Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta Honda Jazz : Ilmu penting

Bateri kereta Honda Jazz. Setiap pemilik kereta honda jazz boleh membuat rujukan tentang maklumat yang diperlukan tentang bateri kereta honda yang sesuai digunakan oleh kereta honda jazz.

Walaupun keluarannya telah dihentikan, namun, masih ramai yang sedang menggunakan kereta honda jazz di atas jalan raya sehingga kini.

Model-model yang kebanyakkannya digunakan adalah generasi kedua yang bermula pada tahun 2007. Dan juga model paling terkini digunakan di negara kita iaitu generasi ketiga yang bermula keluarannya dari tahun 2013.

Reka bentuk yang nampak kecil dari luar tetap bila masuk dalam kereta ini terasa luas ruang kabinnya diminati oleh para pemuda yang tidak inginkan kereta begitu besar yang mempunyai jenama iaitu honda.

Namun, apakah ciri-ciri yang perlu anda ketahui mengenai bateri kereta honda jazz ini ?

Saiz bateri kereta honda jazz

Elemen dalam setiap pencarian bateri kereta honda adalah merujuk kepada saiz model kereta tersebut. Untuk sebuah model kereta honda jazz, saiz yang digunakan adalah pada kadar minima.

Minima ini bermaksud saiz bateri honda jazz tidaklah besar dan mudah untuk dicari sekiranya ianya telah habis digunakan dan telah tiba masanya untuk tukar kepada bateri yang baru.

Bateri kereta Honda Jazz

Jenis bateri kereta honda jazz

Manakala, jenis bateri honda jazz pula adalah tertakluk kepada pilihan pemilik atau pemandu yang menggunakan kereta honda jazz ini.

Namun, kebanyakkannya pasti memilih bateri kereta honda yang tidak pening kepala dan tidak mementingkan jangka hayat penggunaan yang lebih lama.

Cukup sekadar purata tempoh penggunaan bateri tersebut, dan terus digantikan kepada bateri kereta baru.

Harga bateri kereta honda jazz

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi harga bateri honda jazz ini. Antaranya adalah mengenai saiz bateri honda jazz dan jenis bateri honda jazz.

Bateri kereta honda jazz yang dimaksud ini adalah bateri kereta 12V yang digunakan oleh model honda jazz biasa serta juga digunakan oleh honda jazz hybrid. Walau bagaimana pun, purata harga bateri kereta honda jazz adalah sekitar RM150 hingga RM250 sahaja.

Baca selanjutnya : Harga bateri kereta honda jazz

Harga bateri hybrid honda jazz

Manakala, harga bateri hybrid honda jazz pula adalah berbeza. Bateri hybrid adalah tidak sama dengan bateri kereta honda jazz yang dibincangkan.

Namun, kadar purata bagi menggantikan bateri hybrid honda jazz adalah sekitar jumlah RM3,500 hingga RM5,000 sahaja sekitarnya sudah tiba waktunya untuk diganti.

Cara tukar bateri kereta honda jazz

Teknik dalam cara tukar bateri kereta honda jazz adalah sama dengan kereta honda lain. Cuma yang sedikit berbeza adalah kedudukan bateri kereta honda jazz biasa dan jazz hybrid.

Pastikan anda betul-betul mengetahui kedudukan bateri kereta honda jazz sebelum melakukan cara tukar bateri kereta honda jazz sekiranya ingin melakukannya sendiri.

Bateri kunci kereta honda jazz

Kunci kereta honda jazz anda mempunyai bateri yang perlu diganti sekiranya anda dapati beberapa tanda yang salah satunya adalah kesukaran untuk menghidupkan enjin kereta.

Di samping itu, akan terdapat indicator pada meter kereta honda jazz anda yang memaklumkan bateri kunci kereta honda jazz anda sudah pun tiba masa untuk ditukar sebelum ianya tidak berfungsi sepenuhnya.

2 thoughts on “Bateri kereta Honda Jazz : Ilmu penting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *