Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri yokohama tahan berapa lama ?

Bateri yokohama tahan berapa lama. Apakah bateri kereta yang merupakan antara jenama yang terkenal di negara kita iaitu yohohama ini tahan lama ?

Untuk mengetahui bateri kereta tahan berapa lama, anda memerlukan beberapa maklumat yang asas tentang sesebuah bateri kereta yang anda pilih.

Untuk bateri kereta yokohama ini, ada beberapa ciri-ciri yang boleh diketengahkan yang salah satunya adalah dari segi ketahanan bateri kereta yokohama ini.

Namun, semua orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza dan tidak sama antara dengan yang lain. Apa yang aku nak kongsikan ini adalah dari segi pengalaman ahli keluarga aku sendiri yang pernah menggunakan bateri yokohama.

Bateri kereta yokohama yang terdapat di pasaran

Berdasarkan rujukan, bateri kereta yokohama adalah terbahagi kepada beberapa kategori dan dilabel mengikut keistimewaan yang diberikan untuk para pemilik kereta.

Antara bateri-bateri yokohama yang terdapat di pasaran sekarang adalah seperti :

  1. Bateri yokohama Gold (dry)
  2. Bateri yokohama Platinum (dry)
  3. Bateri yokohama Beta Conventional (wet)

Jenama di bawah yokohama (sub-brand) sendiri juga adalah sudah banyak. Antaranya seperti yokobatt, supercharge, yokostar,yokogrid, yoko gtspec dan juga komasu bateri.

bateri yokohama tahan berapa lama

Bateri kereta yokohama berdasarkan saiz

Bila berkata mengenai saiz bateri kereta, sudah tentu jenama yokohama menawarkan kesemua jenis dan saiz bateri kereta yang diperlukan oleh semua kereta di negara kita.

Antara saiz bateri kereta yokohama seperti bateri yokohama ns60 sesuai digunakan oleh kereta seperti proton saga, persona, toyota vios dan juga altis. Namun, yang membezakan antara jenama yokohama dan jenama bateri lain adalah tawaran saiz dari segi pilihan kuasa(aH) dan juga harga bateri kereta yokohama sendiri.

Bateri kereta yokohama tahan berapa lama sebenarnya ?

Mengikut pengalaman yang aku sendiri pernah bertanyakan kepada ahli keluar yang menggunakan bateri yokohama tahan berapa lama,iaitu sekitar 2 hinggalah 3 tahun penggunaan.

Bateri yang digunakan adalah yokohama gold (MF) yang mempunyai kod ns40zl(38B20L) yang digunakan pada kereta perodua myvi. Sepatutnya ianya boleh digunakan lagi lebih lama.

Namun, ianya sudah menunjukkan tanda-tanda bateri kereta nak lemah dan tukar bateri kereta yokohama telah pun dibuat di kedai bateri kereta berdekatan dengan kediaman.

Bagi aku sendiri, jenama yokohama yang telah lama bertapak yang lebih 50 tahun di negara kita. Ini membuatkan kualitinya telah dipercayai dari dahulu lagi hinggalah sekarang.

Harga bateri kereta yokohama berapa ?

Bateri kereta yokohama price yang bagus adalah terletak pada tangan anda. Selain sudah tahu saiz bateri kereta yokohama yang anda perlukan, pastikan bateri yokohama harga mengikut budget anda.

Jika anda sudah memahami bagaimana nak pilih kategori bateri mana sesuai dengan anda. Maka harga bateri kereta yokohama adalah tidak menjadi masalah kerana ianya selaras dengan perancangan anda.

Contohnya anda membeli harga bateri yokohama ns60 untuk kereta persona anda berjumlah RM260, ianya merupakan bateri yokohama platinum yang mempunyai kuasa bekalan yang lebih tinggi iaitu 55aH.

Pastikan ianya adalah yokohama original dan disertakan sekali dengan warrantly oleh setiap pembekal yang anda beli.

One thought on “Bateri yokohama tahan berapa lama ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *