Beza single rider dan all rider
Beza single rider dan all rider. Apakah perbezaan antara single rider dengan all rider yang boleh anda dapati dalam polisi insurans ?
Perkataan bagi single rider dan all rider boleh anda dapati sebaik sahaja anda telah selesai menghidupkan insuran motosikal.
Perkara seperti single rider dan all rider ini merupakan pengetahuan asas yang perlu anda tahu sebelum menyetujuinya.
Bukan sekadar anda ingin mendapatkan harga insuran motor yang murah saja, namun, penilaian perlu dibuat setelah anda mengetahui beza single rider dan all rider ini.
Apakah itu single rider yang perlu diketahui pemilik motor ?
Single rider atau dikenali sebagai insuran motosikal single rider merupakan pilihan yang boleh dibuat setiap pemilik motosikal.
Insuran motosikal single rider akan melindungi hanya pemilik motor sekiranya terjadi kemalangan, kecurian mahupun kebakaran.
Apakah itu all rider yang perlu diketahui pemilik motosikal ?
Manakala, all rider pula melindungi setiap penunggang motosikal yang membawa motosikal anda.
Dalam masa yang sama berlakunya kemalangan, kecurian mahupun kebakaran berlaku kepada motosikal.
Apakah beza single rider dan all rider ?
Berikut merupakan perbezaan di antara all rider dan juga single rider iaitu :
1. Beza single rider dan all rider dari segi harga
Jika anda belum menyetujui sesebuah quotation harga insuran motor, anda boleh menanyakan sama ada harga insuran tersebut merupakan single rider atau all rider.
Hal ini kerana, jika anda tidak bertanya soal ini, kerap kali syarikat insuran motor akan terus memberikan quotation harga insuran motor.
Harga single rider adalah lebih murah dibandingkan all rider. Insuran motor yang mengambil all rider perlu menambah duit dibandingkan single rider. Namun, ianya tidaklah begitu jauh bezanya harga bagi kedua ini.
2. Beza single rider dan all rider ketika ingin claim insuran motor
Single rider akan cover atau melindungi hanya motosikal yang dibawa oleh pemilik motor sahaja.
Jika berlaku sebarang kemalangan yang dibawa oleh orang lain selain pemilik motor, maka orang tersebut perlu membayar denda bagi meneruskan claim insuran motor.
Manakala, sekiranya anda membuat all rider, jika berlaku kemalangan ketika orang lain membawa motor anda, maka tidak perlu membayar denda bagi membolehkan claim insuran motosikal dilakukan.
Kenapa wujudnya beza single rider dan all rider ?
Keutamaan bagi single rider dan all rider adalah memberikan pilihan kepada setiap pemilik motor.
Iaitu jika anda mempunyai budget lebih, maka boleh membuat perlindungan insuran motor all rider yang melindungi kepada sesiapa yang ingin meminjam motor anda seperti ahli keluarga mahupun rakan-rakan.
Manakala, jika anda kekurangan budget atau duit, pilihan membuat single rider boleh dipilih. Di tambah pula memang anda seorang saja yang menggunakan motor dan tidak suka akan memberi pinjam motor kepada orang lain.
Hal ini demikian, memberikan anda pilihan antara penjimatan dan kelebihan yang terletak di tangan anda sendiri.
Pingback: Senarai harga insuran motor mengikut cc - Mekanikakereta