Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Insuran motor

Harga roadtax dan insurans motor 250cc

Harga roadtax dan insurans motor 250cc. Berapakah harga bagi keseluruhan bagi total roadtax dan insurans motosikal yang mempunyai 250cc ?

Setiap tahun menjadi kewajipan bagi anda untuk renew roadtax motor. Sebelum nak renew roadtax motor, anda adalah wajib untuk renew insurans motor terlebih dahulu.

Bagi anda yang memiliki motor cc enjin 250cc ini, tidak terlepas dari proses menghidupkan insurans motor dan kemudian baru boleh renew roadtax motor.

Tidak salah untuk dapatkan anggaran bagi harga roadtax dan insurans motor terutamanya bagi cc enjin 250cc sebelum anda sendiri membuatnya sendiri.

harga roadtax dan insurans motor 250cc

Tempat untuk dapatkan harga roadtax dan insurans motor 250cc

Tidak semua tempat anda boleh dapatkan harga roadtax dan insurans motor 250cc secara keseluruhan.

Ada tempat hanya boleh hidupkan insurans motor 250cc sahaja. Ada juga tempat hanya boleh renew roadtax motor 250cc sahaja tanpa boleh insurans motor.

Pilih tempat yang disarankan di bawah agar anda boleh dapatkan harga roadtax dan insurans motor 250cc secara total tanpa perlu anda lakukan keduanya berasingan.

Berikut merupakan tempat untuk anda dapatkan harga roadtax dan insurans motor 250cc iaitu :

1. Agent roadtax dan insurans

Biasa di setiap pekan atau bandar mempunyai agent sah yang berdaftar yang menawarkan khidmat membuat roadtax dan insurans bagi motor 250cc anda.

Bila anda setuju dengan harga roadtax dan insurans motor 250cc, buat bayaran dan tunggu sehingga insurans motor dihidupkan dan kemudian dapatkan roadtax motor 250cc anda.

2. Pejabat pos bagi mendapatkan harga roadtax dan insurans motor 250cc

Di pejabat pos juga membuat roadtax dan insurans motor secara terus. Datang ke pejabat pos dan dapatkan anggaran harga roadtax dan insurans motor 250cc.

Anda boleh dapatkan secara terus covernote insurans dan roadtax motor 250cc anda sebaik sahaja membuat bayaran. Namun, jika tersalah waktu anda perlu terpaksa menunggu giliran sekiranya orang ramai.

3. Dapatkan anggaran bagi harga roadtax dan insurans motor 250cc secara online

Dengan perkembangan teknologi terkini sudah banyak memudahkan anda. Hanya secara online saja anda boleh dapatkan anggaran keseluruhan harga roadtax dan insurans motor 250cc.

Contoh website yang boleh anda rujuk adalah Bjak, Myeg dan beberapa website syarikat insurans yang terkenal seperti etiqa takaful, berjaya sompo, takaful ikhlas dan tune insurans.

Berapakah harga roadtax dan insurans motor 250cc ?

Harga yang diberikan adalah merujuk kepada pengalaman aku sendiri yang bertanyakan kepada agent insurans dan roadtax secara melalui mesej.

Namun, harga roadtax dan insurans motor 250cc ini merupakan dari motor yamaha R25 yang pernah aku gunakan dulu.

Pada waktu itu merupakan tahun ke 4 motor itu aku hidupkan harga roadtax dan insurans motor 250cc.

Secara keseluruhan pada waktu itu aku perlu bayar harga roadtax dan insurans motor 250cc adalah sebanyak RM527 sahaja.

Dengan perlindungan atau market value pada waktu itu sebanyak RM13,000 dan NCD sebanyak 20%, harga itulah yang aku hidupkan bagi keseluruhan harga roadtax dan insurans motor 250cc.

Rujuk artikel berkaitan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci :

  1. Harga roadtax motor 250cc
  2. Harga insuran motor 250cc

3 thoughts on “Harga roadtax dan insurans motor 250cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *