Harga insuran motor ex5
Harga insuran motor ex5. Berapakah harga insurans motor yang sepatutnya anda belanjakan bagi setiap tahun terutamanya anda sebagai pemilik motor ex5 ?
Sememangnya kewajipan bagi anda setiap tahun untuk renew insurans motor. Tuntutan ini adalah sebagai memberi kepentingan kepada motosikal yang anda tunggangi.
Lebih-lebih lagi soal perlindungan yang merupakan keutamaan jika anda berada di atas jalan raya.
Bukan sahaja soal anda, namun juga mengenai kenderaan lain yang perlu dipertanggungjawabkan oleh anda sekiranya anda dipihak bersalah.
Artikel rujukan : Senarai harga insuran motor mengikut cc
Jenis insuran motor ex5
Terdapat dua jenis insurans motor yang boleh anda gunakan pada motosikal honda ex5 anda iaitu :
- Insurans motor first party ex5
- Insuran motor 3rd party ex5
Kedua jenis insurans motor ex5 ini boleh anda pilih untuk membenarkan anda bagi renew roadtax motor.
Tiada pilihan lain selain kedua jenis insuran motor di atas yang boleh anda buat. Hal ini demikian ianya mempunyai fungsinya tersendiri.
Fungsi insurans motor first party ex5
Motosikal ex5 anda boleh anda lindungi dengan menggunakan insuran motor 1st party.
Antara kelebihan jika anda buat insuran motor 1st party ialah :
- Perlindungan kemalangan
- Perlindungan kecurian atau kehilangan
- Perlindungan kebakaran
Sekiranya berlaku kemalangan jalan raya sama ada melibatkan kenderaan lain atau pun anda kemalangan sendiri, motosikal honda ex5 anda boleh dibaiki dengan menggunakan insuran motor mengikut cover berapa anda bayar.
Contohnya anda membuat cover sebanyak RM4,000. Manakala, kos baiki motor ex5 anda adalah sebanyak RM2,500. Maka, anda boleh membuat claim insurans motor tanpa perlu keluar sebarang duit dari poket anda.
Namun, cover insurans motor perlulah mengikut market value tahunan semasa. Ianya tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah.
Fungsi insurans motor third party ex5
Jika diikutkan, walaupun anda membayar insurans motor 3rd party ex5, tiada sebarang kelebihan yang anda dapat.
Namun, kelebihan ini boleh didapati sekiranya anda telah menyebabkan kemalangan pada pihak motosikal lain semasa kemalangan berlaku.
Jadi, motosikal yang terlibat tadi boleh membuat claim insuran motor terhadap syarikat insuran motor anda.
Anda sebagai pemilik motor ex5 yang membeli insuran motor 3rd party tidak perlu mengeluarkan sebarang duit oleh kerana pihak tersebut boleh membuat claim insurans motor anda.
Berapa harga insuran motor ex5 first party dan third party ?
Harga insuran motor first party ex5 ini adalah berbeza bergantung kepada beberapa faktor iaitu :
- Tahun keluaran motosikal honda ex5
- Peratus NCD
- Market value semasa
- Umur pemilik motosikal ex5
Harga insuran motor 1st party ex5 di bawah adalah merupakan anggaran dari :
- Tahun keluaran motor sudah masuk tahun ke 5
- NCD adalah 25%
- Market value adalah sebanyak RM3,500
- Umur pemilik motor ex5 adalah 30 tahun
Namun, begitu juga motor ex5 yang sama didapati harga insuran motor ex5 3rd party ialah :
- Tahun motor masuk tahun ke 5
- NCD adalah 25%
- Market value adalah tiada iaitu RM0
- Umur pemilik ex5 adalah 30 tahun
Harga insuran motor ex5 first party | Harga insuran motor ex5 third party |
RM198.00 | RM91 |
Harga insuran motor ex5 di atas merupakan harga insuran motor sebelum hidupkan insuran motor ex5 yang boleh anda dapatkan quotation atau anggarannya pada pihak agent insuran atau secara online di internet.
Baca selanjutnya : Harga insuran motosikal third party
Pingback: Harga insuran motosikal third party - Mekanikakereta
Pingback: Senarai harga insuran motor mengikut cc - Mekanikakereta