Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Towing kereta

Towing kereta guna insurans : Benarkah boleh tarik kereta guna insurans ? Ini cara tuntutnya

Towing kereta guna insurans. Bagaimanakah untuk anda ingin menggunakan khidmat towing kereta terutamanya towing kereta guna insurans ?

Tetapi sebelum itu, menjadi pertanyaan adakah tidak bagus untuk anda mengambil towing kereta selain dari yang disediakan oleh pihak insurans kereta anda ?

Apakah situasi yang dibenarkan untuk anda memanggil khidmat towing kereta ? Apa yang perlu anda buat sekiranya panggilan towing kereta anda tidak boleh dilakukan seperti yang sepatutnya ?

Mengapakah towing kereta guna insurans anda tidak dibenarkan ? Apakah inisiatif atau cara yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan towing kereta atau trak tunda bagi menunda kereta anda jika tidak menggunakan insurans kereta ?

Selain itu, jika anda menggunakan insurans kereta 3rd party, adakah anda boleh membuat towing kereta guna insurans ?

Apa beza towing kereta guna insurans dan towing kereta luar atau berdekatan ?

Towing kereta merupakan satu perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan bagi memudahkan pemilik kereta yang mengalami kemalangan jalan raya membawa kereta ke tempat baiki kereta.

Antara tempat baiki kereta selepas berlaku kemalangan adalah pusat servis mengikut jenama kereta anda gunakan dan bengkel kereta sama ada syarikat atau persendirian.

Jadi, anda mempunyai dua pilihan iaitu towing kereta guna insurans atau memanggil towing yang berada disekitar anda.

Apa bezanya bagi kedua jenis towing kereta yang boleh anda gunakan sekiranya berlaku kemalangan jalan raya ?

Berikut merupakan perbezaan towing kereta guna insurans dan towing kereta luar :

Towing kereta guna insuransTowing kereta luar
Mempunyai talian 24 jam dibantu oleh syarikat insurans anda sendiriTalian boleh anda dapati di internet
Tidak perlu mengeluarkan duit sendiri jika mempunyai free towing keretaPerlu menggunakan duit sendiri
Percuma selagi mana di bawah kilometer yang ditetapkanPengiraan harga dibuat berdasarkan setiap kilometer
Diuruskan oleh syarikat insurans andaUrusan perlu dibuat oleh anda sendiri
Jadual 1

Apakah situasi yang dibenarkan untuk anda memanggil towing kereta guna insurans ?

1. Towing kereta guna insurans akibat dari kemalangan jalan raya

Towing kereta keutamaannya adalah memudahkan pemilik kereta bagi mengalihkan kereta dari tempat kemalangan ke tempat baiki kereta.

Namun, ianya bergantung kepada jenis apakah insuran kereta yang anda gunakan sama ada 1st party mahupun 3rd party.

Kemudian, jika anda menggunakan insurans kereta 1st party, adakah syarikat insurans kereta anda memberikan khidmat towing kereta percuma. Anda akan dibekalkan dengan sticker insuran yang tertera nombor telefon khidmat towing.

Bila anda mengalami kemalangan, telefon syarikat insurans kereta anda bagi menanyakan khidmat towing kereta yang mereka sediakan. Pastikan anda telah berbincang tentang jarak dan harga yang perlu dibayar sekiranya melebihi kilometer.

Baca juga : Etiqa roadtax sticker

2. Towing kereta guna insuran akibat dari kerosakan kereta atau breakdown

Tidak semua syarikat insurans kereta menyediakan towing kereta guna insurans bagi kes kereta rosak atau breakdown ini.

Walaupun memberikan servis towing kereta kepada anda bagi kes kemalangan, namun tidak untuk kes kerosakan kereta atau breakdown.

Jika anda mengalami masalah ini, maka towing kereta guna insurans adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Oleh itu, anda perlu mencari cara lain bagi mendapatkan towing kereta luar agar dapat membawa kereta ke bengkel kereta.

Mengapa towing kereta guna insurans tidak boleh anda gunakan ?

Kebanyakkan dari anda pemilik kereta yang membeli insurans kereta 1st party pasti akan mendapat free towing kereta sebagai servis yang diberikan sebagai kelebihan untuk anda.

Namun, bagi yang renew insurans kereta 3rd party, kelebihan towing kereta guna insurans secara percuma ini tidak dapat anda nikmati.

towing kereta guna insurans
Towing kereta guna insurans

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya panggilan towing kereta guna insurans anda tidak boleh dilakukan ?

Pilihan yang anda ada adalah memanggil towing kereta secara persendirian. Banyak saja jika anda membuat pencarian di internet mengenai towing kereta akan keluar nombor telefon pada iklan yang muncul.

Tiada beza sangat pun antara kedua jenis towing kereta ini. Apa yang penting adalah anda ketahui khidmat towing kereta luar secara persendirian juga adalah selamat untuk digunakan.

Adakah selamat untuk menggunakan towing kereta yang berada berdekatan di kawasan anda ?

Sebenarnya khidmat towing kereta atau trak tunda ini ada yang melakukan secara sendiri dan ada juga di bawah syarikat berdaftar.

Jika anda berurusan dengan towing kereta secara persendirian, maka lebih mudah untuk anda membuat tawar menawar dari segi harga.

Manakala, jika anda menggunakan towing kereta yang berdaftar di bawah kendalian syarikat pula, urusan lebih bersistem dan apa-apa yang berlaku lebih tertumpu kepada keselamatan anda.

Namun, tidak bermakna towing kereta secara persendirian tidak selamat untuk digunakan.

Keduanya mempunyai matlamat yang satu iaitu membantu kereta anda yang mengalami kerosakan atau kemalangan untuk dibawa ke bengkel kereta yang dikehendaki.

One thought on “Towing kereta guna insurans : Benarkah boleh tarik kereta guna insurans ? Ini cara tuntutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *