Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Proton X70 : Model CBU & CKD MC1 MC2 MC3

Bateri kereta Proton X70. Setiap pemilihan bateri kereta khas untuk kereta proton x70 merupakan faktor penting yang bakal mempengaruhi urusan harian anda.

Siapa saja yang tidak mengenali kereta proton x70 yang merupakan sebuah suv yang terkenal hingga kini menjadi pilihan keluarga dengan imej yang futuristik.

Proton X70 pertama kali diperkenalkan pada tahun 2018 sebagai model SUV pertama yang dihasilkan dengan kerjasama antara Proton dan Geely, sebuah syarikat automotif dari China.

Kereta ini mendapat sambutan yang sangat baik kerana ia menggabungkan reka bentuk moden, teknologi canggih, serta ciri keselamatan yang tinggi.

Proton X70 juga menjadi penanda aras bagi Proton dalam merintis pengeluaran kereta CBU (Completely Built-Up) dan CKD (Completely Knocked-Down).

Dengan enjin 1.8L turbocharged pada model CKD, X70 menawarkan prestasi yang sangat baik serta kelengkapan yang sesuai dengan keperluan pasaran Malaysia.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem hiburan dan keselamatan yang canggih, menjadikannya pilihan utama dalam segmen SUV.

Model CBU (dari luar negara atau import) pula menggunakan enjin 1.5L turbocharged, memberikan prestasi yang mantap serta ekonomi bahan api yang lebih baik.

Saiz dan Jenis bateri kereta Proton X70

Setiap pemilik kereta x70 tidak perlu lagi risau akan penggunaan saiz bateri kereta yang tepat. Jika pilihan dah tepat, sudah pasti hati pun menjadi tenang dan boleh agak bila berlaku sebarang isu mengenai bateri kereta proton x70.

Isu yang dimaksudkan hanyalah sekadar ianya akan tiba masa untuk habis atau kong. Bukanlah bateri x70 yang menimbulkan isu sebenarnya.

Yang penting sekali, anda dapat gunakan setiap biji bateri proton x70 dengan penuh manfaat tanpa rasa kecewa dengan wang ringgit yang dikeluarkan.

Proton X70 menawarkan saiz bateri yang berbeza bergantung kepada jenis model dan pengeluarannya. Untuk model Proton X70 1.8 CKD (tempatan atau local), saiz bateri yang digunakan adalah 75D26L sebagai pilihan asas. Ini termasukalah proton x70 MC2 dan MC3 yang terkini.

Bateri ini cukup untuk menyokong operasi enjin dan sistem elektrik pada tahap penggunaan biasa. Namun, bagi anda yang mencari prestasi yang lebih tinggi, terdapat pilihan bateri yang lebih kuat. Iaitu 130D26L/S-95 (EFB), yang merupakan bateri Enhanced Flooded Battery.

Jenis bateri EFB ini memberi kestabilan yang lebih baik dalam keadaan penggunaan yang lebih berat dan dalam cuaca ekstrem. Dengan ketahanan yang lebih tinggi terhadap suhu panas serta penggunaan banyak peralatan elektrik secara serentak.

Untuk model Proton X70 CBU (dari luar negara atau import), yang menggunakan enjin 1.5L turbocharged, saiz bateri yang digunakan bermula dengan DIN65L, yang sesuai dengan prestasi enjin dan sistem elektronik kereta.

Namun, bagi anda pemilik proton x70 yang memerlukan lebih banyak tenaga serta ketahanan, terdapat pilihan bateri lebih besar seperti DIN70/LN3 EFB dan DIN70/LN3 AGM.

Bateri AGM (Absorbent Glass Mat) memberikan ketahanan lebih baik dan kestabilan yang lebih tinggi berbanding bateri EFB. Terutama apabila digunakan dalam keadaan ekstrem dan pada beban yang lebih berat.

Bateri AGM ini juga menawarkan ketahanan lebih tinggi terhadap kerosakan akibat getaran serta jangka hayat yang lebih panjang, menjadikannya pilihan premium bagi Proton X70 fokusnya khas mepada MC1 CBU.

Secara keseluruhan, pilihan saiz bateri yang berbeza ini memberi fleksibiliti kepada pengguna Proton X70. Ianya untuk memilih berdasarkan keperluan anda, sama ada untuk kegunaan harian atau prestasi tinggi dalam situasi tertentu.

saiz bateri kereta x70

Model CKD dan CBU menawarkan kelebihan tersendiri dari segi ketahanan bateri, memberi pengguna lebih banyak pilihan bergantung kepada keperluan dan gaya pemanduan anda.

Dengan sokongan bateri yang lebih kuat, X70 dapat beroperasi dengan lebih efisien dan memberikan pengalaman pemanduan yang lebih stabil.

Harga bateri kereta Proton X70

Kita fokus kepada model CBU MC1 terlebih dahulu. Berikut merupakan pilihan bateri yang ada sesuai untuk anda gunakan :

JenamaKod BateriHarga Bateri Proton X70
Amaron GoDIN66L/LN3RM397
Amaron ProDIN60LRM413
MotoliteDIN66L/LN3RM255

Manakala, model CKD MC1, MC2 dan MC3 pula boleh anda dapati harganya seperti berikut :

JenamaKod BateriHarga Bateri Proton X70
Camel125D26LRM345
Oto Power80D26LRM239
Amaron Hi-life65D26LRM352
Varta Silver Dynamic (EFB)130D26LRM471

Artikel terkait : Harga, jenis dan saiz bateri kereta

Boleh ke kereta Proton X70 guna bateri jenis EFB/AGM walaupun ianya tidak dilengkapi sistem Eco-Idle?

Sistem eco-idle tidak sama dengan eco mode pada kereta proton x70 anda. Eco-idle adalah satu teknologi untuk tampung menghidupkan enjin kereta pada kadar yang banyak melebihi bateri biasa.

Menjawab kepada persoalan, adakah kereta proton x70 yang tidak mempunyai sistem eco-idle boleh guna bateri jenis EFB/AGM ni?

Jawapannya adalah boleh. Ianya merupakan salah satu alternatif jika anda dah penat dengan menggunakan bateri biasa tetap masih tetap cepat habis. Baru pakai setahun dah habis.

Jadi, salah satu pilihan adalah anda gunakan bateri jenis EFB. Nak lebih power, guna jenis AGM pada kereta proton x70 anda.

Namun, bateri EFB sudah memadai kerana ianya lebih tahan panas dibandingkan bateri AGM lebih power tetap sedikit sensitif terhadap haba tinggi.

Power bukan bermaksud lebih laju, tetapi ketahanan kitaran (cycle-life) yang lebih tinggi yang terdapat pada kereta proton x70 yang canggih. Ianya adalah lebih kepada kemampuan untuk support segala peralatan elektrik dan elektronik yang telah ada pada kereta proton x70 anda.

Namun, harganya sedikit tinggi dibandingkan bateri biasa. Galakkan ini adalah sebuah kelebihan yang akan menyebabkan anda lebih yakin untuk bergerak ke sana sini dengan lebih lama dan kerap.

Tak salah anda nak laburkan lebih wang jika kereta proton x70 yang anda gunakan adalah untuk kegunaan harian dan lebih-lebih lagi anda hanya mempunyai sebuah kereta sahaja.

P/s : Untuk mendapatkan maklumat terhadap segala permasalahan yang anda hadapi, boleh anda rujuk di bateri kereta untuk jalan penyelesaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *