Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Insuran motor

Perbezaan insuran motosikal first party dan third party

Perbezaan insuran motosikal first party dan third party. Apakah bezanya antara insurans motor yang menggunakan 1st party dan juga 3rd party ?

Setiap tahun pemilik motor diwajibkan untuk renew roadtax motor. Sebelum nak renew roadtax motor, anda juga terlebih dahulu diwajibkan untuk renew insurans motor.

Pentingnya untuk anda renew insurans motor agar motosikal anda dilindungi sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kecurian atau berlaku kebakaran.

Namun, tahukah anda terdapat 2 jenis insurans motor yang boleh anda pilih bagi melindungi motor sekiranya berlaku kemalangan atau hilang atau terbakar ?

Pemilihan ini juga membolehkan anda dalam merangka budget setiap tahun agar tidak terlepas dari menghidupkan insurans motor.

Ada yang mempunyai wang lebih dan inginkan perlindungan tambahan terhadap motosikal anda. Insurans motor ini dikenali sebagai insurans motor first party.

Malah, ada juga pemilik motor pada tahun ini agak kekurangan budget dan ingin mengambil insurans motor paling murah. Ianya juga dikenali sebagai insurans motor third party.

Apakah perbezaan insuran motosikal first party dan third party ?

Berikut merupakan beberapa perbezaan antara insuran motosikal first party dan third party iaitu :

1. Jenis perlindungan terhadap perbezaan motosikal first party dan third party

Kedua jenis perlindungan insurans motor ini adalah tidak sama. Bagi insurans motor first party, anda akan dilindungi dengan tiga kelebihan iaitu kemalangan, kebakaran dan kecurian.

Bacaan lebih teliti : Harga insurans motor first party

Manakala, bagi insurans motor third party, anda sebagai pemilik motor tidak akan dilindungi sebarang perlindungan. Namun kenapa perlu anda bayar juga insuran motor 3rd party ini ? Hal ini demikian, perlindungan insurans motor 3rd party adalah untuk motosikal yang terlibat dalam kemalangan yang berpunca dari anda.

Baca selanjutnya : Harga insuran motosikal third party

perbezaan insuran motosikal first party dan third party

2. Market value dalam insuran motor 1st party dan 3rd party

Bagi anda yang membeli insurans motor first party, sudah pasti mempunyai market value. Setiap tahun market value ini akan berubah berdasarkan tahun ianya dikeluarkan.

Namun, bagi market value insurans motor 3rd party pula tidak mempunyai sebarang nilai. Ianya juga dikenali sebagai cover insurans 3rd party 0.

3. Harga insurans motosikal first party dan third party

Untuk motor yang menggunakan insurans first party, harga insurans yang perlu anda bayar adalah berdasarkan market value semasa, peratusan NCD, umur pemilik, umur motosikal dan kelebihan tambahan lain seperti Personal Accident (PA). Harga insurans ini agak tinggi kerana ianya dilindungi dengan baik oleh syarikat insurans.

Sebaliknya, untuk harga insuran motor 3rd party pula, harga insuran amatlah murah. Namun, ianya tidaklah begitu murah disebabkan risiko jika berlaku kemalangan terhadap motosikal lain perlu ditanggung oleh syarikat insurans anda.

Kenapa wujud perbezaan insuran motosikal first party dan third party ?

Perbezaan insuran motosikal first party dan third party adalah memfokuskan kepada dua faktor iaitu :

  1. Anda yang mempunyai budget
  2. Anda yang kekurangan budget

Jika tiada insuran 3rd party 0 diwujudkan, maka semua pemilik motor perlu menghidupkan insurans motor first party.

Kelonggaran ini diberikan agar semua pemilik motor mampu menghidupkan insurans motor seterusnya dapat renew roadtax motor tanpa sebarang masalah.

One thought on “Perbezaan insuran motosikal first party dan third party

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *