Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta Honda Jazz

Saiz bateri kereta honda jazz. Apakah saiz bateri kereta yang tepat boleh digunakan oleh sebuah kereta dari jenama terkemuka dan model yang dipercayai iaitu honda jazz ?

Kereta honda jazz mula dibawa masuk ke negara kita sejak dari tahun 2003 lagi. Dari generasi pertama honda jazz diperkenalkan kita sudah merasai kehadiran kereta honda jazz ini.

Sehingga kini masih lagi terdapat beberapa generasi honda jazz yang masih terjual walaupun ianya adalah pasaran aftermarket atau secondhand.

Apabila dah memiliki kereta honda jazz, akan terdapat beberapa perkara perlu ditukar termasuklah bateri kereta honda jazz.

Secara asas penukaran bateri kereta jazz dibuat mengikut tempoh 2 hingga ke 3 tahun. Namun, ianya berdasarkan beberapa faktor juga yang salah satunya adalah seperti pemilihan saiz bateri honda jazz, cara pemanduan dan juga kekerapan penggunaan kereta ini.

Di artikel ini, akan boleh mendapatkan saranan yang terbaik tentang saiz bateri kereta honda jazz menurut daripada pengalaman penggunaan kereta honda jazz selama beberapa tahun.

Saiz bateri kereta Honda Jazz

Pilihan yang boleh dibuat oleh setiap pemilik kereta terhadapa bateri kereta honda jazz adalah terletak kepada survey yang dilakukan. Hal ini demikian, sudah terdapat banyak jenama bateri kereta dan kelebihan yang diberikan.

Terpulang kepada kita sahaja untuk membuat pilihan dengan menyediakan kos bateri kereta mengikut budget yang sepatutnya kita nak.

Saiz bateri honda jazz secara asasnya menggunakan saiz B19 atau B20 mengikut ukuran fizikal. Untuk ukuran kadar elektrik atau kuasanya pula yang bergantung kepada pilihan yang ada atau yang ingin anda miliki.

Biasa ramai akan mencari bateri jenis ns40zl yang secara asas dan ianya adalah betul dan tidak disangkal. Namun, jika melihat lebih teliti, akan terdapat kod penggunaan kadar AH.

Bateri kereta honda jazz minimum yang ada di pasaran adalah seperti kod 38B19L atau 38B20L. Untuk yang nakkan ketahanan boleh memilih jumlah AH yang lebih tinggi sedikit.

Antara pilihan yang agak tinggi dari segi jumlah AH pada saiz bateri kereta honda jazz adalah seperti 40B19L, 44B19L dan juga 46B19L.

saiz bateri kereta honda jazz

Kesimpulannya

Tidak semua kedai bateri kereta menawarkan saiz bateri kereta jazz yang anda inginkan. Jika anda mahupun sesebuah saiz bateri honda jazz yang lebih baik, maka sedikit pencarian perlu dibuat dari kedai ke kedai bateri kereta.

Hal ini kerana, stok-stok bateri kereta yang mempunyai jumlah AH yang agak tinggi sering kali jarang dibeli kerana disebabkan kos yang perlu dikeluarkan.

2 thoughts on “Saiz bateri kereta Honda Jazz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *