Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Renew roadtaxTowing kereta

Etiqa roadtax sticker

Etiqa roadtax sticker. Apakah itu sebenarnya sticker roadtax etiqa ? Adakah anda ingin memilikinya dan dimanakah untuk mendapatkan etiqa roadtax sticker ini ?

Walaupun masa sekarang sudah ramai yang beralih ke arah road tax digital, namun pengguna kertas roadtax kereta masih mendapat permintaan yang tinggi.

Berbalik kepada tajuk, road tax sticker merupakan pelekat yang digunakan selepas anda menampal kertas roadtax. Setiap syarikat insuran kereta akan membekalkan pelekat roadtax ini untuk kemudahan bukan sahaja untuk pemilik, malah untuk pengguna lain seperti ahli keluarga.

Roadtax sticker ini khasnya dituju kepada para pemilik kereta kerana ianya perlu dipamerkan dan ditampal pada bahagian cermin hadapan sebelah penumpang.

Apa yang terdapat pada etiqa roadtax sticker sebenarnya ?

Terdapat 2 jenis sticker yang dipasang sekali iaitu jpj road tax sticker dan etiqa roadtax sticker. Jika anda menghidupkan insuran kereta pada syarikat insuran etiqa takaful, maka anda akan mendapatkan sticker roadtax etiqa.

Jika anda melihat kepada jpj roadtax sticker, ianya akan tertulis beberapa maklumat. Antara maklumat yang tertera pada jpj road tax sticker adalah seperti berikut :

  1. Tarikh tamat roadtax kereta
  2. Harga roadtax kereta
  3. Nombor kenderaan kereta

Bagaimana pula, bagi etiqa roadtax sticker pula juga mempunyai maklumat yang disediakan bagi tujuan ketika anda menghadapi kecemasan. Antara perkara yang disediakan pada sticker roadtax etiqa adalah :

  1. Nama syarikat insuran yang melindungi kereta anda.
  2. Nombor telefon untuk kegunaan kecemasan sekiranya memerlukan khidmat towing atau trak tunda sepanjang 24jam.

etiqa roadtax sticker

Kepentingan road tax sticker terutamanya etiqa roadtax sticker

Pentingnya road tax sticker yang dipamerkan ini adalah keutamaannya adalah memudahkan anda sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Apabila anda menghadapi sebarang kemalangan, maka anda akan menjadi panik dan tidak tahu untuk membuat apa-apa langsung.

Justeru, walaupun ianya hanya pelekat road tax, kehadiran road tax sticker inilah pentingnya menyediakan nombor kecemasan untuk mendapatkan bantuan trak tunda yang disediakan oleh pihak syarikat insurans etiqa takaful.

Pihak syarikat insuran akan membantu anda untuk mendapatkan khidmat towing dengan segera terutamanya ketika kejadian berlaku pada lewat malam.

Road tax sticker ini bukan sahaja diberikan kepada anda yang menggunakan insurans kereta dari etiqa takaful sahaja, malah juga diberikan oleh syarikat insurans lain yang terdapat di negara kita.

Baca juga : Towing kereta guna insurans

Siapa yang layak mendapatkan etiqa roadtax sticker ?

Setiap para pemilik kereta layak mendapatkan road tax sticker sebenarnya. Ianya bergantung kepada terma dan syarat sesebuah syarikat insurans yang anda buat.

Untuk pembeli insuran kereta etiqa takaful, anda layak mendapatkan etiqa roadtax sticker sekiranya anda menghidupkan insurans kereta first party. Ini adalah salah satu terma dan syarat yang diletakkan oleh syarikat insuran etiqa.

Bagaimana sekiranya anda tidak dapat etiqa roadtax sticker ?

Walaupun anda membeli insurans kereta di etiqa takaful dan menghidupkan insurans 1st party, anda tidak mendapatkan road tax sticker ini dengan beberapa sebab iaitu kerana anda tidak meminta tempat anda menghidupkan insurans kereta tersebut.

Paling mudah untuk anda nak dapatkan etiqa roadtax sticker adalah jika anda membeli insurans di branch insurans etiqa dan juga agent berdaftar etiqa takaful.

Mereka akan terus memberikan road tax sticker kepada anda sebaik sahaja urusan telah dilakukan selesai. Sekiranya anda masih tidak mendapat sticker roadtax etiqa, ada kemungkinan anda membeli insurans kereta selain daripada tempat yang telah dinyatakan.

Sekiranya anda masih ingin memiliki etiqa roadtax sticker, anda boleh membelinya secara online, namun ianya masih perlu dibayar dibandingkan anda mendapatkan secara percuma.

One thought on “Etiqa roadtax sticker

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *