Bateri kereta ns40zl dan ciri-cirinya
Bateri kereta ns40zl. Apakah yang perlu anda ketahui mengenai bateri kereta yang mempunyai kod ns40zl ?
Kod bateri kereta sebenarnya memeningkan anda sebagai pemilik kereta. Lebih-lebih lagi pada kod ada tertera angka dan nombor yang agak pelik.
Pelik itu sebenarnya sebab kita rasa benda itu tidak begitu penting. Apa yang penting kita nak terus tukar kepada bateri kereta baru.
Ianya tidak menjadi kesalahan pun. Namun, anda boleh mengenali bateri kereta manakah yang sesuai atau tidak sesuai digunakan oleh kereta anda.
Apakah itu bateri kereta ns40zl ?
Bateri ns40zl merupakan merujuk dari kod bateri kereta yang telah didaftarkan dan dikeluarkan oleh sesebuah pengilang bateri kereta.
Kod ini merupakan standard yang dikeluarkan oleh JIS atau dikenali sebagai Japanese Industrial Standard.
Pelbagai syarikat jenama bateri kereta terutamanya dari asia merujuk kod ini bagi memudahkan pihak kedai bateri kereta serta para pemilik kereta untuk membelinya.
Maksud nombor 40 pada kod ns40zl
Nombor 40 yang tertera merupakan jumlah arus elektrik sebanyak 40 Amp Hours. Nak mudah faham lebih tinggi nilainya, maka lebih tinggi arus yang boleh digunakan.
Ianya bergantung juga pada kereta yang anda gunakan. Jika kereta anda sesuai dengan 60 Amp Hours , maka 40 Amp Hours adalah tidak sesuai.
Maksud angka hujung “L” pada kod ns40zl
Angka “L” tersebut merupakan rujukan sesuai dilihat pada bateri kereta anda. Dari pandangan dalam kereta, kedudukan bateri kereta anda terletak disebelah kiri.
Manakala, jika anda membuka bonet kereta, kedudukan bateri kereta anda terletak di bahagian sebelah kanan.
Kereta apa yang sesuai menggunakan bateri kereta ns40zl ?
Bateri kereta ns40zl digunakan oleh berbagai kereta lebih-lebih lagi untuk kereta tempatan di negara kita.
Contoh kereta yang boleh menggunakan bateri kereta ns40zl adalah seperti berikut :
1. Jenama perodua untuk bateri ns40zl
- Perodua kancil,
- Perodua kelisa,
- Perodua kenari,
- Perodua alza
- Perodua axia (tanpa eco idle)
- Perodua myvi (tanpa eco idle)
- Perodua bezza (tanpa eco idle)
- Perodua kembara
- Perodua rusa
2. Jenama proton untuk bateri ns40zl
- Proton ertiga
3. Jenama honda untuk bateri ns40zl
- Honda brv
- Honda jazz
- Honda city
- Honda crz
- Honda civic 1.5
- Honda insight
4. Jenama toyota untuk bateri ns40zl
- Toyota altis
- Toyota rush
- Toyota sienta
- Toyota prius c
5. Jenama hyundai untuk bateri ns40zl
- Hyundai i10
- Hyundai atos
Apakah jenama bateri kereta ns40zl yang terdapat di pasaran sekarang ?
Jenama bateri kereta amatlah banyak untuk bateri kereta ns40zl ini. Sudah pasti korang nak check adakah sama ada jenama bateri kereta kegemaran korang mempunyai kod bateri ns40zl ini atau pun tidak.
Antara jenama bateri kereta ns40zl yang berada di pasaran adalah :
- Bateri kereta amaron ns40zl
- Bateri kereta century ns40zl
- Bateri kereta niko ns40zl
- Bateri kereta excel ns40zl
- Bateri kereta camel ns40zl
- Bateri kereta tuflong ns40zl
- Bateri kereta yokohama ns40zl
- Bateri kereta varta ns40zl
- Bateri kereta bosch ns40zl
Harga bateri kereta ns40zl
Harga bateri ns40zl bagi setiap jenama tidak sama. Contohnya, harga bateri amaron ns40zl mempunyai harganya tersendiri. Ianya agak mahal sikit disebabkan oleh kelebihannya.
Begitu juga dengan harga bateri century ns40zl pula dipercayai sejak dari dahulu lagi kerana ketahanannya untuk tempoh yang baik tanpa sebarang masalah.
Pingback: Harga bateri amaron ns40zl - Mekanikakereta
Pingback: Harga bateri century ns40zl - Mekanikakereta