Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Harga bateri amaron ns40zl

Harga bateri amaron ns40zl. Berapakah harga bateri kereta amaron yang boleh anda bayar untuk memiliki bateri kereta yang baru bagi menggantikan bateri yang lama ?

Proses pembelian bateri kereta seharusnya ketika anda sedang hadapi situasi seperti bateri kereta telah lemah dan juga bateri kereta telah pun kong atau habis.

Masih juga terdapat jenis pemilik kereta yang sudah sampai masa yang dirasakan sesebuah bateri kereta, mereka akan terus gantikan bateri kereta yang baru.

Namun, ramai dikalangan dari kita termasuk aku juga yang sudah pasti akan menggunakan sesebuah bateri kereta sehinggalah ianya lemah atau habis digunakan. Bukan apa, untuk memiliki sebuah bateri kereta memerlukan anda untuk mengeluarkan kos.

Oleh itu, kenal pasti bateri kereta amaron ns40zl manakah yang hendak anda jadikan pilihan bagi menggantikan bateri kereta lama anda.

Pilihan bateri kereta amaron ns40zl

Terdapat 2 kategori bateri kereta amaron bagi kod ns40zl yang boleh anda manfaatkan untuk kereta anda. Antara kategori bateri kereta amaron ns40zl tersebut adalah seperti berikut :

  1. Amaron GO NS40ZL
  2. Amaron Hi-Life NS40ZL
  3. Amaron PRO NS40ZL

Kebanyakkan anda disini sudah tahu kod bateri ini digunakan untuk kereta manakah yang sesuai berdasarkan bateri kereta ns40zl. Jadi, berdasarkan 3 tawaran daripada jenama bateri amaron, anda perlu pilih yang terbaik yang perlu anda gunakan.

1. Bateri kereta Amaron Go NS40ZL

Antara ciri-ciri bateri amaron go ns40zl (38B20L) adalah lebih murah dari segi harganya. Namun, ianya membekalkan jumlah kuasa dalam bacaan aH yang lebih rendah.

Apabila bekalan kuasa lebih rendah, maka ketahanan bateri ini juga adalah mengikut standard dan boleh bertahan sehingga 2 hingga 2 tahun setengah sahaja. Namun, bergantung kepada cara penggunaan seseorang pemilik kereta juga.

Ada yang berpengalaman menggunakan bateri amaron go ns40zl sehingga 3 tahun dan kemudian barulah ianya kong.

2. Bateri kereta Amaron Hi-Life NS40ZL

Manakala, untuk bateri kereta amaron Hi-Life ns40zl (42B20L / 46B19L) merupakan pilihan bagi anda yang inginkan ketahanan yang lebih lama untuk sesebuah bateri kereta.

Harga bateri amaron Hi-life ns40zl ini lebih mahal dibandingkan amaron go ns40zl. Anda akan berasa lebih berpuas hati dengan pilihan ini sekiranya tiada sebarang ubah suai ditambah pada peralatan elektronik kereta anda.

3. Bateri kereta Amaron PRO NS40ZL

Seterusnya, bateri kereta amaron pro ns40zl (50B19L) ini sangatlah susah dijumpai di pasaran. Pilihan untuk menggunakan bateri kereta amaron pro ns40zl ini adalah perlu difikir banyak kali bagi anda yang menggunakan biasa.

Bukan untuk merendah-rendahkan anda sebagai pemilik, ini adalah kerana ianya adalah sesuai untuk kereta keluaran hybrid dan performance sebagai keutamaan. Contoh kereta hybrid adalah seperti HRV hybrid dan kereta performance adalah seperti Honda FD2-R (type-R).

Sudah pasti harga bateri amaron pro ns40zl ini adalah sangat tinggi disamping ianya membekalkan kuasa elektrik yang lebih tinggi. Jika anda sanggup dengan harga ini, anda juga boleh gunakan pada kereta biasa seperti Myvi, Axia, Bezza, Alza, Honda City, Jazz, Brv dan juga Xpander.

harga bateri amaron ns40zl

Berapakah harga bateri kereta amaron ns40zl ?

Berikut merupakan jadual yang memudahkan untuk anda jadikan rujukan dengan membezakan kedua kategori bateri kereta amaron ns40zl :

Bateri kereta AmaronHarga bateri Amaron NS40ZL
Amaron GO NS40ZLRM190-RM220
Amaron Hi-Life NS40ZLRM290-RM320
Amaron Pro NS40ZLRM340-RM360

Apa yang pasti adalah berdasarkan harga bateri amaron ns40zl di atas adalah terletak di tangan anda. Segala jaminan ketahanan adalah terletak kepada banyak faktor. Yang penting anda dapat mengimbangi dari segi keperluan dan juga harga bateri amaron ns40zl yang tepat bersesuaian dengan kereta yang anda gunakan.

Baca juga : Harga bateri amaron axia

3 thoughts on “Harga bateri amaron ns40zl

Comments are closed.