Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Maklumat tambahan tentang bateri kereta axia

Bateri kereta axia. Apakah kelebihan dari segi bateri kereta axia yang anda miliki atau bakal miliki yang wajib anda ketahui lebih awal ?

Kereta yang merupakan keluaran produk tempatan iaitu perodua axia merupakan antara pilihan yang berjaya menarik perhatian ramai.

Dengan kehadirannya bermula sejak tahun 2014 di negara kita, kereta axia menjadi idaman ramai oleh kerana ianya sungguh praktikal dalam penggunaan harian.

Ini menjadikan penambahan kepada koleksi bateri kereta perodua di kalangan adik-beradiknya.

Justeru, bermula dari mula ianya dibeli sehinggalah tiba masanya untuk anda tukar bateri kereta axia dari lama kepada bateri kereta axia yang baru.

Bagaimana dengan maintainence kereta axia terutamanya dari segi bateri perodua axia ini ?

Bagi penjagaan atau nak maintain kereta axia ini terutamanya dari segi bateri kereta amatlah mudah.

Bateri perodua axia tidak serumit bateri kereta lain kerana tidak banyak menggunakan peralatan dalaman elektrik dan elektronik.

Namun, akan datang bagi generasi perodua axia ini pasti akan beralih sedikit demi sedikit setanding dengan feature kereta lain.

Ikuti pembacaan seterusnya bagi mengetahui berapa lama bateri kereta axia ini akan bertahan dan mempengaruhi kadar maintainnya yang berpatutan.

Apakah jenis bateri kereta axia yang boleh anda dapati ?

Terdapat dua jenis bateri kereta axia yang boleh anda buat pilihan. Antaranya adalah seperti bateri kereta axia kering dan bateri kereta axia basah.

Kedua jenis bateri kereta axia ini bergantung kepada cara bagaimana anda sendiri menjaganya.

Kebanyakkan di pasaran bateri kereta di negara kita telah banyak menjual kedua jenis bateri kereta ini.

Jadi, tiada sebarang masalah walau di mana sekali pun untuk anda mendapatkan jenis bateri kereta axia yang sesuai.

bateri kereta axia
Bateri kereta Axia

Bateri kereta axia basah atau kering yang sesuai digunakan ?

Jika diikutkan kedua jenis bateri kereta axia ini sesuai. Namun, yang menjadikan ianya berbeza adalah cara anda yang menggunakan sesebuah kereta axia tersebut.

Mengapa aku cakap begitu ? Mari kita perlihatkan bateri kereta axia basah atau kering yang sesuai untuk anda sebagai pemilik yang menggunakan kereta itu.

Bateri sel kering kereta axia amat sesuai digunakan jika anda seorang yang bila dah beli bateri perodua axia yang baru, dan gunakan sehingga ianya habis cas elektrik dalam bateri kereta tersebut. Maksud mudahnya setiap hari hanya start terus jalan.

Manakala, bateri kereta axia jenis basah pula memerlukan penjagaan berkala. Jika anda seorang yang rajin membuka bonet hadapan kereta dan check air bateri kereta secara berkala, ianya sangat sesuai untuk anda.

Yang membezakan sesuai atau tidak bateri kereta axia basah atau kering ini digunakan adalah berbalik kepada pemilik yang bakal menggunakannya tidak kira harian, mingguan atau jarang-jarang.

Bagaimana nak maintain air bateri kereta axia jika anda gunakan bateri kereta axia basah ?

Air bateri kereta axia perlu dijaga oleh pemilik kereta yang menggunakan bateri kereta axia jenis basah sahaja.

Langkah awal nak maintain air bateri kereta axia dimulakan dengan check air bateri kereta setiap 3 hingga 4 minggu sekali mengikut kekerapan anda melakukan pemanduan.

Dari check air bateri kereta axia itulah baru boleh anda tentukan sama ada perlu topup atau tambah air bateri kereta axia atau pun tidak.

Perlu diingatkan, langkah itu perlulah berterusan dilakukan agar anda dapat mengelakkan air bateri kereta axia kering dan merosakkan bateri kereta axia itu sendiri.

Saiz bateri kereta axia yang betul untuk dijadikan rujukan ?

Saiz bateri axia tidak menjadi sebarang masalah dalam pemilihannya. Hal ini demikian, bila tanya saja di kedai bateri kereta yang anda mahukan saiz bateri kereta axia, mereka sudah pun tahu mana yang sesuai.

Namun, kesilapan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Disebabkan itulah penting untuk anda tahu saiz bateri axia yang sebenar bagi memastikan kod pada bateri kereta yang dibeli itu tepat.

Jika diperlihatkan pada bahagian permukaan bateri kereta axia anda, anda akan dapati tulisan seperti NS40 atau NS40ZL.

Kepastian juga dapat buat melalui anda akan dapati saiz bateri kereta axia yang tertera kod tersebut adalah sama seperti saiz bateri axia anda yang lama.

Bateri kereta axia tahan berapa lama selepas ianya baru dibeli ?

Ada beberapa faktor bagi menentukan ketahanan bateri perodua axia. Contoh nak tahu bateri kereta axia tahan berapa lama adalah bergantung kepada :

  1. Kekerapan menggunakan kereta axia.
  2. Cara pemanduan kereta axia.
  3. Tambahan aksesori pada kereta axia.
  4. Cara penjagaan kereta axia (bateri kereta axia basah)

Bateri axia tahan berapa lama boleh dianggarkan selama 2 tahun 6 bulan untuk bateri sel kering kereta axia. Manakala, untuk bateri kereta axia basah pula mampu bertahan selama 3 hingga 4 tahun jika ianya dijaga dengan baik.

Baca juga : Bateri kereta axia tahan berapa lama

Cara tukar bateri kereta axia

Berikut merupakan langkah-langkah bagi cara tukar bateri kereta axia :

  1. Buka bonet hadapan kereta axia.
  2. Kenal pasti dimana bateri kereta axia anda berada.
  3. Pastikan bateri kereta axia yang baru telah dibeli sebelum melakukan cara tukar bateri axia secara sendiri di rumah anda.
  4. Pastikan wayar bateri kereta axia anda dicabut bermula dengan wayar hitam terlebih dahulu.
  5. Cabut wayar merah seterusnya.
  6. Keluarkan bateri kereta axia yang lama tadi.
  7. Ambil bateri kereta axia yang baru.
  8. Letakkan bateri kereta axia yang baru ke tempat yang sama dalam kedudukan terminal bateri kereta positif dan negatif yang betul.
  9. Pasang wayar merah terlebih dahulu.
  10. Kemudian pasang wayar hitam.
  11. Ikatkan skru kedua wayar merah dan hitam dengan kemas pada terminal bateri kereta anda.
  12. Hidupkan enjin kereta axia anda.
  13. Selesai.

Harga bateri kereta perodua axia

Harga bateri perodua axia amat berpatutan untuk dimiliki. Dengan saiz bateri kereta axia yang kecil sudah tentu harga bateri kereta axia menjadi agak murah.

Tambahan pula, jika anda mengeluarkan dan membayar harga bateri axia setiap 3 tahun sekali. Ianya amatlah berbaloi.

Bagi pendapat aku sendiri, harga bateri kering kereta axia masih berbaloi untuk dimiliki jika 2 tahun sekali ianya bertahan digunakan.

Dibandingkan pula bateri kereta axia harga untuk jenis bateri basah walaupun sama, ianya sangat bagus kerana penggunaan 3 hingga 4 tahun sekali baru diganti kepada yang baru.

Walaupun begitu, bukan sekadar bateri axia harga perlu diperhatikan, malah anda perlu rajin membuat sedikit survey dengan cara membandingkan jenama dan kelebihan setiap bateri kereta untuk kereta axia anda.

Harga bateri kereta axia 2017, 2018, 2019, 2020 dan 2021 boleh digunakan dengan bateri kereta axia yang sama iaitu berharga sebanyak RM190 hingga RM250 sahaja.

Baca juga : Harga bateri kereta perodua axia

9 thoughts on “Maklumat tambahan tentang bateri kereta axia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *