Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Lampu bateri kereta wira menyala

Lampu bateri kereta wira menyala. Apakah petanda sekiranya anda mengalami lampu bateri kereta wira menyala pada paparan meter kereta yang dimiliki oleh anda ?

Lampu sensor pada paparan meter kereta berfungsi sebagai memberitahu anda supaya anda bertindak untuk check pada bahagian dalam bonet hadapan kereta anda dengan kadar yang segera.

Kemudahan ini sudah wujud pada kereta jenis proton wira yang sedang anda gunakan sekarang. Walaupun tahun keluarannya sudah melebihi 2 dekat, ternyata lampu bateri menyala memberi jawapan secara terus apakah masalah yang sedang kereta wira anda hadapi.

Tidak hairanlah anda sebagai pemilik mampu membaiki dari awal berkenaan masalah yang dipaparkan pada meter kereta dengan baik. Segala kos kerosakan berkait dengan masalah anda pasti dapat dikawal.

Justeru, dari aspek keselamatan juga terjaga tanpa perlu anda risau untuk bergerak dari 1 destinasi ke destinasi lain.

Apakah tanda disebalik lampu bateri kereta wira menyala ?

Mari kita fokuskan kepada nyalaan lampu bateri kereta wira menyala. Apakah makna disebalik tanda lampu bateri kereta wira menyala ini ? Perkara ini membawa maksud anda perlu perhatikan pada bateri kereta anda.

Anda boleh pastikan nyalaan lampu bateri kereta wira menyala ini pada keesokkan harinya sewaktu pagi anda mula hidupkan enjin kereta. Kalau anda start enjin kereta pada waktu tengahari untuk permulaan hari tersebut pun dibolehkan.

lampu bateri kereta wira menyala
Lampu bateri kereta wira menyala

Faktor yang menyebabkan lampu bateri kereta wira menyala

Kebanyakkan kes nyalaan lampu bateri kereta wira menyala disebabkan bateri kereta ini sudah pun hampir kehabisan. Tiba masanya untuk anda ke kedai bateri kereta untuk tukar bateri kereta yang baru.

Selain itu, lampu bateri kereta wira menyala juga boleh disebabkan faktor daripada alternator. Kebiasaan kereta lama yang melebihi 10 tahun atas akan mempunyai masalah alternator ini.

Dalam satu nyalaan lampu pada meter kereta juga ada kemungkinan membawa kepada kedua faktor di atas iaitu bateri kereta serta alternator dalam masa yang sama.

Faktor lain : Lampu bateri kereta menyala bila langgar air

Bagaimana nak baiki lampu bateri kereta wira menyala ?

Cara nak baiki lampu bateri kereta wira menyala mudah sahaja. Anda pertama kalinya perlu mencari punca seperti di atas kemudian barulah mudah nak tukar sama ada bateri kereta ataupun alternator yang terlibat.

Nak tukar bateri kereta baru sendiri pun boleh. Yang penting anda tahu cara tukar bateri kereta yang betul. Pelajari terlebih dahulu cara tukar bateri kereta supaya anda tidak melakukan kesilapan.

Untuk alternator disarankan anda rujuk ke bengkel kedai kereta untuk menukarnya kepada yang baru. Namun, terlebih dahulu pastikan ianya betul-betul masalah alternator kong, bukannya bateri kereta yang telah kong.

Jika kedua ini atau salah satunya sudah ditukar dan didapati lampu bateri kereta wira menyala lagi, tunggu sehingga 2 hingga 3 hari pasti ianya akan terpadam dengan sendiri.

Kesan jika dibiarkan lampu bateri kereta wira menyala

Ada akibat jika anda tidak segera check masalah apakah disebalik lampu bateri kereta wira menyala ini. Malah lebih teruk anda membiarkan sehingga boleh melibatkan nyalaan lampu lain pada meter kereta tersebut.

Sudah pasti bila tiba masanya, kereta anda akan mengalami kerosakan tidak kira semasa di rumah, di luar mahupun anda sedang menghadapi trafik yang tinggi. Pasti akan menyusahkan diri anda sendiri kerana tidak menghiraukan lampu bateri kereta wira menyala tersebut.

Bagaimana nak elak lampu bateri kereta wira menyala ini berlaku lagi ?

Sebenarnya nyalaam lampu bateri kereta wira menyala ini perlu dipandang sebagai alternatif atau bantuan memberitahu dari awal sebelum ianya kehabisan. Usah risau paparan anda menyala lampu walaupun selain dari lampu bateri kereta.

Bayangkan sekiranya tiada sebarang sensor yang keluar dari paparan meter kereta anda, dan secara tiba-tiba kereta anda mengalami kerosakan. Pasti anda akan lebih gusar kerana tidak tahu kerosakan apakah yang sedang anda alami.

One thought on “Lampu bateri kereta wira menyala

Comments are closed.