri berfungsi dengan baik.
3. Harga Bateri Amaron Myvi Gen 3
Myvi Gen 3, yang dilancarkan pada 2017, datang dengan pelbagai pembaharuan, termasuk sistem eco-idle atau idle system. Ianya yang membantu menjimatkan bahan bakar semasa kereta berhenti seketika.
Untuk model ini, bateri yang disyorkan adalah Amaron Hi-Life Duro EFB dengan kod M42 atau lebih lengkap 50B20L. Bateri ini direka khas untuk menyokong sistem eco-idle yang lebih intensif, memberikan ketahanan yang lebih baik terhadap kitaran cas dan nyahcas yang lebih banyak berbanding model sebelumnya.
Harga bagi bateri Amaron Hi-Life Duro EFB M42 adalah sekitar RM290 hingga RM310, bergantung pada lokasi pembelian. Bateri jenis ini memberikan prestasi tinggi dalam menyokong sistem pengurusan tenaga yang lebih canggih seperti eco-idle. Yang membolehkan kenderaan menjimatkan bahan bakar dengan lebih efisien.
Bateri ini juga lebih tahan lama dan mampu menampung lebih banyak kitaran hidup berbanding dengan bateri konvensional. Walaupun harga lebih tinggi, ketahanan dan kualiti bateri Amaron Hi-Life Duro EFB memberikan nilai yang berbaloi untuk pemilik Myvi Gen 3 yang mementingkan kecekapan bahan bakar dan prestasi kenderaan.

4. Harga Bateri Amaron Myvi Gen 3 Tanpa Eco-idle
Sekiranya Myvi Gen 3 tidak dilengkapi dengan sistem eco-idle, pengguna masih boleh menggunakan bateri dengan kod NS40ZL atau 38B20L yang sama seperti pada Myvi Gen 1 dan Gen 2.
Dalam keadaan ini, harga bateri Amaron NS40ZL atau 38B20L adalah sekitar RM200 hingga RM230.
Walaupun Myvi Gen 3 tanpa eco-idle tidak memerlukan keupayaan tambahan yang ditawarkan oleh bateri Amaron Hi-Life Duro EFB. Bateri jenis ini tetap memberikan prestasi yang memadai untuk menyokong sistem elektrik kereta.
Pemilik Myvi Gen 3 tanpa eco-idle boleh memilih bateri jenis ini kerana harganya yang lebih murah dan mudah didapati di pasaran.
Cara pasang bateri kereta myvi
Bagaimana cara tukar bateri kereta myvi ? Berikut merupakan cara tukar bateri kereta myvi yang mudah anda praktikkan walaupun anda melakukannya di rumah :
- Pastikan enjin kereta telah dimatikan.
- Buka bonet hadapan kereta myvi anda.
- Longgarkan skru yang mengikat wayar negatif terlebih dahulu, kemudian baru wayar positif kepada terminal bateri kereta anda.
- Cabut wayar negatif dan kemudian wayar positif.
- Bawa keluar bateri kereta myvi yang telah habis.
- Masukkan bateri kereta myvi yang telah dibeli mengikut tapak bateri myvi dengan kemas dan betul.
- Pasang wayar positif pada terminal bateri kereta yang baru dibeli tadi, kemudian pasangkan wayar negatif.
- Ikat semula skru kedua wayar pada terminal bateri kereta dengan kemas.
- Start enjin kereta.
- Selesai.
Cara tukar bateri kereta myvi baru juga turut sama dilakukan dengan cara pasang bateri kereta myvi yang lama.
Yang membezakan kedua ini hanyalah saiz bateri kereta myvi sahaja.

Bateri kereta myvi eco idle
Apa itu bateri myvi eco idle ?
Eco idle ini sudah banyak dimasukkan ke dalam kereta-kereta yang berteknologi kini.
Fungsinya memberi fokus kepada kereta yang sering kali menghadapi aliran trafik yang tinggi hampir setiap hari.
Semakin lama anda mengharungi trafik jem, maka anda tidak terlepas dengan penggunaan bahan api yang berlebihan.
Pengenalan kepada bateri kereta eco idle adalah satu langkah bagi memberikan penjimatan minyak kepada setiap kereta yang menggunakannya termasuklah kereta perodua myvi.
Adakah myvi eco idle battery sesuai untuk semua jenis spec perodua myvi ?
Berdasarkan penggunaan tekologi eco idle kepada kereta perodua myvi, ianya tidak melibatkan semua spec.
Anda sendiri boleh rujuk pada butang yang terdapat dalam kereta myvi anda sama ada ianya terdapat butang eco idle atau pun tidak.
Butang tersebut perlu diaktifkan sekiranya anda inginkan penjimatan bahan api semasa melalui kawasan trafik yang lama dan tinggi.
Sekiranya tiada butang tersebut, maka spec kereta perodua myvi anda tidak menyediakan teknologi ini.


Pingback: Rujukan Penting Tentang Bateri untuk Kereta Perodua - Mekanikakereta