Air bateri kereta : Ilmu penjagaan
Air bateri kereta. Air bateri kereta merupakan elemen penting dalam memastikan sistem elektrik kenderaan berfungsi dengan sempurna.
Ia memainkan peranan dalam mengekalkan tindak balas kimia di dalam bateri supaya arus elektrik dapat dihasilkan dengan stabil.
Ramai pemilik kenderaan masih kurang memahami kepelbagaian asas berkenaan air bateri kereta, termasuk jenis, fungsi, dan cara penjagaannya.
Pengetahuan asas ini penting kerana bateri yang tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan kereta sukar dihidupkan atau rosak tiba-tiba.
Tambahan pula, jenis bateri basah dan bateri kering mempunyai cara penyelenggaraan berbeza yang perlu difahami oleh pengguna.
Air bateri kereta juga melibatkan aspek keselamatan kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh mendatangkan risiko jika berlaku tumpahan.
Oleh itu, memahami asas air bateri kereta dapat membantu pemilik kenderaan mengelakkan kerosakan dan meningkatkan jangka hayat bateri.
Air Bateri Kereta Habis
Air bateri kereta habis merupakan situasi biasa bagi bateri jenis basah yang menggunakan air suling sebagai komponen utama.
Apabila air di dalam sel bateri berkurangan, tindak balas kimia akan melemah dan menyebabkan bateri kehilangan kuasa.
Jika diibiarkan terlalu lama, ia boleh merosakkan plat dalam bateri sehingga bateri tidak lagi boleh digunakan.
Pemilik kereta perlu memeriksa paras air bateri secara berkala untuk memastikan ia tidak berada pada paras terlalu rendah.
Jika air bateri kereta habis sepenuhnya, anda perlu mengisi semula dengan air suling sebelum bateri rosak lebih teruk.
Air Bateri Kereta Kering
Air bateri kereta kering merujuk kepada bateri yang tidak lagi mengandungi air di dalam sel, biasanya disebabkan penyejatan atau kurang penyelenggaraan.
Keadaan ini menyebabkan komponen dalaman menjadi panas dan rosak akibat tindak balas kimia yang tidak stabil.
Jika bateri sudah terlalu kering, kebanyakannya tidak dapat dipulihkan dan perlu diganti. Walaupun begitu, pemeriksaan awal boleh mengelakkan keadaan ini daripada berlaku.
Pemilik kereta disarankan memantau tanda awal seperti lampu meter bateri menyala atau enjin sukar dihidupkan.
Air Bateri Kereta Melimpah
Air bateri kereta melimpah berlaku apabila pengisian air dilakukan secara berlebihan melepasi paras maksimum.
Oleh itu, air yang melimpah boleh menyebabkan reaksi kimia bertumpah pada permukaan bateri dan menghasilkan karat pada terminal.
Selain itu, tumpahan air bateri boleh merosakkan komponen berhampiran kerana bahan elektrolit bersifat menghakis.
Pengisian yang terlalu penuh juga boleh mencetuskan risiko tekanan dalaman bateri meningkat ketika panas. Oleh itu, pastikan paras air hanya diisi sehingga garis yang disarankan.
Air Bateri Kereta Tumpah
Air bateri kereta tumpah merupakan isu keselamatan kerana elektrolitnya mengandungi asid sulfurik yang boleh menghakis permukaan logam.
Tumpahan boleh berlaku akibat gegaran kuat, bateri rosak, atau pengisian air secara tidak betul. Jika air bateri kereta tumpah, kawasan yang terkena perlu dibersihkan segera dengan air untuk mengurangkan tahap keasidan.
Tumpahan juga boleh menyebabkan terminal bateri menjadi karat dan mengganggu aliran arus elektrik.
Oleh itu, pemilik kereta perlu berhati-hati ketika mengisi atau memindahkan bateri. Tindakan segera dapat mengelakkan kerosakan lebih serius pada komponen enjin.
Bila perlu tambah air bateri kereta ?
Apa yang perlu dibuat bagi tidak terlupa bila perlu tambah air bateri kereta ?
1. Wujudkan jadual mudah bila perlu tambah air bateri kereta
Jadual yang kita maksudkan disini bukanlah perlu sediakan buku dan catit masa bila perlu tambah air bateri kereta.
Namun, perlu diingatkan mengisi air bateri kereta adalah perkara penting perlu dilakukan kepada anda yang menggunakan bateri kereta basah. Apa yang kita cadang untuk lakukan antaranya adalah mewujudkan sticker seperti sticker minyak hitam kereta anda.
Lekatkan pada bahagian bersebelahan sticker minyak enjin atau minyak hitam kereta anda. Anda boleh dapatkan sticker kecil ini hanya di kedai peralatan tulisan atau mana-mana kedai runcit jika dijual.
Tuliskan bila tarikh kali terakhir anda mengisi air bateri kereta. Di situ anda boleh jadikan sebagai peringatan supaya tidak terlepas tempoh tertentu tambah air bateri kereta.
2. Setkan alarm pada tarikh tertentu bila perlu tambah air bateri kereta
Zaman sekarang semua orang tidak terlepas dari memegang telefon pintar. Disebalik telefon pintar tersebut terdapat kemudahan pada kalender yang boleh anda tetapkan peringatan di dalamnya.
Contohnya jika anda baru sahaja mengisi air bateri kereta, setkan alarm 5 bulan dari tarikh tersebut untuk mengingatkan bila perlu tambah air bateri kereta seterusnya.
Gunakan kemudahan ini dengan baik. Mungkin ada orang pandang perkara ini remeh, namun sangat membantu dari mengelakkan air bateri kereta anda menjadi kering.
Masa yang sesuai bila perlu tambah air bateri kereta
Di bawah terdapat 3 jangka waktu yang boleh anda rujuk pada bateri kereta basah anda dalam mengikuti jadual bila perlu tambah air bateri kereta :
1. Air bateri kereta kurang dari tahap maksimum
Untuk kes ini, jika anda perhatikan pada bahagian tepi bateri kereta basah anda, terdapat tahap air bateri kereta atau water level yang disediakan.
Di situlah anda membuat rujukan sekiranya air bateri kereta anda berkurang sedikit atau pun masih berada di tahap maksimum.
Jika air bateri kereta sudah di bawah paras maksimum, maka tambah air bateri kereta sehingga ianya mencapai tahap maksimum yang disediakan.
2.Air bateri kereta ditahap kering
Sudah semestinya jika anda melihat menerusi pandangan melalui lubang air bateri kereta dan dapati ianya telah kering, anda wajib cepat-cepat tambah air bateri kereta.
Jika masih dibiarkan air bateri kereta menjadi kering, bateri kereta anda pasti akan menjadi rosak dan tidak berfungsi dengan baik apa lagi tahan lama.
Tambah air bateri kereta sehingga ianya mencapai tahap maksimum pada setiap lubang air bateri kereta anda.
3.Air bateri kereta tidak stabil pada setiap bahagian
Namun, terdapat juga kes air bateri kereta pada setiap bahagian lubang air bateri kereta tidak sekata. Ada bahagian berada di tahap kering, manakala bahagian seterusnya separuh serta seterusnya kering kontang.

Jadi, perhatikan baik-baik pada kesemua bahagian lubang air bateri kereta dan tambah air bateri kereta dengan merujuk takat water level yang disediakan sehingga ianya mencapai tahap maksimum.
Bateri Basah vs Bateri Kering
Bateri basah menggunakan air bateri kereta sebagai medium untuk menghasilkan tenaga, manakala bateri kering direka sebagai jenis bebas penyelenggaraan.
Kos bagi bateri basah lebih murah tetapi memerlukan pemeriksaan berkala kerana air di dalamnya boleh berkurangan akibat penyejatan.
Oleh itu, bateri kering pula lebih mudah digunakan kerana tidak memerlukan penambahan air, menjadikannya praktikal untuk pengguna yang sibuk.
Namun begitu, bateri basah kadangkala lebih tahan lama jika dijaga dengan betul berbanding bateri kering.
Pemilik kereta perlu memilih berdasarkan kemampuan dan masa untuk penyelenggaraan. Setiap jenis bateri mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Check Air Bateri Kereta
Check air bateri kereta penting untuk memastikan paras air berada dalam julat selamat. Pemeriksaan ini boleh dilakukan secara visual dengan melihat tanda paras minimum dan maksimum pada bateri.
Pemilik kereta digalakkan melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Jika paras air hampir ke tahap minimum, penambahan air perlu dilakukan segera.
Langkah ini dapat mengelakkan bateri daripada menjadi lemah atau rosak secara tiba-tiba.
Kenapa perlu cek air bateri kereta ?
Air bateri kereta merupakan bahan tambahan yang diperlukan oleh bateri kereta untuk ianya bekerja menghasilkan aliran elektrik yang diperlukan oleh sesebuah kereta.
Aturan dalam cek air bateri kereta menandakan anda menjaga dan mengekalkan fungsi sebenar sebuah bateri kereta. Ini memberikan tempoh sesebuah bateri kereta itu semakin panjang malah bertahan tanpa anda sedari.
Apa yang perlu diketahui sebelum memulakan cara check air bateri kereta ?
Cara cek air bateri kereta ini adalah dituju khas kepada pengguna bateri kereta basah. Jika selain dari jenis bateri kereta basah adalah tidak memerlukan sama sekali untuk mengetahu cara cek air bateri kereta.
Selain itu, proses bagi cara cek air bateri kereta amatlah mudah untuk dilakukan. Namun, tidak semua mampu melakukannya dengan baik. Disebabkan inilah terdapat banyak kes tiba-tiba kereta tidak dapat dihidupkan. Bila cek air bateri barulah tahu yang air bateri kereta sudah kering.
Adakah terdapat jadual tertentu bagi membuat cek air bateri kereta ?
Sudah tentu anda perlu mengatur penjadualan yang betul dan tidak terlepas untuk cek air bateri kereta. Sekiranya anda suka-suka pada bila masa sahaja nak cek air bateri kereta, maka anda tidak dapat membaca bilakah perlu anda menambah air bateri kereta kelak.
Cadangan jadual yang sesuai untuk anda cek air bateri kereta adalah seperti berikut :
| Umur bateri kereta | Kadar kekerapan cek air bateri kereta |
| 1-6 bulan | 3 bulan sekali |
| 6-24 bulan | 2-3 bulan sekali |
| 24 bulan dan ke atas | 3-4 minggu sekali |
Jadual di atas merupakan anggaran kekerapan yang boleh anda laksanakan cek air bateri kereta. Jika anda sering check air bateri kereta contohnya seperti seminggu sekali, maka anda tidak perlu mengikuti jadual di atas.
Apa akibat daripada tidak cek air bateri kereta ?
Jika anda tidak membuat cek air bateri kereta, potensi untuk bateri kereta itu berfungsi pada masa akan datang akan menghadapi kegagalan. Air bateri kereta yang kering akan mendatangkan masalah kepada anda walaupun baru sahaja membeli bateri kereta baru.
Kerosakan bateri kereta akan terjadi dan boleh mengakibatkan enjin kereta anda tidak dapat dihidupkan. Justeru, dalam masa yang sama perjalanan anda dari 1 destinasi ke destinasi akan terganggu.
Cara check air bateri kereta
Contoh yang akan diberikan dalam cara cek air bateri kereta adalah bukan untuk kereta myvi sahaja, namun sesuai untuk semua jenis kereta. Apa yang penting adalah anda menggunakan bateri kereta jenis basah.
Terdapat dua cara cek air bateri kereta yang boleh anda jadikan panduan. Berikut merupakan cara cek air bateri kereta yang pertama mengikut langkah yang betul :
- Buka bonet depan kereta.
- Kenal pasti kedudukan bateri kereta anda.
- Sebaiknya dalam cara cek air bateri kereta ini perlulah ditempat yang cerah dan terang.
- Jika anda cek air bateri kereta pada waktu malam, pastikan anda menggunakan lampu suluh.
- Lihat pada permukaan keliling bateri kereta anda.
- Cari tulisan “MIN” dan “MAX”
- Tanda inilah yang boleh anda rujuk sebagai panduan di tahap manakah air bateri kereta anda berada.
- Jika masih belum kenal pasti kedudukan air bateri kereta anda, anda boleh mengikut cara seterusnya iaitu cara kedua cek air bateri kereta.

Berikut merupakan cara cek air bateri kereta yang kedua dan memerlukan sedikit praktikal :
- Buka bonet hadapan kereta anda.
- Lihat pada permukaan atas bateri kereta anda.
- Akan terdapat banyak skru yang terdiri dari material plastik.
- Buka kesemua skru-skru tersebut.
- Selalunya akan terdapat 6 skru pada bateri kereta.
- Jika skru itu ketat, buka menggunakan playar.
- Apabila semua skru sudah dibuka, lihat bahagian dalam lubang yang telah dibuka tadi.
- Cuba goyangkan sedikit kereta anda supaya anda dapat pastikan kehadiran air bateri kereta itu masih ada lagi atau sebaliknya.
- Lakukan tambah air bateri kereta dan cek semula water level air bateri kereta tersebut.
- Tutup kembali skru tempat air bateri kereta tadi dengan ketat.
- Selesai.
Cara Isi Air Bateri Kereta
Cara Mengisi Air Bateri Kereta (Bateri Basah Tiada Air)
Jika bateri basah sudah tiada air, langkah pertama adalah membuka penutup sel bateri satu per satu. Isi air suling perlahan-lahan sehingga paras berada di antara tanda minimum dan maksimum.
Jangan mengisi sehingga penuh kerana bateri memerlukan ruang untuk pengembangan ketika panas. Selepas mengisi, biarkan bateri berehat seketika sebelum menghidupkan enjin.
Periksa juga terminal bateri untuk memastikan tiada karat atau kebocoran. Pengisian yang betul dapat mengembalikan prestasi air bateri kereta dengan lebih berkesan.
Cara Topup Air Bateri Kereta (Baki air bateri masih ada)
Cara topup air bateri kereta dilakukan apabila bateri masih mempunyai air tetapi parasnya berkurangan. Pemilik hanya perlu menambah sedikit air suling sehingga mencapai paras yang disarankan.
Jangan menambah terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan air melimpah. Topup berkala memastikan tindak balas kimia dalam bateri kekal stabil.
Ini juga membantu memanjangkan jangka hayat bateri. Langkah mudah ini boleh mengelakkan kerosakan mendadak pada sistem elektrik kereta.
Kenapa perlu tahu cara isi air bateri kereta ?
1. Tahu di mana bahagian tempat isi air bateri kereta
Pentingnya di sini supaya anda dapat perhatikan bahagian manakah tempat untuk anda isi air bateri kereta. Jika anda salah memasukkan air bateri kereta pada tempat yang salah, pasti akan menimbulkan masalah lain dan dalam masa yang sama air bateri kereta akan kekal menjadi kosong.
Rujuk pada bateri kereta anda. Lihat pada permukaan atas bateri kereta anda akan mempunyai skru jenis plastik sebanyak 5 hingga 6 skru. Di situlah tempat untuk anda isikan air bateri kereta.
Namun, adakah jika anda menggunakan bateri sel kering boleh tambah air ?
2. Supaya tidak tersalah memilih jenis air bateri kereta
Pemilihan jenis air bateri juga tidak boleh dipandang ringan. Anda dilarang sama sekali mengisi air paip atau air tapis ke dalam bateri kereta anda. Beli dan dapatkan air bateri kereta di kedai barangan kereta atau di stesen minyak yang menjual air bateri kereta.
Air bateri kereta tersebut bukan air biasa. Ianya membantu menjaga tenaga di dalam bateri kereta anda supaya kekal memberikan elektrik yang diperlukan oleh kereta anda.

Bolehkah minta bantuan isi air bateri kereta kepada kedai bateri kereta ?
Sebenarnya agak segan untuk kita datang bawa kereta dan minta bantuan kedai bateri kereta untuk isikan air bateri kereta. Kecuali jika kita sebelum ini membeli bateri kereta tersebut di kedai bateri kereta yang sama.
Selain itu, anda boleh meminta bantuan sewaktu anda servis tukar minyak hitam kereta atau minyak enjin kereta di pusat servis kereta. Namun, kadang-kadang kita akan servis kereta setiap 6 bulan sekali. Ianya akan kering sebelum waktu servis.
Apakah jadual sesuai bagi mengisi air bateri kereta ?
Penjadualan bagi mengisi air bateri kereta sangat penting. Hal ini supaya anda dapat mengoptimumkan tenaga dari bateri kereta anda lebih-lebih lagi anda yang kerap menggunakan kereta untuk perjalanan yang jauh dalam mengambil masa yang lama.
Rujuk jadual waktu yang sesuai untuk isi air bateri kereta seperti yang disarankan :
| Tempoh penggunaan bateri kereta | Tempoh mengisi air bateri kereta |
| Bateri kereta baru (1-6 bulan) | 3 bulan sekali |
| Bateri kereta pertengahan (6-24 bulan) | 1-2 bulan sekali |
| Bateri kereta lama (24 bulan dan ke atas) | 1 bulan sekali |
Bagaimana cara isi air bateri kereta ?
Ikuti cara isi air bateri kereta mengikut susunan di bawah :
- Buka bonet depan kereta anda.
- Kenal pasti bateri kereta terletak di mana.
- Tidak perlu membuka bateri kereta dari tempatnya.
- Kenal pasti juga bahagian skru sebelum anda membuka untuk mengisi air bateri kereta.
- Buka semua skru tempat air bateri kereta anda.
- Check terlebih dahulu dengan melihat di dalam lubang skru yang telah dibuka tadi.
- Lihat pada bahagian tepi bateri kereta ada tertulis takat atau level air bateri kereta sekarang.
- Ambil botol yang mengisi air bateri kereta.
- Isikan air bateri kereta ke dalam lubang air bateri tadi sambil memerhati paras air bateri kereta sehingga mencapai maksimum level.
- Pastikan air bateri kereta telah diisi bagi kesemua lubang air bateri yang telah dibuka.
- Tutup semula skru air bateri kereta tadi dengan kemas.
- Lap pada permukaan atas bateri kereta sekiranya terdapat tumpahan air bateri kereta.
- Selesai.
Cara isi air bateri kereta mengikit model kereta
1. Cara isi air bateri kereta axia
Untuk kereta perodua Axia, anda boleh ikuti cara isi air bateri kereta seperti di atas. yang membezakan cuma anda perlu tahu di mana kedudukan bateri kereta anda terletak sebaik sahaja bonet depan kereta dibuka.
2. Cara isi air bateri kereta bezza
Begitu juga dengan cara isi air bateri kereta Bezza anda. Untuk anda yang baru beli kereta bezza, bateri kereta yang digunakan bukanlah bateri kereta basah.
Namun, jika anda menukar kepada bateri kereta basah kemudiannya, anda boleh mempraktikkan cara isi air bateri kereta bezza sama seperti di atas.
3. Cara isi air bateri kereta myvi
Selain itu, jika anda gunakan kereta perodua myvi, anda juga boleh menggunakan cara isi air bateri kereta myvi. Namun, tidak semua kereta myvi sekarang menggunakan bateri kereta basah.
Jika anda kurang pasti, bukan bonet hadapan kereta myvi anda untuk dapatkan kepastian bateri kereta apakah yang sedang anda gunakan.
Cara Tukar Air Bateri Kereta
Cara tukar air bateri kereta melibatkan pembuangan semua air lama sebelum mengisi air yang baru. Proses ini biasanya dilakukan apabila air bateri menjadi terlalu keruh atau bateri menunjukkan tanda prestasi lemah.
Pemilik perlu membuka semua penutup sel dan mengeluarkan air lama dengan berhati-hati menggunakan alat penyedut. Kemudian, isi air suling yang baru sehingga ke paras yang betul.
Langkah ini membantu menyegarkan kembali tindak balas kimia bateri. Penukaran air yang betul boleh meningkatkan kecekapan air bateri kereta.
Paras Air Bateri Kereta dan Sukatan Air Bateri Kereta
Paras air bateri kereta merujuk kepada sukatan air yang perlu berada dalam tahap optimum. Bateri mempunyai tanda upper dan lower level sebagai panduan untuk menentukan paras yang selamat.
Jika paras terlalu rendah, tindak balas kimia menjadi lemah, dan jika terlalu tinggi, air boleh melimpah. Sukatan air bateri kereta yang seimbang penting untuk menjaga kesihatan bateri.
Pemeriksaan visual secara berkala dapat memastikan paras air sentiasa berada di tahap ideal.
Langkah-langkah melihat paras air bateri kereta
Sebaiknya anda melakukan membaca paras air bateri kereta di waktu pagi atau sebelum menghidupkan enjin kereta.
Berikut merupakan langkah demi langkah paras air bateri kereta :
- Buka bonet hadapan kereta
- Tentukan kedudukan bateri kereta
- Lihat pada permukaan atas bateri kereta sama ada mempunyai bentuk skru atau berbentuk tambah (+)
- Buka semua skru yang mempunyai 5 hingga 6 bentuk yang sama
- Goyangkan sedikit kereta anda sambil anda memerhatikan sukatan air bateri kereta dalam setiap lubang skru yang telah dibuka.
- Jika terdapat pergerakkan air, maka ianya masih mempunyai baki, namun perlu ditambah.
- Manakala, jika tiada sebarang pergerakkan air dalam lubang skru yang telah dibuka, maka paras air bateri kereta telah pun kering.
- Ambil lampu suluh atau flash light telefon bagi membuat kepastian sama ada masih terdapat air bateri kereta atau pun tidak.
- Tambah air bateri kereta untuk setiap lubang skru sehingga paras air bateri kereta anda hampir penuh.
- Berhati-hati semasa mengisi air bateri kereta dan elakkan berlakunya air bateri kereta melimpah.
- Tutup setiap lubang skru air bateri kereta dengan kemas dan rapi.

Kesan menjaga sukatan air bateri kereta dengan baik
Jika anda tidak menjaga paras air bateri kereta, maka setiap bateri kereta basah yang anda gunakan tidak akan tahan lama.
Sebaliknya, jika anda menjaga paras air bateri kereta dengan baik dan berjadual, kesannya akan melebihi jangkauan.
Kebiasaan secara purata setiap bateri kereta akan diberi tempoh penggunaan dari 2 tahun hingga 3 tahun.
Apabila anda menjaga baik paras air bateri kereta anda, maka tempohnya akan melebihi sehingga boleh mencapai 5 tahun bagi setiap bateri kereta basah.
Ini adalah salah satu kelebihan dan keunikan jika sukatan air bateri kereta diberikan perhatian dengan baik dan teratur.
Air Bateri Sel Kering
Air bateri sel kering merujuk kepada bateri yang direka tidak memerlukan penambahan air. Namun, ada sesetengah jenis bateri sel kering yang sebenarnya masih boleh ditambah air jika ia mempunyai penutup kecil pada atas bateri.
Walaupun begitu, langkah ini tidak digalakkan kecuali atas nasihat pakar kerana reka bentuknya berbeza dengan bateri basah.
Pengguna perlu memahami jenis bateri yang digunakan sebelum melakukan penambahan air. Bateri sel kering biasanya tahan lebih lama dalam penggunaan harian tanpa penyelenggaraan.
Oleh itu, ia menjadi pilihan ramai pengguna moden yang mahukan kemudahan.
Tambah Air Bateri Kereta & Free Maintenance
Tambah air bateri kereta perlu dilakukan apabila paras air menurun tetapi belum habis sepenuhnya. Prosedur ini melibatkan penambahan air suling secara berhati-hati agar tidak melampaui paras maksimum.
Air bateri free maintenance pula tidak memerlukan penambahan kerana direka untuk berfungsi tanpa penyelenggaraan.
Namun, sesetengah bateri free maintenance masih boleh diperiksa melalui tingkap penunjuk keadaan bateri.
Jika warnanya berubah, ini menandakan bateri sudah lemah dan perlu diganti. Memahami perbezaan antara kedua jenis ini membantu pemilik membuat keputusan penyelenggaraan.
Macam mana nak tahu jenis bateri kereta perlu di isi air atau pun tidak perlu di isi air ?
Walau apa pun, anda wajib melihat pada permukaan atas bateri kereta. Perhatikan dan kenali tanda-tanda bateri kereta kering dengan cara hanya mempunyai 2 terminal yang menghubungkan wayar positif dan negatif kepada bateri kereta anda.
Lebih mudah, anda hanya perlu pastikan tiada sebarang skru berupa plastik sebesar ibu jari. Tanda kedua bateri kereta sel kering adalah skry plastik tersebut akan mempunyai 5 atau 6 biji berderet mengikut lebar bateri kereta anda.
Seterusnya, bila anda lihat pada keliling bateri kereta, tiada sebarang tanda atas yang menulis “MIN” dan “MAX” yang menandakan ianya dalah water level air bateri kereta.
Jika ketiga ciri-ciri di atas tiada, maka pasti bateri kereta yang anda gunakan adalah bateri kering yang tidak boleh ditambah air.
Kekurangan menggunakan bateri kereta sel kering
Dari segi asasnya ada kelebihan menggunakan bateri kereta jenis sel kering ini. Namun juga terdapat kekurangan kerana bateri kereta kering tidak boleh ditambah air bateri kereta.
Hal ini kerana, berdasarkan pengalaman, untuk tempoh luput sesebuah bateri kereta kering adalah lebih singkat. Ianya tidak mempunyai bahan tambahan supaya penjanaan tenaga dalam bateri kereta itu kerap berada di tahap optimum.

Harga Air Bateri Kereta
Harga air bateri kereta biasanya bergantung kepada jenis air suling dan jenama yang ditawarkan. Air bateri kereta harga standard selalunya berpatutan dan mudah didapati di kedai alat ganti kereta.
Harga air bateri pula boleh berbeza mengikut isipadu botol dan kualitinya. Walaupun murah, pengguna perlu memastikan mereka membeli air yang betul dan tidak menggunakan air paip.
Penggunaan air yang salah boleh merosakkan sel bateri dalam jangka masa panjang.
Berapakah harga air bateri kereta petronas ?
Untuk pengetahuan anda, harga air bateri kereta petronas hanyalah berjumlah RM3.50 sahaja.
Harga air bateri kereta petronas ini adalah untuk 1 botol iaitu sebanyak 1 liter yang boleh anda manfaatkan 3 hingga 4 kali penggunaan.

Adakah harga air bateri kereta petronas sama dengan jenama air bateri kereta lain ?
Contoh jenama air bateri kereta seperti shell, penzoil, bhp dan Csm merupakan pilihan lain selain air bateri kereta petronas.
Berikut merupakan harga air bateri kereta yang boleh anda bandingkan :
| Jenama air bateri kereta | Harga air bateri kereta |
| Petronas | RM3.50 |
| Shell | RM4.00 |
| Bhp | RM3.00 |
| Penzoil | RM3.00 |
| Csm | RM2.40 |
Dalam banyak-banyak pilihan air bateri kereta, kesemuanya boleh digunakan oleh bateri kereta basah anda.
Namun, ada sesetengah pemilik kereta akan membelanjakan harga air bateri kereta petronas kerana ianya mudah di dapati di stesen minyak dan dalam masa yang sama ianya merupakan air bateri kereta original.
Berapa lama air bateri kereta boleh bertahan sebenarnya ?
Kita akan melihat dari beberapa sudut air bateri kereta tahan berapa lama seperti berikut :
1. Bateri kereta baru dibeli
Air bateri kereta pada masa ini akan tahan sehingga mencapai 6 bulan penggunaan sebaik sahaja ianya baru dibeli di kedai bateri kereta.
Namun, tidak semua air bateri kereta akan mencapai tempoh ini kerana kebergantungan kepada cara anda menggunakan kereta.
2. Bateri kereta 2 tahun setelah dibeli
Dua tahun menggunakan bateri kereta basah adalah normal untuk air bateri kereta ini perlu anda cek air bateri kereta dan membuat topup dari masa ke masa.
Air bateri kereta tahan berapa lama pada waktu ini ?Kerap kali jika dah mencapai tempoh 2 tahun, anda perlu lebih kerap cek air bateri kereta.
Oleh itu, jika dirumuskan, air bateri kereta perlu anda topup 2 hingga 3 bulan sekali pada waktu ini.
3. Bateri kereta 3 tahun dan ke atas
Jika anda dah biasa menggunakan bateri kereta basah pasti anda dah biasa membuat topup air bateri kereta.
Paling tidak pun 1 bulan sekali anda perlu menambah air bateri kereta kerana pada waktu ini penggunaan air bateri kereta adalah tinggi.
Selagi mana anda menjaga water level air bateri kereta, selagi itu tempoh bateri kereta mampu bertahan. Malah, boleh dikatakan mencecah sehingga 5 tahun sekali barulah anda perlu membeli bateri kereta basah yang baru.
Air Bateri Kereta Axia
Air bateri kereta Axia perlu dijaga dengan baik terutama bagi model yang menggunakan bateri basah. Pemilik disarankan memeriksa paras air secara berkala bagi mengelakkan masalah enjin sukar dihidupkan.
Model Axia yang menggunakan bateri basah memerlukan perhatian lebih pada tahap penyejatan air. Penjagaan yang betul dapat memanjangkan jangka hayat bateri dan mengelakkan kerosakan tiba-tiba.
Dengan langkah penyelenggaraan yang konsisten, prestasi air bateri kereta Axia akan sentiasa berada dalam keadaan baik.
Kesimpulan
Air bateri kereta memainkan peranan besar dalam memastikan sistem elektrik kenderaan berfungsi dengan lancar.
Penjagaan yang betul dapat mengelakkan masalah kereta sukar dihidupkan dan mengurangkan kos pembaikan.
Pemilik kereta juga perlu memahami jenis bateri dan keperluan penyelenggaraannya. Dengan pengetahuan ini, pengguna dapat membuat pilihan terbaik untuk kenderaan mereka.

Pingback: Air bateri kereta axia : Kesesuaian pilihan - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Axia : Check perkara ini sebelum beli - Mekanikakereta