Harga insuran motor honda adv
Harga insuran motor honda adv. Berapakah harga insuran motor bagi motor keluaran honda adv yang sedang hangat di pasaran tempatan ?
Dari tahun ke tahun terdapat banyak persaingan antara jenama-jenama motor hebat. Antara yang menjadi pilihan pemilik motor adalah sebuah jenama tidak asing lagi iaitu honda.
Honda bagi sebuah motosikal merupakan pilihan yang sangat tinggi di negara kita. Lebih-lebih lagi pelbagai model pilihan honda rancak dibeli kini adalah honda ADV.
Untuk pengetahuan anda, honda adv atau maksud adv iaitu ‘Adventure’ mempunyai beberapa cc enjin yang masuk ke negara kita.
Jadi, ianya tidak terhad kepada jumlah cc enjin tertentu dan boleh digunakan oleh pelbagai had umur dan paling penting adalah budget.
Kewujudan honda Adv membawa kepada keselesaan kepada penunggang serta pembonceng untuk perjalanan yang jauh dan sudah tentu jarak dekat.
Rujukan terkait : Senarai harga insuran motor mengikut cc
Apakah pilihan yang ditawarkan oleh motor honda adv ?
Terdapat 2 model yang terpaling hangat yang telah pun dilancar dalam negara kita antaranya adalah :
1. Honda adv 150
2. Honda adv 160
Apakah yang mempengaruhi sesebuah harga insuran motor honda adv ?
Berbalik semula kepada tajuk. Sebagai bakal pemilik atau pemilik yang sudah hampir setahun menggunakan motor honda adv, anda tentu ingin tahu harga insuran motor honda adv ini.
Faktor yang menjadi harga insuran motor honda adv ini adalah bergantung kepada seperti berikut :
1. Cc enjin motor honda adv
Jika anda perasan terdapat dua model motor honda adv iaitu honda adv 150 dan juga honda adv 160.
Honda adv 150 bermaksud cc enjinnya adalah 150cc. Manakala, honda adv 160 dibekalkan dengan cc enjin berjumlah 160cc.
Sudah pasti bagi honda adv 150 dan honda adv 160 mempunyai harga insuran motor yang berbeza.
Namun, berapakah harga insuran motor adv 150 dan harga insuran motor adv 160 ?
2. Market value motor honda adv
Bagi setiap motosikal, terutamanya motor baru pasti akan dilindungi dengan insuran motor first party.
Perkara yang mempengaruhi harga insuran motor first party untuk motor honda adv anda adalah market value semasa motor anda.
Harga insuran motor adv 150 dan harga insuran motor adv 160 akan menjadi tidak sama oleh kerana perbezaan market value yang ketara.
Walaupun reka ciptanya adalah seakan sama, namun terdapat banyak beza dari segi sparepart luaran hingga ke bahagian enjin motor honda adv ini.
Berapakah kos bagi hidupkan harga insuran motor honda adv 150 ?
Harga insuran motor honda adv yang bakal diberikan merupakan anggaran berhampiran dengan jumlah yang perlu anda keluarkan.
Berikut merupakan anggaran bagi harga insuran motor adv 150 :
Tahun | NCD | Market value | Harga insuran motor adv 150 |
1 | 10% | RM10,500 | RM520 |
2 | 15% | RM9,000 | RM450 |
3 | 20% | RM8,200 | RM390 |
4 | 25% | RM7,500 | RM320 |
Berapakah kos bagi hidupkan harga insuran motor honda adv 160 ?
Berikut merupakan anggaran bagi harga insuran motor adv 160 yang boleh anda jadikan rujukan terdekat :
Tahun | NCD | Market value | Harga insuran motor adv 160 |
1 | 10% | RM11,500 | RM575 |
2 | 15% | RM10,100 | RM510 |
3 | 20% | RM9,300 | RM460 |
4 | 25% | RM8,700 | RM415 |
Apakah kesan sekiranya tidak mengikut harga market value semasa ?
Jika tersilap membayar harga insuran motor, maka pasti akan mempunyai masalah ketika.
Kesilapan ini boleh berlaku sekiranya anda ingin terlalu murah untuk market value mootr adv anda.
Namun, ada juga tersilap memasukkan cc enjin motor. Disebabkan itu juga boleh menjadikan harga insuran motor honda adv anda menjadi terlalu murah.
Kesannya adalah ketika anda ingin membuat claim kemalangan. Anda akan mempunyai masalah ketika membuat claim kemalangan kerana kesalahan pada cc enjin motor.
Contohnya, motor anda adalah honda adv 160, namun pada covernote insuran tertera cc enjin 150cc.
Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, buat double check pada cover note insuran motor adv sebaik saja anda selesai renew insuran motor.
Pingback: Senarai harga insuran motor mengikut cc - Mekanikakereta