Rujukan Penting Tentang Bateri untuk Kereta Perodua
Bateri kereta perodua. Apakah perkara yang penting untuk anda ketahui tentang bateri kereta terutamanya kereta yang anda gunakan itu merupakan jenama terkemuka di negara kita iaitu Perodua.
Semestinya kita perlu amat prihatin tentang penjagaan kereta perodua kita. Lebih-lebih lagi bila bercakap soal bateri kereta. Sudah tentu untuk maintain bateri kereta perodua dengan baik memerlukan ilmu pengetahuan.
Contohnya mengambil tahu tentang warrantly bateri kereta perodua yang anda gunakan.
Di artikel inilah serba sedikit pengetahuan boleh anda dapati tentang bateri kereta bagi kereta perodua yang anda gunakan. Namun, ianya bukan tentang bateri kereta jenama perodua.
Anda boleh ketahui beberapa maklumat seperti perodua car battery price.
Antara bateri kereta perodua di artikel ini akan kita rungkaikan adalah bateri kereta myvi, bateri perodua axia, bateri perodua alza, bateri perodua bezza, bateri perodua aruz, bateri kereta kancil, bateri perodua viva, bateri kereta kenari, bateri kereta kelisa dan juga bateri kereta kembara.
Kita akan membahagikan mengikut bahagian bateri perodua apakah yang anda gunakan supaya mudah untuk anda membuat rujukan tentang bateri kereta perodua anda.

Bateri perodua myvi
Bateri perodua myvi merupakan antara pilihan ramai setiap tahun ianya ditukar. Hal ini kerana, kereta perodua myvi itu sendiri merupakan kereta paling tertinggi sekali pembelinya di negara kita.
Tidak mengira generasi, bateri myvi akan terjual dengan jayanya disebabkan oleh pemilikkan yang sangat ramai.
Bateri kereta myvi lama mahupun bateri kereta myvi baru, ianya tetap mempunyai stok di mana-mana sahaja kedai menjualnya.
Menjadi persoalan sekarang, apakah bateri kereta myvi terbaik perlu digunakan oleh anda ? Mari kita lihat secara keseluruhan tentang myvi bateri seterusnya.
Ikuti artikel penuh dengan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci : Bateri kereta myvi
Bateri perodua axia
Untuk anda yang memiliki sebuah kereta perodua axia, anda perlu tahu bateri perodua axia dikategorikan sebagai antara bateri yang jimat digunakan.
Hal ini kerana, dengan saiznya itu memberikan kecukupan terhadap keperluan penggunaan yang agak lama dari kereta-kereta lain.
Bateri perodua alza
Seterusnya bagi kereta perodua alza yang menjadi pilihan keluarga di negara kita. Untuk bateri alza ini juga amat mudah untuk ianya didapati.
Semestinya untuk kereta baru alza, anda boleh beli bateri perodua alza ini di pusat servis. Atau anda boleh beli sendiri bateri alza ini di mana-mana kedai bateri kereta yang sudah anda biasa.
Bateri perodua bezza
Selain itu, bagi kereta perodua bezza pula, bateri kereta bezza ini juga turut antara bateri yang tahan lasak untuk digunakan.
Mengikut pengalaman rakan, walaupun sudah mencecah 3 tahun penggunaan, bateri perodua bezza ini masih lagi tidak menandakan tanda ianya bakal lemah.
Namun, ianya juga bergantung kepada beberapa faktor penjagaan dan cara guna kereta bezza anda seharian.
Bateri perodua aruz
Tambahan pula, bagi bateri kereta aruz, saiz yang paling sesuai digunakan adalah jenis m42. Hal ini kerana, bateri perodua aruz ini menggunakan sistem eco idle atau start/stop.
Penggunaan bateri biasa bagi menggantikan bateri aruz akan menyebabkan ketahanannya berkurang dari kebiasaan.
Bateri perodua kenari
Jika anda menggunakan kereta perodua kenari, ianya amat beruntung kerana dijaga oleh anda dengan baik walaupun ianya sudah lama berada di negara kita.
Bila bercakap mengenai bateri kereta kenari ini, anda boleh dapatkan saiz 40 sebagai bateri kenari. Atau kod mudahnya iaitu NS40 di kedai bateri kereta atau NS40ZL.
Bateri perodua kembara
Turut juga untuk bateri kereta kembara pula menggunakan saiz bateri 40 atau kod yang bersesuaian yang digunakan adalah NS40ZL.
Ketahanan bateri kereta kembara adalah bergantung kepada kerajinan anda untuk menggunakannya dengan baik. Jika terlalu lasak ianya juga tidak bagus untuk ketahanan bateri kereta kembara ini.
Hal ini kerana, kereta kembara sudah lama dikeluarkan dan penjagaan seperti minyak hitam yang baik akan memberi kesan kepada ketahanan bateri kereta kembara.
Bateri perodua kelisa
Siapa yang tidak kenal kereta perodua kelisa ini. Yang dahulu hingga kita menjadi kereta pilihan kerana ruangnya yang kecil dan mudah untuk di bawa kemana-mana.
Bagi bateri perodua kelisa sehingga kini tidaklah susah untuk ianya dicari. Pergi saja ke kedai bateri kereta dan bertanyakan bateri kelisa pasti sudah diketahui manakah saiz bateri kelisa yang sesuai.
Bateri perodua viva
Perodua viva mempunyai beberapa variant atau spec antaranya adalah viva 660, viva 850, viva 1.0 dan juga viva elite.
Untuk bateri perodua viva ini, kesemua variant sesuai digunakan untuk bateri viva yang sama. Contohnya bateri viva 1.0 boleh digunakan bagi bateri kereta viva elite tanpa sebarang masalah.
Bateri perodua kancil
Perodua kancil dari dahulu hingga sekarang masih digunakan oleh orang ramai. Antara kelebihan yang memberikan kemudahan kepada pemanduan harian dalam masa yang sama mudah untuk selit dalam mencari parking.
Berkenaan bateri kereta kancil ini ada terdapat dua model iaitu bateri kereta kancil 660 dan bateri kereta kancil 850.
Adakah terdapat beza terhadap kedua bateri kancil 660 dan bateri kancil 850 ini ? Mari kita lihat pendekatan tentang bateri kancil yang digunakan oleh anda.
Bateri perodua Ativa
Pemilihan terhadap bateri kereta ativa memerlukan penelitian yang baik. Ianya bersangkut paut dengan saiz bateri kereta ativa dan juga jenis bateri kereta ativa yang sebenar sebelum anda berhasrat ingin tukar bateri kereta ativa yang baru.
Begitu juga dengan harga bateri kereta ativa juga turut menjadikan anda perlu berhati-hati kerana jika sudah membeli bateri kereta baru, kemungkinan besar ianya tidak boleh dikembalikan lagi.
Bateri perodua Nautica
Kereta keluaran perodua nautica merupakan SUV yang pernah dilancarkan oleh jenama tempatan kita ini satu ketika dahulu.
Keluarannya hanya sekitar 1-2 tahun sahaja dan hingga kini sebenarnya jika anda lihat di portal jualan kereta harganya masih tinggi sekiranya anda nak membeli secara secondhand.
Pastikan dulu sebelum anda membeli atau baru beli kereta ini yang bateri kereta perodua nautica adalah berbaloi untuk digunakan dan mudah didapati bila jangka hayatnya tamat.
Bateri perodua Rusa
Perodua rusa hingga kini anda boleh lihat masih ramai lagi yang menggunakannya di atas jalan raya. Kebanyakkan memanfaatkan van ini untuk kegunaan harian bagi menjalankan aktiviti perniagaan.
Gunakan bateri perodua rusa dengan baik dan gantikan sekiranya ianya hampir lemah untuk mengelakkan dari tersadai tepi jalan.
Bateri perodua Traz
Manakala, bagi perodua traz pula merupakan sebuah suv yang meningkat naik sekarang ini. Ianya adalah sebuah kereta SUV yang direka cipta bagi keselesaan pemanduan harian mahupun jarak jauh.
Nak gantikan bateri kereta perodua traz pun tak rumit dan stoknya antara paling mudah nak dapat sama ada di pusat servis perodua mahupun kedai bateri kereta di luar.
Bateri perodua QV-E
Sebuah kereta sepenuhnya pembuatan EV iaitu perodua QV-E merupakan antara pesaing sihat kepada jenama lain EV di negara kita.
Kereta ini juga turut menggunakan bateri 12V sebagai pembekal asas bagi menghidupkan kereta ini serta membekalkan tenaga kepada aksesori yang diperlukan.
Jangan ingat bateri kereta perodua qv-e tiada menggunakan bateri kereta biasa walaupun ianya sebuah kereta EV sepenuhnya ya.

Pingback: Bateri kereta kelisa yang perlu pemilik tahu - Mekanikakereta
Pingback: Benda Wajib Kena Tahu Bateri Kereta Viva - Mekanikakereta
Pingback: Maklumat tambahan tentang bateri kereta axia - Mekanikakereta
Pingback: 5 Ciri-ciri tentang Bateri kereta Alza - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta bezza dan info penting - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Aruz dan ciri-ciri penting - Mekanikakereta
Pingback: Apa yang perlu anda fokus tentang Bateri kereta Ativa - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Kancil dan info lengkap - Mekanikakereta
Pingback: Bateri Kereta untuk Model Kereta Anda : Pilihan Paling Sesuai - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Myvi : Info Sangat Penting Kepada Owner - Mekanikakereta