Bateri kereta Toyota Vios : Model-model terkini
Bateri kereta Toyota Vios memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kelancaran operasi sistem elektrik kenderaan ini, termasuk sistem pengapian dan komponen elektronik.
Bateri yang digunakan dalam Toyota Vios perlu memenuhi spesifikasi tertentu bagi memastikan fungsi enjin dan aksesori kenderaan berjalan dengan baik.
Setiap model Toyota Vios mempunyai keperluan bateri yang sedikit berbeza, bergantung kepada tahun keluaran dan sistem yang digunakan dalam kereta tersebut.
Oleh itu, penting bagi pemilik Toyota Vios untuk memilih bateri yang sesuai dengan model mereka untuk mengelakkan masalah prestasi atau kerosakan.
Model Toyota Vios NCP93, NCP150, NSP151, NCP151, AC100
Toyota Vios terdapat dalam beberapa model yang berbeza seperti NCP93, NCP150, NSP151, NCP151, dan AC100. Bateri kereta toyota bagi setiap model ini mungkin memerlukan jenis dan saiz bateri yang sedikit berbeza.
Model seperti NCP93 dan NCP150 cenderung menggunakan bateri dengan kapasiti yang lebih besar, sesuai dengan keperluan enjin dan aksesori mereka.
Manakala, model-model terkini seperti NSP151 dan AC100 mungkin menggunakan teknologi bateri yang lebih canggih dengan keupayaan penyimpanan kuasa yang lebih efisien.
Pemilik perlu merujuk kepada manual pengguna atau pakar servis untuk memastikan bateri yang dipilih sesuai dengan model kereta mereka.

Saiz Bateri Kereta Vios
Saiz bateri bagi Toyota Vios bergantung kepada model dan tahun pembuatan kereta tersebut. Bateri yang digunakan pada Vios umumnya berukuran kompak, memudahkan pemasangan dalam ruang enjin yang terhad.
Untuk model NCP93 dan NCP150/NCP151, saiz bateri yang lebih besar diperlukan berbanding model yang lebih baharu seperti NSP151 dan AC100, yang menggunakan bateri lebih kecil dan ringan.
Pemilihan saiz bateri yang tepat adalah penting agar bateri dapat dipasang dengan betul dan berfungsi secara optimum, mengelakkan kerosakan kepada sistem elektrik kereta.
Saiz bateri vios juga menjadi persoalan dan ketidakpastian apabila ianya perlu ditukar selang 2 hingga 3 tahun sekali.
Di artikel inilah boleh anda jadikan panduan untuk mengingatkan anda semula bateri toyota vios yang manakah perlu dibeli oleh anda.
Oleh itu, pastikan saiz bateri kereta vios yang anda bakal gunakan adalah seperti berikut :
- NS60
- NS60L
- 50B24L
- 55B24L
- 65B24L
Pastikan anda membuat checking pada kod bateri di atas agar ianya sesuai dengan bateri kereta vios anda. Semakin besar bacaan di hadapan maka semakin tinggi jumlah aH dibekalkan kepada kereta vios anda.
Namun, untuk kod B24L perlu dikekalkan kerana ianya merupakan saiz bateri kereta vios yang sepatutnya berdasarkan dimensi (panjangxlebatxtinggi).
Manakala, huruf L dibahagian belakang mewakili kedudukan terminal positif(merah) pada bateri vios yang terletak di sebelah kiri.
1. Saiz bateri vios ncp93
Ukuran bagi lebar, panjang dan juga tinggi sesebuah bateri kereta toyota vios ncp93 (dugong) yang tepat adalah menggunakan kod seperti ns60L. Kod yang lebih teliti adalah seperti B24L.
Manakala, kod penuh yang akan menentukan bekalan elektrik yang bakal diterima oleh bateri vios ncp93 secara minima adalah seperti 46B24L.
Untuk yang kerap menggunakan kereta toyota vios ncp93 dan lebih-lebih lagi perjalanan yang jauh digalakkan menggunakan jumlah Ah yang lebih tinggi.
Antara kod saiz bateri kereta vios ncp93 yang sesuai digunakan adalah seperti 65B24L yang lebih tahan digunakan mengikut ciri-ciri yang anda perlukan.

2. Saiz bateri kereta vios ncp150/ncp151
Model vios ncp150 bermula dari tahun 2013 hingga 2016, manakala ncp151 dari 2016 hingga 2018. Keduanya menggunakan enjin dan juga gearbox yang berbeza.
Jika anda memiliki kereta vios ncp150 atau ncp151 atau dikenali sebagai vios keli ini, ianya menggunakan bateri yang sama saiznya.
Saiz yang boleh jadikan rujukan bagi bateri kereta ini adalah NS60L atau dengan lebih tepat kod B24L sebagai saiz fizikal yang ngam-ngam ukurannya.
Pilihan dari segi Ah adalah terletak pada pilihan anda dan juga stok pada kedai bateri kereta yang anda pergi. Jika nak tahan lebih lama sikit pilih saiz Ah yang tinggi seperti 50B24L dan ke atas.
Untuk yang nak biasa sahaja boleh guna Ah asas seperti 46B24L. Ianya sama seperti vios ncp93 dan mudah untuk mendapatkan stok pada saiz bateri vios ini.
Jenis Bateri Kereta Vios
Seterusnya, jenis bateri yang digunakan dalam Toyota Vios biasanya adalah bateri asid plumbum yang berfungsi dengan baik dalam keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembap.
Jenis ini tahan lama dan mampu memberikan tenaga yang mencukupi untuk menghidupkan enjin dan menggerakkan aksesori kereta.
Selain itu, terdapat juga pilihan bateri bebas penyelenggaraan (maintenance-free) yang lebih mudah digunakan kerana tidak memerlukan pengisian air asid secara berkala.
Pemilik kereta perlu memastikan jenis bateri yang dipilih sesuai dengan keperluan teknikal kenderaan mereka agar tidak berlaku masalah teknikal di jalan raya.
Harga Bateri Kereta Vios
Harga bateri untuk Toyota Vios boleh berbeza-beza mengikut jenis, jenama, dan model kereta. Secara umum, harga bateri untuk model Vios seperti NCP93 dan NCP150 mungkin lebih tinggi berbanding model-model terkini seperti NSP151 dan AC100 kerana saiz dan kapasiti bateri yang lebih besar.
Harga juga dipengaruhi oleh jenama bateri yang dipilih, dengan jenama yang lebih dikenali cenderung mempunyai harga yang sedikit lebih tinggi tetapi menawarkan ketahanan dan prestasi yang lebih baik.
Pembeli disarankan untuk membuat perbandingan harga di kedai dan juga melihat tawaran waranti untuk memastikan mereka mendapat bateri yang berkualiti pada harga yang berpatutan.
Artikel terkait : Harga, jenis dan saiz bateri kereta
Cara Tukar Bateri Kereta Vios
Menukar bateri kereta Toyota Vios adalah proses yang mudah tetapi perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan.
Langkah pertama ialah memastikan enjin dimatikan dan semua aksesori kereta dimatikan untuk mengelakkan sebarang litar pintas.
Seterusnya, buka penutup bateri dan cabut kabel negatif terlebih dahulu, diikuti dengan kabel positif. Bateri lama boleh dikeluarkan dan bateri baru dipasang dengan memastikan terminal dipasang dengan betul.
Setelah bateri baru dipasang, sambungkan kabel positif dan negatif, pastikan sambungan yang ketat, dan uji bateri untuk memastikan semuanya berfungsi dengan lancar.
Berikut merupakan aturan langkah demi langkah bagaimana anda nak tukar bateri kereta vios secara sendiri di rumah :
- Pastikan enjin kereta vios dihidupkan.
- Buka bonet depan kereta vios.
- Pastikan kedudukan bateri vios di sebelah kanan.
- Buka pengikat bateri kereta(jika ada)
- Longgarkan skru pada wayar hitam (negatif) terlebih dahulu can cabut dari kedudukan terminal bateri.
- Diikuti skru pada wayar merah (positif) dan cabut dari kedudukan terminal
- Bawa keluar bateri kereta vios yang lama.
- Masukkan bateri vios yang baru berdasarkan kedudukan terminal positif disebelah kiri dan negatif di sebelah kanan.
- Pasang semula wayar merah (positif) pada terminal bateri positif.
- Kemudian, diikuti dengan pasang wayar hitam (negatif)
- Apabila sudah dimasukkan kedua wayar dengan kemas ke dalam terminal bateri kereta, maka anda boleh ketatkan kedua skru dengan baik.
- Pasang semula pengikat atau pemegang bateri kereta dengan kemas.
- Hidupkan enjin kereta vios.
- Selesai.
Teknik di atas merupakan teknik asas bateri pemasangan bateri kereta secara diy. Jika anda dalam keraguan, maka elakkan dari tukar bateri kereta vios secara sendiri untuk mengelakkan sebarang masalah.
Berapa lama bateri kereta vios boleh tahan ?
Ketahanan bateri kereta khas untuk kereta toyota vios adalah bergantung kepada beberapa faktor yang mampu mempengaruhi jangka hayat penggunaan bateri vios anda.
Mengikut daripada pengalaman aku yang memiliki kereta vios nsp151, kebiasaannya setiap 1 biji bateri kereta boleh guna sampai tempoh 3 tahun.
Sebelum ini aku pernah membeli bateri vios ini pada tahun 2021, apabila bateri dah kong, aku lihat semula pada tarikh yang telah ditanda pada bateri vios tu betul-betul pada tahun 2024.
Tiga tahun ini merupakan satu tempoh yang baik sebenarnya kerana aku menggunakan bateri jenis MF (maintenance free) yang kering.
Namun, berbalik semula kepada bagaimana cara aku sendiri menggunakan kereta vios itu dan ini aku kongsikan hingga bateri boleh tahan sampai tempoh itu.
Berikut merupakan faktor ketahanan bateri kereta vios boleh tahan lebih lama :
1. Hidupkan enjin kereta vios setiap hari
Jika anda hari-hari hidupkan enjin kereta vios, maka bateri vios yang anda gunakan itu digunakan dengan baik mengikut keperluannya.
Tips bagi anda yang jarang menggunakan sesebuah kereta lebih-lebih lagi kereta toyota vios sebagai kereta kedua, paling minima hidupkan enjin setiap pagi atau 2 ke 3 hari sekali.
Hidupkan lebih kurang 10 hingga 15 minit bagi memberikan pengecasan dan penggunaan bateri secara minima.
Walaupun sebelum ini kereta vios anda jarang dihidupkan, penggunaan baterinya tetap digunakan bagi mengekalkan sistem seperti alarm dan terutamanya ecu kereta anda.
Ianya tetap tidak mencukupi dan penggunaannya adalah 100% daripada bateri kereta vios anda tanpa bantuan pengecasan dari alternator.
2. Tidak membuat penambahan aksesori berlebihan
Kereta-kereta vios dahulu dibandingkan generasi kini mempunyai sedikit kekurangan seperti tidak mempunyai android player.
Penambahan aksesori seperti ini adalah dibolehkan dengan mengekalkan bateri vios yang sama kerana ianya masih support penggunaan android player tersebut.
Namun, apabila anda mula membuat tambahan seperti camera dashcam 24jam, penggunaan bateri vios yang asal adalah tidak digalakkan.
Tukar kepada bateri kereta vios yang lebih besar jumlah aH tetapi masih mengekalkan saiz ukuran fizikal bateri vios anda.
Contohnya, sebelum ini anda gunakan kod bateri 50B24L, tukarkannya kepada 65B24L. Hasilnya adalah bateri kereta vios anda akan tahan sama seperti sebelum anda memasang aksesori secara berlebihan tadi.
3. Cara pemanduan mempengaruhi bateri vios
Bagaimana cara pemanduan boleh mempengaruhi ketahanan sesebuah bateri kereta vios? Cara pemanduan aku sendiri adalah secara konsisten dan tidak terburu-buru dalam menekan minyak.
Kesan daripada terlalu drastik dalam menekan minyak juga boleh membuatkan high rpm digunakan kepada kereta vios.
Memang kereta vios akan ambil sedikit masa untuk pergi lebih laju, dan sekiranya anda kerap memaksanya, maka penggunaan bateri vios pun akan turun memberikan respon yang lebih terhadap enjin kereta serta alternator yang perlu bekerja keras di saat kejutan high rpm tadi.
Jika nak bawa laju, pastikan anda bergerak secara berperingkat, ini juga akan memberi kesan terhadap penggunaan minyak dan juga penjagaan gearbox kereta toyota vios anda.
Justeru, bateri vios juga akan turut lebih tahan lama sesuai dengan cara pemanduan yang lebih stabil dan relax dalam setiap perjalanan dekat mahupun jarak jauh.
P/s : Untuk mengetahui penyelesaian kepada permasalahan-permasalahan terkait, anda boleh rujuk di bateri kereta.

Pingback: Bateri kereta Toyota : Rujukan penting setiap model - Mekanikakereta
Pingback: Saiz bateri kereta vios - Mekanikakereta