Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta tak masuk cas

Bateri kereta tak masuk cas. Apakah punca dan kesannya cas bateri kereta yang tak masuk cas kepada anda sebagai pemilik sesebuah kereta lebih-lebih lagi anda yang baru memiliki kereta tersebut ?

Penggunaan bateri kereta adalah salah satu barangan yang perlu ditukar sekiranya ianya sudah kehabisan atau sudah tidak berfungsi.

Ianya termasuk dalam kategori pakai buang bagi barangan dalaman sesebuah kereta.

Nak atau pun tidak, ianya pasti akan tiba masanya luput. Namun, untuk bateri kereta ianya masih boleh diselamatkan lagi dengan cara mengecas tenaganya kembali.

Walaupun, tidak dapat cas elektrik sama kuat seperti bateri kereta baru, ianya masih boleh bertahan untuk beberapa bulan bergantung kepada beberapa faktor.

Hal ini demikian, kekuatan bateri kereta dalam menyimpan cas elektrik akan bergantung kepada banyak faktor yang antaranya diluar kawalan kita sendiri sebagai pengguna kereta tersebut.

Namun, ada juga kes bateri kereta tak masuk cas. Mengapakah bateri kereta tak masuk cas sedangkan untuk bateri kereta lain boleh saja digunakan kembali dengan mengecas ia semula ?

bateri kereta tak masuk cas
Bateri kereta tak masuk cas

Apakah faktor yang menyebabkan bateri kereta tak masuk cas ?

1. Bateri kereta telah pun lama digunakan

Bagi setiap bateri kereta, ada limit maksimum yang ditetapkan penggunaannya. Sekiranya melebihi dari tempoh waktu yang ditetapkan, ianya adalah bonus kepada anda sendiri.

Gunakan sebaiknya selagi mana bateri kereta tersebut masih berfungsi dengan baik sebelum ia menimbulkan tanda bateri kereta kong.

Apabila bateri kereta tersebut contohnya dah kong selama 4 tahun penggunaan, maka bateri kereta tak masuk cas itu adalah mengikut logik sebenarnya.

Malah, sekiranya anda baru gunakan 1 tahun, bateri kereta tak masuk cas adalah amat jarang sekali berlaku melainkan seperti perkara di bawah.

2. Tidak menjaga bateri kereta dengan baik terutamanya bateri kereta basah

Bagaimana cara nak jaga bateri kereta dengan baik? Sebenarnya tidak perlu setiap bulan untuk anda buka bonet hadapan dan check pada bateri kereta tersebut.

Cukup sekadar sudah setahun penggunaan bateri kereta tersebut, anda membersihkan kawasan terminal bateri kereta yang menghubungkan wayar positif dan negatif itu.

Proses ini turut memastikan ikatan skru wayar positif dan negatif pada terminal bateri kereta anda itu kemas dan tidak longgar. Begitu juga kepada anda yang menggunakan bateri kereta basah.

Penjagaan air bateri boleh memberi kesan kepada bateri kereta tak boleh cas ini berlaku. Air bateri kereta sangat memainkan peranan. Isikan air bateri kereta terlebih dahulu, kemudian cuba kembali cas bateri kereta tersebut untuk melihat hasilnya.

3. Kedai bateri kereta tidak mahu layan, cuba kedai bateri kereta yang berbeza

Ada benar situasi ini pernah juga berlaku kepada rakan aku. Bawa bateri kereta di kedai bateri kereta untuk minta ianya di cas.

Namun, tidak dilayan dan dikatakan bateri kereta sudah kong dan tidak boleh buat apa-apa kecuali beli baru.

Padahal, bukan sebab bateri kereta tak boleh cas. Malah, bateri kereta baru digunakan di bawah 2 tahun. Jika berlaku kes begini, anda diminta bawa bateri kereta tersebut ke kedai bateri kereta lain untuk diminta cas untuk seharian.

Bila sudah di cas, kereta pun boleh start dan masih boleh diguna pakai selama 2 bulan. Walaupun tidak lama, ia sedikit sebanyak membantu dikala kita hendak jimat pada bulan tersebut.

Apakah kesan terhadap bateri kereta tak masuk cas kepada pemilik kereta ?

Sudah tentu satu kerugian kerana tidak dapat memanfaatkan kelebihan dari segi penjimatan kerana bateri kereta masih lagi boleh digunakan selepas ianya di cas.

Namun, perlu diingatkan, bateri kereta tak masuk cas adalah bergantung kepada waktunya ia telah digunakan. Perhatikan jadual di bawah bagi kemudahan anda untuk memahami :

Tempoh penggunaan bateri keretaBateri kereta tak masuk cas
2 tahun ke bawahRugi
2 tahun hingga 3 tahunNormal
4 tahun dan ke atasMasih berbaloi
Bateri kereta tak masuk cas

Adakah bateri kereta tak masuk cas masih boleh lagi digunakan lagi ?

Sudah tentu ianya tidak boleh diselamatkan lagi. Walaupun anda menggunakan jumper bateri kereta buat seketika, jika ingin menggunakan kereta tersebut secara kecemasan, pasti akan mendatangkan masalah lain kelak.

Kejadian ini yang perlu kita elakkan. Ambil langkah awal supaya anda menjadi pengguna yang bijak.

Biar rugi beli bateri kereta yang baru sekarang, namun tidak rugi akan masalah lain mendatang tanpa kita tahu bila ianya akan berlaku.

Apakah langkah sebaiknya bagi mengatasi bateri kereta tak masuk cas pada masa akan datang ?

Berdasarkan jadual di atas, jika bateri kereta tak masuk cas terjadi kepada anda yang menggunakan bateri kereta di bawah 2 tahun, disarankan untuk tukar kepada bateri kereta yang baru.

Tidak semua bateri kereta yang kita beli akan bertahan mengikut tempoh masa yang sama. Ada juga nasib kurang baik.

Maka, jawapannya adalah tukar kepada bateri kereta baru adalah lebih baik supaya tidak berlaku sebarang kejadian kereta breakdown disebabkan bateri kereta anda sudah kehabisan.

One thought on “Bateri kereta tak masuk cas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *