Punca bateri motor cepat kong
Punca bateri motor cepat kong. Apakah sebab bateri motor kong sering berlaku kepada motor anda ? Apakah tanda bateri motor kong agar anda boleh terus tahu yang masalah tersebut adalah datang dari bateri motor anda ?
Setiap motosikal akan dibekalkan dengan sumber tenaga yang disimpan di dalam bateri motor. Tenaga dalam bateri motor yang disimpan digunakan bermula dari menghidupkan enjin motor hinggalah anda tiba di destinasi yang dituju.
Sekiranya anda membiarkan bateri motor sehingga kong, ianya bakal membawa masalah kepada anda seperti enjin tidak boleh dihidupkan ketika anda ingin menggunakan motor di saat kecemasan.
Oleh itu, ketahui punca bateri motor cepat kong agar anda boleh siap sedia untuk menggantikan bateri motor yang baru dan dalam masa yang sama menyediakan budget yang secukupnya.
Apakah tanda tanda bateri motor kong ?
Ada beberapa tanda bateri motor kong yang amat mudah untuk anda tahu. Antara tanda bateri motor hampir nak kong adalah seperti berikut :
1. Tidak boleh menggunakan starter
Jika motor anda dibekalkan starter untuk menghidupkan enjin, maka anda akan mudah untuk perasan tanda bateri kereta kong adalah ketika anda menggunakan starter untuk hidupkan enjin.
Kegagalan enjin anda untuk hidup adalah amat tipis dan perlu menggunakan pemijak (kick starter) sebagai cara lain untuk hidupkan enjin. Namun, y15zr bateri kong tidak dibekalkan dengan kick starter ini.
2. Hon tidak berbunyi
Anda boleh ketahui dari awal ketika anda ingin menggunakan hon motor, namun ianya tidak berfungsi dengan baik atau langsung tidak mengeluarkan bunyi. Ini adalah bukan disebabkan kegagalan hon motor anda, namun ianya disebabkan bateri motor anda hampir ke arah menjadi kong/ kehabisan.
3. Lampu motor tidak terang atau malap
Anda boleh perasan lampu motor anda sudah tidak terang ketika anda membawa motor pada waktu malam. Ini adalah salah satu tanda awal bateri motor anda hampir nak kong.
Ada pemilik cuba tukar kepada mentol dan lampu depan yang baru, namun sebelum menukar lampu yang baru, anda pasti disarankan oleh kedai motor untuk tukar bateri motor yang baru.
Apakah punca bateri motor cepat kong tanpa anda sangka ?
Setiap motor apabila sudah lama digunakan, bateri motor pasti akan kong. Secara purata bateri motor kong untuk tempoh 4 hingga 5 tahun. Namun, apakah punca sekiranya bateri motor cepat kong daripada biasa ?
Berikut merupakan punca bateri motor cepat kong yang mudah anda kenal pasti :
1. Masalah pada alternator motor
Kegagalan alternator berfungsi dengan baik akan menjejaskan bateri motor anda. Penggunaan bateri motor secara sepenuhnya menjadi punca bateri motor kong dengan cepat tanpa kehadiran alternator.
Perkara ini kerap terjadi kepada pemilik motor yang baru sahaja tukar bateri motor yang baru. Pada awalnya masih lagi boleh digunakan. Tidak lama daripada itu, enjin motor anda akan mudah mati disebabkan bateri motor yang baru tadi sudah habis digunakan.
2. Penambahan aksesori yang melibatkan bateri motor
Sekiranya anda rajin dalam penambahan aksesori motor yang melibatkan bateri motor, sudah pasti ianya menjadi punca kepada bateri motor cepat kong. Kadang-kadang anda tidak menambah pun aksesori, akan tetapi anda melakukan sedikit perubahan seperti menukar lampu mentol motor.
Ada yang ingin mendapatkan lampu motor yang lebih cerah dan terang ketika menggunakan pada waktu malam. Setiap mentol lampu motor menggunakan watt yang lebih tinggi pasti akan memberi kesan kepada bateri motor anda.
Contohnya, punca bateri motor cepat kong lc135 dan motor-motor lain boleh juga berlaku disebabkan hal yang sama iaitu pengubahsuaian yang melibatkan wiring dan bateri motor.
3. Jarang menghidupkan enjin motor
Setiap motor yang menjadi punca kepada bateri motor cepat kong adalah kerana ianya jarang dihidupkan. Kebanyakkan yang berlaku adalah untuk anda yang tidak menggunakan motor tersebut sebagai kegunaan harian.
Untuk mengelakkan punca bateri motor cepat kong bagi kes ini adalah anda menanggalkan wayar positif dan negatif daripada bateri motor anda. Ketika ingin menggunakan, barulah anda menyambung kepada wayar tersebut bagi mengelakkan cas bateri motor itu digunakan secara tidak langsung.