Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cara cabut terminal bateri kereta

Cara cabut terminal bateri kereta. Bagaimanakah cara cabut kepala bateri kereta dari terminal bateri kereta sekiranya anda menghadapi masalah kesukaran menanggalkannya ?

Setiap bateri kereta mempunyai beberapa komponen yang perlu anda kenali. Antara komponen yang penting untuk anda kenali adalah terminal bateri kereta.

Terminal bateri kereta merupakan penghubung antara bateri kereta kepada kepada kepala bateri kereta. Daripada terminal bateri kereta akan disalurkan tenaga elekrik yang disimpan dalam bateri kereta.

Seterusnya, melalui terminal bateri kereta juga akan menyalurkan kepada kepala bateri kereta dan seterusnya akan melalui wayar positif dan negatif bateri kereta dan memberikan tenaga kepada bahan-bahan elektronik dalam kereta anda.

Apa itu terminal bateri kereta ?

Lebih mudah untuk anda fahami di artikel ini adalah merujuk terus kepada gambar dimanakah terminal bateri kereta yang sebenarnya.

cara cabut terminal bateri kereta

Lihat gambar di atas dan bulatan berwarna kuning tersebut. Itu adalah terminal bateri kereta yang sebenarnya. Ianya disambungkan lengkap bersama bateri kereta anda.

Terminal positif negatif kereta akan ditulis pada atas bateri kereta sebagai tanda manakah sepatutnya kepala bateri kereta anda patut dimasukkan. Positif negatif bateri kereta akan mengikut kesesuaian berdasarkan kereta apakah yang anda gunakan.

Sekiranya positif dan negatif bateri kereta anda berada disebelah kanan, maka bateri kereta yang betul perlu dipilih agar terminal bateri kereta yang diletakkan boleh diikat dengan baik dan kemas.

Baca juga : Kepala bateri kereta longgar

Bagaimanakah cara cabut terminal bateri kereta yang sebenarnya ?

Untuk pengetahuan anda, cara cabut terminal bateri kereta adalah tidak boleh sama sekali. Bahkan, ianya juga tidak boleh dipasang atau diganti dengan baru. Sekiranya anda sudah cabut terminal bateri kereta, maka fungsi sesebuah bateri kereta itu tidak boleh digunakan lagi.

Hal ini demikian, ramai orang yang keliru terminal bateri kereta dan kepala bateri kereta. Sekiranya anda ingin cabut kepala bateri kereta, itu semestinya boleh untuk diganti kepada yang baru.

cabut kepala bateri kereta

Rujuk pada gambar di atas. Ini adalah kepada bateri kereta yang disambungkan wayar positif dan negatif dari kereta anda. Wayar positif akan dihubungkan kepada kepala bateri kereta dan dimasukkan ke dalam terminal bateri kereta serta diikat dengan baik. Begitu juga dengan wayar negatif.

Bagaimana cara tukar kepala bateri kereta ?

Antara sebab untuk anda tukar kepala bateri kereta adalah disebabkan oleh ianya sudah terlebur. Sekiranya ianya sudah terlebur yang disebabkan pernah berlaku litar pintas oleh kereta anda, dinasihatkan untuk tukar kepada bateri kereta yang baru.

Lakukan cara tukar kepala bateri kereta mengikut turutan berikut :

  1. Enjin kereta berada dalam keadaan tidak hidup.
  2. Pastikan kepala bateri kereta tidak disambungkan kepada terminal bateri kereta.
  3. Longgarkan skru kepala bateri kereta yang lama. Jika ianya tidak menggunakan skru, buka sambungan menggunakan playar.
  4. Cabut kepala bateri kereta yang lama.
  5. Bersihkan bahagian hujung wayar tersebut.
  6. Pasang kepala bateri kereta yang baru dengan kemas dan ketat agar ianya tidak mudah tertanggal.
  7. Lakukan proses yang sama untuk wayar seterusnya.
  8. Selesai.

Cara pasang kepala bateri kereta adalah mengikut kepala bateri kereta yang anda beli. Sekiranya ianya terdiri daripada skru, maka masukkan wayar dengan kemas dan ketatkan skru. Manakala, jika hanya terdiri daripada pengikat biasa, maka masukkan wayar kepada pengikat dengan kemas, dan tekan sehingga wayar itu tidak boleh dicabut.

Baca juga : Wayar bateri kereta longgar

2 thoughts on “Cara cabut terminal bateri kereta

Comments are closed.