Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Pasang bateri kereta positif atau negatif dulu ?

Pasang bateri kereta positif atau negatif dulu? Apakah proses yang betul bagi anda untuk cara pasang bateri kereta positif negatif terutamanya jika anda sendiri yang nak lakukannya sendiri tanpa sebarang masalah ?

Mana-mana proses pasang bateri kereta seharusnya perlu melalui beberapa langkah supaya ianya tidak mendatangkan kerosakan lain terutamanya kepada kereta yang semakin mempunyai teknologi tinggi.

Kalau dulu kita boleh lihat kereta-kereta banyak menggunakan sistem manual. Seperti yang kita boleh lihat pada radio kereta yang didatangi dengan teknologi butang dan kemudiannya beralih kepada sistem sesentuh atau touch pada skrin radio.

Tidak hairan di zaman moden akan datang semakin banyak teknologi yang menggunakan sistem elektronik ini berkembang dengan luas. Hal ini juga berkait rapat dengan bateri kereta yang kita gunakan.

Bateri kereta memainkan peranan memberi sumber elektrik ke dalam bahagian yang memerlukan tenaga seperti barangan elektronik contohnya radio dan lampu kereta.

Bahkan, bateri kereta akan kehabisan mengikut waktu ianya tamat tempoh mengikut gaya kegunaan anda sebagai pemilik kereta. Bila bateri kereta telah habis, maka tiba masanya untuk anda tukar bateri kereta yang baru.

Bateri kereta boleh anda pasang sendiri di rumah jika benar tekniknya. Jadi, bagaimanakah caranya anda pasang bateri kereta positif atau negatif dulu ?

Adakah pasang bateri kereta positif atau negatif dulu ?

Proses pemasangan bateri kereta perlu melalui langkah yang betul dan teknik yang benar. Tetapi sebelum anda pasang bateri kereta, pastikan dahulu cara anda cabut bateri kereta pun turut mengikuti apa yang disarankan sepatutnya.

Baca juga : Cabut bateri kereta positif atau negatif

Persoalannya adakah pasang bateri kereta positif atau negatif dulu ? Sebenarnya ada dua cara bagi anda memasang bateri kereta. Satu teknik lama dan kedua ialah teknik terkini sesuai dengan teknologi kereta yang digunakan sekarang.

Jawapannya mudahnya adalah memasang wayar positif dulu. Ikuti jawapan selanjutnya supaya tiada sebarang salah faham dengan cara melihat langkah bagi anda pasang bateri kereta.

Baca artikel cabut bateri kereta positif atau negatif terlebih dahulu sebelum anda meneruskan langkah di bawah.

Apakah langkah pasang bateri kereta mengikut wayar positif negatif sebetulnya ?

Berikut merupakan cara pertama pasang bateri kereta mengikut wayar positif yang sebetulnya :

  1. Enjin kereta anda dalam keadaan hidup.
  2. Pemasangan adalah bermula dengan wayar positif diletakknya pada terminal bateri kereta baru anda terlebih dahulu.
  3. Kemudian barulah wayar negatif yang berwarna hitam anda masukkan ke dalam terminal bateri kereta negatif.
  4. Ketatkan kedua skru pada wayar tersebut pada terminal bateri kereta anda.

Cara pasang bateri kereta mengikut wayar positif di bawah merupakan cara kedua yang menggunakan bantuan portable bateri charger untuk kereta. Berikut merupakan langkah-langkah pasang bateri kereta didahului dengan wayar positif yang sebenar :

  1. Asalnya enjin kereta tidak dihidupkan sejak dari awal bateri kereta lama dicabut.
  2. Mulakan pemasangan bateri kereta wayar positif dari wayar positif portable bateri kereta kepada terminal bateri kereta yang baru anda beli.
  3. Kemudian, pasang wayar bateri kereta berwarna hitam(negatif) pada terminal bateri kereta baru tersebut.
  4. Seterusnya cabut wayar negatif dari portable bateri kereta yang telah dipasang pada body kereta.
  5. Selesai.

Baca artikel terkait : Cara tukar bateri kereta

pasang bateri kereta positif atau negatif dulu
Pasang bateri kereta positif atau negatif dulu

Kesan dan akibat salah pasang bateri kereta positif atau negatif dulu ?

Pemasangan bateri kereta sudah kita ketahui perlu bermula dengan wayar positif dahulu. Jika anda tersalah pasang menggunakan wayar negatif dulu, ianya ada dua kemungkinan.

Kemungkinan pertama adalah tiada sebarang perubahan atau kerosakan akan terjadi kepada kereta anda. Manakala, kemungkinan kecil akan berlaku short atau litar pintas kepada dalaman sistem komputer kereta anda.

Jika tiada berlaku apa-apa kerosakan tidak mengapa. Untuk anda yang mengalami litar pintas dari segi sistem komputer kereta, rujuk kembali kepada pusat servis kereta anda.

Besar kemungkinan ianya perlu disetting semula. Dan jika lebih teruk ianya perlu diganti dan memerlukan kos duit dan kos masa yang agak lama untuk ianya siap kembali seperti sediakala.

3 thoughts on “Pasang bateri kereta positif atau negatif dulu ?

Comments are closed.