Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Insuran motor

Harga insuran motor 110cc

Harga insuran motor 110cc. Berapakah jumlah yang perlu anda belanjankan bagi harga insuran motor yang menpunyai 110cc ?

Secara asasnya jika anda baru memiliki sebuah motosikal, anda perlu mengetahui bahawa setiap tahun anda perlu memastikan insuran motor anda hidup.

Bagi anda yang baru saja keluar motor baru, insuran motor anda telah diuruskan oleh pihak kedai motor di mana tempat anda beli.

Seterusnya ianya terletak pada tanggungjawab anda untuk menghidupkan insuran motor 110cc ini sendiri.

Artikel berkaitan : Senarai harga insuran motor mengikut cc

Bagaimana nak kenal pasti cc enjin motor anda 110cc ?

Persoalan pertama adalah pasti anda perlu tahu bagaimanakah nak tahu berapakah cc enjin motor anda.

Cara paling mudah untuk tahu cc enjin motor anda adalah dengan merujuk pada geran motor anda.

Pada masa sekarang, anda boleh terus dapatkan geran motor bersaiz separuh dari kertas saiz A4 yang berwarna merah jambu.

Cari dan lihat pada tulisan cc enjin motor anda. Jika tertulis 110cc, maka barulah anda boleh pastikan ianya adalah betul motor anda 110cc.

Berapakah harga insuran motor 110cc anda ?

Bila sudah dapat pastikan cc enjin motor anda 110cc, maka mudahkan untuk anda membuat anggaran bagi harga insuran motor 110cc anda.

Harga insuran motor 110cc yang diberikan di bawah merupakan harga anggaran yang boleh anda jadikan rujukan.

Ianya juga merupakan harga insuran motor first party. Anda digalakkan untuk membuat insuran motor first party kerana faktor perlindungan untuk motor baru.

Berikut merupakan harga insuran motor 110cc :

Market valueHarga insuran motor 110cc
RM4000-RM5000RM230 – RM270

Harga di atas juga merupakan harga anggaran dan tidak tertakluk kepada jenama motor. Ianya juga berdasarkan anggaran market value motor pada tahun pertama setelah ianya dikeluarkan.

Anda boleh sediakan amount atau jumlah seperti di atas sekiranya baru saja pertama kali ingin hidupkan harga insuran motor 110cc anda

Adakah terdapat beza harga insuran motor 110cc dengan cc motor lain ?

Jawapannya adalah ada. Semakin besar cc enjin motor, semakin tinggi harga insuran motor anda.

Hal ini demikian, cc enjin memainkan peranan tertinggi dalam jumlah keseluruhan harga insuran motor.

Semakin cc enjin tinggi, semakin mahal harga motor dan market value yang perlu anda lindungi.

Harga insuran motor 110cc

Bila masa sesuai untuk dapatkan harga insuran motor 110cc bagi insuran motor 3rd party ?

Untuk saranan sebolehnya anda membeli insuran motor first party sampai bila-bila selagi ianya boleh dilindungi.

Namun, jika anda mempunyai kekangan budget, masa yang sesuai untuk dapatkan harga insuran motor 110cc yang murah adalah dengan memilih insuran motor 3rd party.

Disarankan juga jika anda berniat untuk membeli insuran motor 3rd party, pastikan anda sudah tidak mempunyai baki pinjaman pada pihak kedai motor atau pihak pinjaman seperti aeon untuk motor anda.

Hal ini kerana, segala risiko jika berlaku kemalangan, anda perlu mengeluarkan dua jumlah wang iaitu kos baiki motor serta bayaran bulanan motor.

One thought on “Harga insuran motor 110cc

Comments are closed.