Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Proton Satria : Model biasa, Gti dan Neo

Bateri kereta Proton Satria. Proton Satria adalah sebuah hatchback sport yang popular di kalangan pemandu muda pada satu ketika dahulu dan ianya hingga masih relaven pada waktu ini.

Sebuah kereta hatchback terkenal tempatan iaitu proton satria dilancarkan pada tahun 1994. Kemudian proton satria gti bermula dari tahun 1998 dan disusuli dengan proton satria neo pada tahun 2006.

Kereta ini menawarkan pemanduan yang dinamik dan penampilan yang menarik, tetapi memerlukan bateri yang cukup untuk menyokong sistem elektrik dan enjin yang berprestasi.

Bateri yang betul penting untuk memastikan kelancaran operasi sistem elektrik kereta ini agar berfungsi dengan optimum.

Jadi, di artikel ini, anda boleh memperoleh maklumat yang dikehendaki antaranya seperti saiz, jenis, harga dan lain-lain lagi berkaitan dengan bateri kereta satria.

Ikuti juga panduan lengkap bateri kereta proton yang membolehkan anda merujuk secara ringkas dan cepat sekiranya nak lakukan perbandingan dengan model lain.

Saiz bateri kereta Proton Satria

Saiz bateri kereta Proton Satria (Model awal)

Ada empat keluaran enjin bagi kereta proton satria (generasi pertama) ini iaitu terdiri daripada 1.3,1.5,1.6 dan juga 1.8 .

Saiz yang digunakan bagi semua spec enjin yang berbeza bagi proton satria model terawal ini adalah sama iaitu NS60R.

Saiz bateri kereta Proton Satria Gti

Manakala, bagi kereta proton satria gti pula hanya terdapat satu cc enjin yang dilancarkan iaitu 1.8 . Model ini merupakan enjin yang agak berkuasa sebenarnya.

Jadi, saiz bateri masih NS60R/B24R, tetapi penggunaan Ah(Ampere hour) yang lebih tinggi sangatlah menjadi keutamaan seperti 55B24R dan ke atas jika ada.

Saiz bateri kereta Proton Satria Neo

Untuk Proton Satria Neo pula, saiz bateri kereta yang disarankan adalah NS60R. Bateri ini mempunyai kapasiti sekitar 50Ah dan cukup untuk memenuhi keperluan sistem elektrik Satria Neo yang tidak terlalu rumit.

Dengan saiz ini, bateri dapat menghidupkan enjin dengan mudah dan memberi kuasa kepada sistem elektronik seperti lampu dan radio.

Ada model dengan enjin 1.3 dan juga 1.6 proton satria neo ini. Jika anda gunakan 1.3 dan 1.6 campro sahaja, maka guna kod 46B24R (NS60) pun dah mencukupi.

Manakala. bagi yang gunakan proton satria neo campro cps sama ada biasa atau Neo R3/Lotus Racing, maka gunakan bateri dengan jumlah Ah dengan permulaan 55B24R. Jika ada lebih tinggi seperti 60B24R pun juga sangat digalakkan.

saiz bateri kereta satria neo

Jenis Bateri Kereta Proton Satria, Gti dan Neo

Hanya dua jenis bateri kereta yang boleh digunakan oleh kereta proton satria sama ada generasi awal, gti mahupun neo dalam pasaran bateri di negara kita iaitu :

  1. Bateri kering (Dry/MF)
  2. Bateri basah (Wet/Conventional)

Kedua-kedua jenis bateri ini boleh digunakan dan sangat sesuai untuk kereta satria anda. Dalam masa yang sama, pilihan ini mempunyai ciri-ciri yang pemandu atau pemilik perlukan, bukan sekadar kereta satria ini gunakan.

Oleh itu, pastikan anda tahu lebih mendalam tentang kedua-dua jenis bateri kering dan bateri basah untuk proton satria untuk mendapatkan manfaat yang tepat dan tidak merugikan lebih-lebih lagi dari segi kewangan.

Harga bateri kereta Proton Satria, Gti dan Neo

Dalam memilih bateri kereta yang paling baik digunakan oleh proton satria anda, harga yang murah bukanlah segalanya.

Harga bateri kereta perlu diletakkan di tempat ke tiga setelah saiz dan juga jenis bateri yang betul.

Memang betul ramai memilih harga bateri satria paling murah, tapi bukan anda sebagai pemilik sebuah kereta hatchback tempatan yang digeruni dari dulu.

Nak jaga kereta mestilah gunakan bateri kereta yang baik dan harga bateri yang terlalu murah adalah tidak sangat digalakkan.

Begitu juga dengan jenama bateri kereta, pastikan jenama terbaik diyakini digunakan pada kereta kesayangan 2 pintu anda ini.

Cuba anda buat perbezaan harga, jenis dan saiz bateri kereta di sini terhadap model yang lebih kurang sama dengan kereta anda.

Berikut merupakan senarai harga bateri kereta proton satria yang boleh dijadikan rujukan :

Jenama bateri keretaSaiz bateri keretaJenis bateri keretaHarga bateri kereta Proton Satria, Gti dan Neo
Century Marathoner MaxNS60R (55B24R)Kering (Dry/Mf)RM220
Amaron GoNS60R (46B24R)Kering (Dry/Mf)RM290
AstraNS60R (55B24R)Kering (Dry/Mf)RM250
Century HybridNS60RBasah (Wet/Conventional)RM185
Yokohama AdvanceNS60R (55B24R)Kering (Dry/Mf)RM240
Motolite Heavy DutyNS60RBasah (Wet/Conventional)RM170
Varta Blue DynamicDIN55RKering (Dry/Mf)RM350
Camel PlusNS60R (60B24R)Kering (Dry/Mf)RM200

P/s : Pastikan anda masalah anda dapat diselesaikan dan jika tidak jumpa di sini, maka buat rujukan di post umum kami bateri kereta .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *