Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Harga bateri century ns40zl

Harga bateri century ns40zl. Berapakah nilai bagi sesebuah bateri kereta ns40zl untuk antara jenama bateri yang terkenal di negara kita iaitu bateri kereta century ?

Setiap orang pasti akan mengalami bateri kereta kong atau habis. Lain orang lain pula pengalaman masing-masing. Seperti aku juga pernah lalui masalah bateri kereta habis secara tiba-tiba.

Di artikel ini aku nk kongsikan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang aku sendiri hadapi ketika menghadapi situasi kereta kehabisan bateri. Dan bagaimana nak kenal bateri kereta yang sesuai digunakan oleh kereta anda.

Bateri kereta yang kereta aku gunakan adalah bateri kereta ns40zl. Pada awalnya aku juga memang tidak tahu apa-apa. Namun, bila dah berlaku perkara ini, maka aku dah kenal bateri kereta untuk kereta myvi aku sesuai dengan bateri apa.

Bagaimana nak tahu bateri kereta apakah yang sesuai untuk kereta anda ?

Ada beberapa rujukan yang boleh anda buat sebelum nak kenal pasti bateri kereta apakah yang kereta anda gunakan sekarang ini. Ikuti perkara seperti di bawah :

1. Lihat pada bateri kereta yang sedang digunakan

Paling mudah adalah menggunakan cara ini. Anda buka sendiri bonet kereta dan lihat pada bateri kereta yang sedang digunakan. Walaupun ianya dah kehabisan, namun masih boleh anda jadikan rujukan.

Pada setiap bateri kereta akan tertera ditulis kod bateri kereta untuk kemudahan anda bagi menggantikan yang baru. Melalui kod itulah anda akan peroleh rujukan yang memudahkan anda mencari bateri kereta yang sama.

2. Rujuk pada saiz bateri kereta berdasarkan kereta yang anda gunakan

Cara seterusnya sesuai bagi anda yang kurang pasti bateri kereta apakah yang sesuai untuk kereta anda, namun anda tidak mahu lihat pada bateri kereta lama. Iaitu anda membuat sedikit rujukan tentang saiz bateri kereta berdasarkan kereta apa yang anda gunakan atau kereta yang anda cari.

Apa seterusnya nak buat jika sudah tahu saiz bateri kereta ?

Saiz bateri kereta yang anda cari tadi perlu anda cari dan tidak boleh diubah lebih-lebih lagi pada dimensi bateri (tinggi x lebar x panjang). Pemilihan jenama bateri kereta juga sebenarnya adalah terserah kepada anda sama ada nak gunakan jenama yang sama atau nak tukar kepada jenama lain seperti bateri kereta century.

Apabila sudah lengkap pilihan anda seperti bateri kereta century ns40zl, maka mudah la untuk anda membuat survey tentang harga bateri kereta century ns40zl yang sesuai untuk anda gunakan.

harga bateri century ns40zl

Berapakah harga bateri kereta century ns40zl ?

Adakah terdapat banyak pilihan harga bateri kereta century untuk saiz ns40zl ? Bagi jenama bateri kereta century, anda akan dapati akan banyak pilihan bateri kereta ns40zl. Berikut merupakan pilihan bagi bateri century ns40zl :

  1. Bateri Century Hybrid ns40zl
  2. Bateri Century Marathoner Max ns40zl
  3. Bateri Century Excel ns40zl
  4. Bateri Century SDFC ns40zl

Jadi, setiap daripada pilihan dalam jenama bateri century ini mempunyai harga bateri century ns40zl yang berbeza mengikut kelebihan masing-masing. Berikut merupakan harga bateri kereta century ns40zl :

Pilihan bateri kereta CenturyHarga bateri Century ns40zl
Century HybridRM150-RM170
Marathoner MaxRM190-RM220
ExcelRM260-RM280
Specially Designed For Continental (SDFC)RM200-RM220

2 thoughts on “Harga bateri century ns40zl

Comments are closed.