Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Harga bateri kereta myvi advance

Harga bateri kereta myvi advance. Berapakah kadar yang perlu anda keluarkan bagi setiap harga bateri kereta terutamanya untuk kereta myvi advance ?

Seperti yang kita tahu, ada terdapat beberapa variant atau spec bagi kereta perodua myvi.

Antara variant yang menjadi pilihan hati untuk yang telah memiliki sebuah kereta perodua myvi adalah advance.

Spec advance ini dikira sebagai paling tertinggi dalam kalangan spec-spec yang ada yang ditawarkan oleh pihak perodua sendiri.

Di artikel ini kita akan melihat adalah terdapat beza dari segi bateri kereta myvi mengikut spec yang sedia ada ?

Jika terdapat perbezaan, adakah harga bateri kereta myvi terutamanya sepc advance adalah lebih tinggi dibandingkan spec lain ?

Mari teruskan pembacaan untuk mengetahui apakah jawapan disebalik persoalan yang tersirat di atas.

Adakah terdapat perbezaan bateri kereta myvi yang digunakan mengikut spec atau variant ?

Untuk pengetahuan anda semua pengguna dan pemilik perodua myvi, tiada sebarang perbezaan dari segi bateri kereta mengikut spec yang anda gunakan.

Namun, terdapat perbezaan dari segi model perodua myvi yang anda sedang gunakan.

harga bateri kereta myvi advance

Model atau tahun keluaran kereta myvi mempengaruhi pemilihan bateri kereta anda walaupun spec yang anda gunakan adalah sama iaitu advance.

Untuk lebih mudah, jika kereta myvi advance anda mempunyai teknologi start stop engine atau eco idle, maka bateri kereta ini menggunakan jenis bateri kereta myvi m42.

Manakala, jika kereta myvi anda tidak mempunyai teknologi eco idle, maka bateri kereta perodua myvi yang anda gunakan adalah jenis bateri kereta myvi biasa iaitu NS40.

Berapakah harga bateri kereta myvi advance sepatutnya ?

Bila anda sudah kenal pasti perbezaan di atas, senanglah untuk membeli bateri kereta myvi advance anda.

Berikut merupakan harga bateri kereta myvi advance yang boleh anda dapati di pasaran :

Jenama bateri kereta untuk myviHarga bateri kereta myvi advance (eco idle)Harga bateri kereta myvi advance (tanpa eco idle)
CenturyRM300-RM330RM190
AmaronRM290-RM340RM245
YokohamaRM300-RM350RM200

Harga bateri kereta myvi advance di atas merupakan anggaran berdasarkan rujukan secara kasar.

Untuk mendapatkan harga bateri kereta myvi advance yang lebih murah, pastikan anda menjual semula bateri kereta myvi yang lama.

Berapakah penjimatan yang boleh dapat dalam harga bateri kereta myvi advance jika bateri myvi lama dijual ?

Kadar penjimatan atau jual balik harga bateri myvi lama tidaklah terlalu tinggi. Ianya mengikut kedai bateri kereta tertentu.

Ada yang menjual semula RM10 minimum. Namun, ada juga kedai bateri kereta membeli bateri kereta myvi lama anda dengan harga RM25.