Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Proton Wira : Solusi lengkap

Bateri kereta Proton Wira. Setiap pemilik kereta proton wira dengan pelbagai cc enjin adalah wajib untuk tahu tentang bateri mana yang sesuai digunakan.

Baik dari segi jenama, saiz, jenis dan berbagai lagi maklumat berkaitan bateri yang sesuai digunakan oleh pemilik kereta proton wira.

Ada juga yang hadapi pelbagai jenis masalah bateri wira yang tentu mempunyai jalan yang juga mungkin anda cari tapi tak jumpa di tempat lain.

Di artikel ini, rujukkan lebih detail dan mudah untuk anda fahami. Jika tidak terdapat jalan penyelesaian yang anda cari, maka boleh kemukakan komen di bawah supaya saya dapat menjawab untuk membantu anda dan juga ramai lagi pemilik kereta wira ini.

Saiz bateri kereta Proton Wira

Berapakah saiz bateri kereta wira yang sesuai digunakan oleh setiap cc kereta wira ?

Saiz bateri kereta wira 1.3

Kod bateri kereta yang boleh anda beli adalah berdasarkan saiz bateri wira. Oleh itu, saiz bateri wira 1.3 yang sesuai anda gunakan adalah NS60 dan juga NS60S. Namun, terdapat rujukan kod bateri yang lebih teliti iaitu 46B24R merupakan bateri kereta wira yang sesuai anda gunakan untuk 1.3cc ini.

Saiz bateri kereta wira 1.5

Manakala, saiz bateri kereta wira 1.5 juga turut sama dengan saiz bateri wira 1.3 iaitu 46B24R. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan saiz bateri wira 1.5 yang sama, namun membekalkan kuasa yang lebih seperti 55B24R kepada kereta wira 1.5 anda.

Antara jenama bateri yang dijual di pasaran untuk kod bateri 55B24R adalah bateri wira amaron yang lebih spesifik namanya adalah Amaron Hi-Life.

Pilihan di tangan anda sama anda nak beli bateri kereta yang lebih berkuasa atau tidak. Perlu diingatkan agar setiap harga bateri kereta wira adalah tidak sama merujuk kepada jumlah kuasa yang dibekalkan.

bateri kereta wira 1.5

Saiz bateri kereta wira 1.6

Pilihan bagi anda yang memiliki kereta wira 1.6cc pula boleh memilih saiz bateri wira 1.6 yang merujuk kepada kod bateri iaitu 46B24R dan juga 55B24R. Seeloknya anda menggunakan kuasa yang lebih seperti 55B24R yang lebih tahan sesuai dengan saiz enjin kereta wira anda.

Untuk penjimatan memang tiada masalah untuk anda memilih saiz bateri kereta wira 1.6 yang mempunyai kod seperti 46B24R kerana ianya lebih murah.

Saiz bateri kereta wira 1.8

Amat jarang sekali kereta seperti wira 1.8cc ini sebenarnya terdapat di atas jalan raya. Namun, ianya tetap ada disimpan oleh para peminat kereta proton wira tersebut. Saiz bateri wira 1.8 yang sesuai digunakan oleh kerana anda adalah disarankan NS70 atau NS70S.

Namun, bateri wira ns70 ini agak berbeza sedikit. Dimensinya pula melebihi daripada biasa iaitu D26R. Jika belum diubah suai, anda masih boleh menggunakan dimensi bateri B24R, tetapi darisegi kuasanya akan terhad.

Apakah terdapat beza dari segi penggunaan saiz bateri kereta wira berdasarkan cc enjin ?

Memandang kereta proton wira pada ketika dahulu mengeluarkan beberapa spec dan enjin seperti 1.3cc, 1.5cc, 1.6cc dan juga terdapat 1.8cc setelah diubah suai enjinnya, anda mungkin agak sedikit pening bateri kereta wira apakah yang sesuai anda gunakan.

Sebenarnya tiada beza pun dari segi ukuran bateri kereta wira anda berdasarkan cc enjin. Dimensi bateri kereta wira adalah sama dari segi panjang, lebar dan juga tinggi.

Namun, terdapat had minimum bacaan kuasa (aH) yang sesuai bateri kereta wira anda guna berdasarkan perbezaan cc enjin. Contohnya bateri kereta wira 1.5 sesuai menggunakan saiz bateri kereta wira 1.5 yang mempunyai kod NS60 atau NS60S.

Secara minimumnya untuk saiz bateri wira 1.3 yang mempunyai cc paling rendah juga turut menggunakan saiz yang sama seperti bateri kereta wira 1.5.

saiz bateri kereta wira

Jenis bateri kereta Proton Wira

Pilihan bagi jenis bateri kereta proton wira sama ada wira sedan mahupun wira aeroback (hatchback) ada 2 iaitu bateri kering dan juga bateri basah.

Kebanyakkan pemilik proton wira sekarang agak mahir atau dah tahu tentang pilihan jenis bateri untuk proton wira ini kerana kereta ini sudah lama berada di pasaran.

Tidak lupa juga bagi yang baru memiliki kereta lagend sedan yang pernah mewarnai jalan raya di negara kita suatu ketika dahulu hingga sekarang.

Jadi, bagi yang belum tahu atau tidak begitu pasti pilihan jenis manakah yang sesuai digunakan untuk kereta proton wira anda.

Gunakan bateri kering atau maintainance free (dry/mf) kerana ianya tak perlu diselenggara. Hanya beli, pakai sampai ianya habis atau kong.

Manakala, bateri jenis basah (wet/conventional) pula memerlukan sedikit perhatian, ianya bukan bermaksud manja, tapi tetap lasak jika kena dengan caranya.

Pastikan anda menjaga air bateri kereta dalam bateri basah kereta proton wira yang anda gunakan supaya ianya kekal terhidrat.

Contoh mudah macam kita perlukan air dalam badan kena minum air, tapi taklah sekerap yang disangka. Paling tidak bulan 1-2 bulan sekali perlu topup air bateri untuk dapatkan ketahanan bateri lebih lama berbanding bateri kering.

Jenis bateri kereta mana paling sesuai untuk proton wira 1.5

Ini adalah khas kepada pemilik kereta proton wira 1.5 . Anda dah tahu ada 2 jenis bateri iaitu kering dan basah boleh dijadikan pilihan.

Namun, kerap kali menjadi kekeliruan kepada pemilik adalah mana satu yang sesuai. Berbalik semula kepada apa yang anda nak.

Nak guna bateri lebih lama? Guna bateri basah untuk proton wira 1.5 anda. Anda pemilik wanita tak nak risau tiba-tiba ada masalah bateri (air bateri basah kering) , gunakan bateri jenis MF (kering) yang mudah digunakan tak perlu kejap-kejap isi air bateri kereta.

Jangan hairan ada saja pemilik wanita yang suka dan gunakan kereta proton wira 1.5 hingga ke hari ini. Jika dah biasa buka bonet depan dan dah tahu cara topup air bateri wira 1.5 , maka galakkan guna bateri basah memberi satu kelebihan kepada anda.

Tapi ada saja pemilik lelaki yang tak nak susah-susah jaga air bateri. Leceh katanya, maka bukan sesuatu perkara yang nak dimalukan pun guna bateri kering.

Guna saja bateri proton wira 1.5 ikut keperluan dan kehendak anda, yang nak maintain nanti anda, bukan orang lain.

Harga bateri kereta Proton Wira

Harga bateri kereta wira 1.3 dan harga bateri kereta wira 1.5 boleh ditentukan berdasarkan faktor-faktor di atas. Berikut merupakan anggaran harga bateri kereta proton wira berdasarkan jenama bateri kereta dari jenis kering (dry/mf) :

Jenama bateri keretaHarga bateri kereta wira
CenturyRM190
AmaronRM222
HitachiRM255
BoschRM200
CamelRM188

Artikel terkait : Harga, jenis dan saiz bateri kereta

Faktor yang mempengaruhi harga bateri kereta wira

1. Jenama bateri kereta

Pastikan anda membuat pilihan jenama bateri kereta yang dipercayai. Ada orang memang suka guna jenama bateri kereta yang sama hingga tidak peduli akan harga bateri kereta proton wira yang mahal.

Namun, anda juga boleh mencuba jenama bateri baru untuk kereta wira anda. Yang paling penting anda perlu utamakan nilai warrantly yang ditawarkan.

Harga bateri kereta wira

2. Pilihan jenis bateri kereta wira

Harga bateri wira lebih murah sekiranya anda memilih bateri kereta wira basah. Kebanyakkan yang memiliki kereta wira pasti tidak kisah akan menambah air bateri kereta yang memberikan ketahanan kepada bateri kereta wira.

Bateri kering kereta wira adalah lebih mahal tetapi ianya lebih kepada memberi kemudahan kepada anda. Anda tidak perlu menambah air bateri kereta wira. Gunakan sahaja hingga ianya lemah atau habis/kong.

3. Pilihan bateri wira baru atau secondhand

Pendapat aku sendiri, ada baik dan burukknya anda memilih bateri kereta secondhand. Kelebihannya adalah sudah tentu dari segi harga bateri kereta wira itu menjadi lebih murah disamping dapat menggunakan jenama bateri yang dipercayai.

Namun, tiada sebarang jaminan atau warrantly untuk anda yang membeli bateri secondhand. Anda tidak tahu bilakah ianya bakal lemah atau habis. Bila-bila sahaja bateri kereta wira secondhand yang dibeli akan habis.

Mungkin esok, minggu depan atau bulan depan. Jika bernasib baik anda dapat menggunakan bateri kereta secondhand selama 1 tahun pun sudah cukup bagus.

4. Saiz bateri kereta wira

Harga bateri kereta wira yang murah atau mahal bukanlah berdasarkan pada dimensi saiz bateri kereta wira anda. Namun, pada saiz bateri wira anda boleh menentukan sama ada harga bateri kereta wira yang manakah menjadi pilihan anda.

Lampu bateri kereta Proton Wira menyala

Lampu bateri kereta wira menyala. Apakah petanda sekiranya anda mengalami lampu bateri kereta wira menyala pada paparan meter kereta yang dimiliki oleh anda ?

Lampu sensor pada paparan meter kereta berfungsi sebagai memberitahu anda supaya anda bertindak untuk check pada bahagian dalam bonet hadapan kereta anda dengan kadar yang segera.

Kemudahan ini sudah wujud pada kereta jenis proton wira yang sedang anda gunakan sekarang. Walaupun tahun keluarannya sudah melebihi 2 dekat, ternyata lampu bateri menyala memberi jawapan secara terus apakah masalah yang sedang kereta wira anda hadapi.

Tidak hairanlah anda sebagai pemilik mampu membaiki dari awal berkenaan masalah yang dipaparkan pada meter kereta dengan baik. Segala kos kerosakan berkait dengan masalah anda pasti dapat dikawal.

Justeru, dari aspek keselamatan juga terjaga tanpa perlu anda risau untuk bergerak dari 1 destinasi ke destinasi lain.

Apakah tanda disebalik lampu bateri kereta wira menyala ?

Mari kita fokuskan kepada nyalaan lampu bateri kereta wira menyala. Apakah makna disebalik tanda lampu bateri kereta wira menyala ini ? Perkara ini membawa maksud anda perlu perhatikan pada bateri kereta anda.

Anda boleh pastikan nyalaan lampu bateri kereta wira menyala ini pada keesokkan harinya sewaktu pagi anda mula hidupkan enjin kereta. Kalau anda start enjin kereta pada waktu tengahari untuk permulaan hari tersebut pun dibolehkan.

lampu bateri kereta wira menyala
Lampu bateri kereta wira menyala

Faktor yang menyebabkan lampu bateri kereta wira menyala

Kebanyakkan kes nyalaan lampu bateri kereta wira menyala disebabkan bateri kereta ini sudah pun hampir kehabisan. Tiba masanya untuk anda ke kedai bateri kereta untuk tukar bateri kereta yang baru.

Selain itu, lampu bateri kereta wira menyala juga boleh disebabkan faktor daripada alternator. Kebiasaan kereta lama yang melebihi 10 tahun atas akan mempunyai masalah alternator ini.

Dalam satu nyalaan lampu pada meter kereta juga ada kemungkinan membawa kepada kedua faktor di atas iaitu bateri kereta serta alternator dalam masa yang sama.

Bagaimana nak baiki lampu bateri kereta wira menyala ?

Cara nak baiki lampu bateri kereta wira menyala mudah sahaja. Anda pertama kalinya perlu mencari punca seperti di atas kemudian barulah mudah nak tukar sama ada bateri kereta ataupun alternator yang terlibat.

Nak tukar bateri kereta baru sendiri pun boleh. Yang penting anda tahu cara tukar bateri kereta yang betul. Pelajari terlebih dahulu cara tukar bateri kereta supaya anda tidak melakukan kesilapan.

Untuk alternator disarankan anda rujuk ke bengkel kedai kereta untuk menukarnya kepada yang baru. Namun, terlebih dahulu pastikan ianya betul-betul masalah alternator kong, bukannya bateri kereta yang telah kong.

Jika kedua ini atau salah satunya sudah ditukar dan didapati lampu bateri kereta wira menyala lagi, tunggu sehingga 2 hingga 3 hari pasti ianya akan terpadam dengan sendiri.

Kesan jika dibiarkan lampu bateri kereta wira menyala

Ada akibat jika anda tidak segera check masalah apakah disebalik lampu bateri kereta wira menyala ini. Malah lebih teruk anda membiarkan sehingga boleh melibatkan nyalaan lampu lain pada meter kereta tersebut.

Sudah pasti bila tiba masanya, kereta anda akan mengalami kerosakan tidak kira semasa di rumah, di luar mahupun anda sedang menghadapi trafik yang tinggi. Pasti akan menyusahkan diri anda sendiri kerana tidak menghiraukan lampu bateri kereta wira menyala tersebut.

Bagaimana nak elak lampu bateri kereta wira menyala ini berlaku lagi ?

Sebenarnya nyalaam lampu bateri kereta wira menyala ini perlu dipandang sebagai alternatif atau bantuan memberitahu dari awal sebelum ianya kehabisan. Usah risau paparan anda menyala lampu walaupun selain dari lampu bateri kereta.

Bayangkan sekiranya tiada sebarang sensor yang keluar dari paparan meter kereta anda, dan secara tiba-tiba kereta anda mengalami kerosakan. Pasti anda akan lebih gusar kerana tidak tahu kerosakan apakah yang sedang anda alami.

P/s : Untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam dan lebih luas dengan pelbagai model, anda boleh membuat rujukan di bateri kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *