Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cara menentukan paras air bateri kereta

Paras air bateri kereta. Bagaimanakah nak menentukan paras air bateri kereta sama ada ianya masih lagi dalam keadaan baik atau sebaliknya ?

Di artikel ini akan difokuskan kepada para pemilik kereta yang menggunakan bateri kereta jenis basah. Ada orang bertanya adakah hanya bateri kereta basah sahaja yang perlu menjaga air bateri kereta?

Jawapannya adalah betul. Bateri kereta basah bermakna ianya memerlukan perhatian dari segi penjagaan sukatan air bateri kereta.

Jika anda gagal mengawal paras air bateri kereta, kesan kepada tempoh penggunaan bateri kereta basah anda akan menjadi singkat.

Langkah-langkah melihat paras air bateri kereta

Sebaiknya anda melakukan membaca paras air bateri kereta di waktu pagi atau sebelum menghidupkan enjin kereta.

Berikut merupakan langkah demi langkah paras air bateri kereta :

  1. Buka bonet hadapan kereta
  2. Tentukan kedudukan bateri kereta
  3. Lihat pada permukaan atas bateri kereta sama ada mempunyai bentuk skru atau berbentuk tambah (+)
  4. Buka semua skru yang mempunyai 5 hingga 6 bentuk yang sama
  5. Goyangkan sedikit kereta anda sambil anda memerhatikan sukatan air bateri kereta dalam setiap lubang skru yang telah dibuka.
  6. Jika terdapat pergerakkan air, maka ianya masih mempunyai baki, namun perlu ditambah.
  7. Manakala, jika tiada sebarang pergerakkan air dalam lubang skru yang telah dibuka, maka paras air bateri kereta telah pun kering.
  8. Ambil lampu suluh atau flash light telefon bagi membuat kepastian sama ada masih terdapat air bateri kereta atau pun tidak.
  9. Tambah air bateri kereta untuk setiap lubang skru sehingga paras air bateri kereta anda hampir penuh.
  10. Berhati-hati semasa mengisi air bateri kereta dan elakkan berlakunya air bateri kereta melimpah.
  11. Tutup setiap lubang skru air bateri kereta dengan kemas dan rapi.

paras air bateri kereta

Kesan menjaga sukatan air bateri kereta dengan baik

Jika anda tidak menjaga paras air bateri kereta, maka setiap bateri kereta basah yang anda gunakan tidak akan tahan lama.

Sebaliknya, jika anda menjaga paras air bateri kereta dengan baik dan berjadual, kesannya akan melebihi jangkauan.

Kebiasaan secara purata setiap bateri kereta akan diberi tempoh penggunaan dari 2 tahun hingga 3 tahun.

Apabila anda menjaga baik paras air bateri kereta anda, maka tempohnya akan melebihi sehingga boleh mencapai 5 tahun bagi setiap bateri kereta basah.

Ini adalah salah satu kelebihan dan keunikan jika sukatan air bateri kereta diberikan perhatian dengan baik dan teratur.

One thought on “Cara menentukan paras air bateri kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *